Ternyata hasil usaha keras Khairulaming menjual Sambal Nyet Berapi berbaloi apabila berjaya meraih keuntungan mencecah RM21.5 juta selepas dua tahun ia berada di pasaran. Memang luar biasa!
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, sebanyak 1.5 juta botol sambal terjual bersamaan RM21.5juta. Jualan pada tahun pertama adalah sebanyak RM7.5 juta dan meningkat ke RM14 juta pada tahun kedua.
Bukan itu saja, Sambal Nyet juga telah menerima dua anugerah istimewa daripada Shopee iaitu Best New Seller dan Best Customer Service.
Khairulaming turut berkongsi cara mereka menjaga kualiti Sambal Nyet sehingga berjaya mendapat tempat di hati para pelanggan.
Terima 1000kg Bahan Basah Setiap Hari
“Setiap hari, kita akan terima bahan basah yang segar daripada supplier lebih kurang dalam 1000kg bawang dan cili. Kita akan periksa one by one untuk pastikan semuanya segar dan okay, barulah kita simpan di dalam cold storage room.
Keesokan harinya, team kitchen akan keluarkan bahan-bahan ini dan kita akan mulakan proses timbangan. Semua kena timbanglah, kalau tak timbang nanti salah masak pula. Kemudian, kita kan mulakan proses cucian. Kita akan cuci berkali-kali supaya semua bahan ini bebas daripada segala kotoran,” jelas Khairulaming.
Pastikan Sambal Betul-Betul Masak
Seterusnya, proses masakan bermula. Proses ini akan mengambil masa selama beberapa jam untuk memastikan sambal betul-betul masak sebelum dipindah ke department yang seterusnya iaitu Bahagian Bottling.
Di dalam bahagian inilah Sambal Nyet akan dimasukkan ke dalam botol kaca dan ditutup. Bila semua sudah siap, barulah dipindah ke bahagian yang seterusnya iaitu Bahagian Boiler.
“Semua sambal ini akan terus lalu Bahagian Boiler yang panjang ni dan bila dah siap, sambal akan pergi ke deparment yang terakhir iaitu Department Sealing. Kita akan letak seal pada penutup botol kaca dan kita akan letak labelling,” tambahnya lagi.
5 Ribu Botol Terjual Setiap Hari
Selepas semuanya selesai, mereka akan memeriksa setiap botol untuk memastikan semuanya sempurna. Setiap hari, sebanyak 5 ribu botol Sambal Nyet terjual. Proses penghantaran juga akan dilakukan pada hari yang sama. Wow, memang gempak!
Untuk tahun 2023 ini, kilang kedua yang terletak di Kota Bharu, Kelantan telah beroperasi sepenuhnya untuk memberi fokus pada produk kedua mereka.
Apa pun, tahniah kepada Khairulaming. Semoga perniagaan terus maju dan berkembang dari masa ke masa.
Dalam dunia masakan, khususnya masakan Malaysia yang kaya dengan rasa lemak dan berempah, penggunaan bahan seperti santan, susu cair dan krim sering menjadi kunci utama dalam menghasilkan hidangan yang sedap dan seimbang. Namun begitu, masih ramai yang keliru tentang perbezaan santan, susu cair dan krim. Ada yang menganggap ia boleh digunakan secara berganti tanpa memberi kesan besar kepada rasa, sedangkan hakikatnya setiap satu mempunyai fungsi, tekstur dan karakter tersendiri.
Artikel ini akan menghuraikan dengan lebih mendalam tentang perbezaan santan, susu cair dan krim supaya anda lebih jelas dan yakin ketika memasak.
Santan merupakan bahan tradisional yang sangat sinonim dengan masakan Melayu dan Asia Tenggara. Ia diperoleh daripada perahan isi kelapa yang telah diparut dan dicampur air sebelum diperah. Santan asli biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu santan pekat dan santan cair.
Santan pekat mempunyai kandungan lemak yang tinggi, tekstur yang lebih likat dan rasa yang sangat kaya. Ia sering digunakan dalam masakan seperti rendang, gulai, lemak cili api dan kuah lodeh. Fungsi utamanya adalah untuk memberikan rasa lemak yang mendalam serta menambah kepekatan kuah.
Santan cair pula terhasil daripada perahan kedua atau ketiga, dengan campuran air yang lebih banyak. Ia lebih ringan dan biasanya digunakan pada peringkat awal memasak untuk membina asas kuah sebelum ditambah santan pekat di akhir masakan.
Kelebihan santan adalah pada aromanya yang wangi dan rasa asli yang tidak dapat ditiru oleh bahan lain. Namun, ia juga mudah pecah jika dimasak pada suhu terlalu tinggi atau terlalu lama. Oleh itu, teknik memasak memainkan peranan penting apabila menggunakan santan.
Susu cair pula biasanya merujuk kepada susu yang telah diproses seperti susu sejat (evaporated milk). Ia mempunyai tekstur yang lebih cair berbanding santan dan krim, serta rasa yang lebih ringan dan tidak terlalu berlemak.
Dalam masakan, susu cair sering digunakan sebagai alternatif kepada santan, terutama bagi mereka yang mahukan versi hidangan yang lebih ringan. Contohnya, dalam masakan seperti tomyam creamy, sup berkrim, pasta, atau bahkan dalam pencuci mulut seperti puding dan kastard.
Kelebihan utama susu cair adalah kestabilannya ketika dimasak. Ia tidak mudah pecah seperti santan dan lebih mudah dikawal dari segi rasa. Selain itu, ia memberikan rasa creamy yang lembut tanpa terlalu memekatkan kuah.
Namun begitu, susu cair tidak mempunyai aroma dan rasa lemak yang sekuat santan. Oleh itu, jika digunakan sebagai pengganti santan, hasilnya akan sedikit berbeza dari segi rasa tradisional. Inilah salah satu faktor penting dalam memahami perbezaan santan susu cair dan krim.
Krim, atau lebih dikenali sebagai cooking cream atau whipping cream, adalah bahan yang mempunyai kandungan lemak paling tinggi antara ketiga-tiga ini. Ia diperoleh daripada lapisan lemak susu dan mempunyai tekstur yang sangat pekat serta rasa yang kaya.
Dalam masakan, krim sering digunakan dalam hidangan Barat seperti pasta carbonara, mushroom soup, sos berkrim dan pelbagai jenis pencuci mulut seperti kek dan mousse. Fungsi utamanya adalah untuk memberikan tekstur yang sangat creamy, pekat dan mewah.
Berbanding santan dan susu cair, krim memberikan hasil yang lebih ‘luxurious’ dari segi rasa dan tekstur. Namun, penggunaannya perlu dikawal kerana ia boleh menjadi terlalu berat jika digunakan secara berlebihan.
Krim juga lebih stabil dalam masakan berbanding santan, tetapi tetap memerlukan kawalan suhu agar tidak berketul atau terlalu pekat. Ini melengkapkan lagi pemahaman tentang perbezaan santan susu cair dan krim.
Jika dilihat secara keseluruhan, perbezaan santan, susu cair dan krim boleh dirumuskan melalui beberapa aspek utama:
Memahami perbezaan santan, susu cair dan krim sangat penting untuk memastikan hasil masakan yang diinginkan tercapai. Setiap bahan mempunyai peranan tersendiri dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti mutlak antara satu sama lain.
Jika anda ingin rasa lemak yang autentik dan tradisional, santan adalah pilihan terbaik. Jika mahukan versi yang lebih ringan dan mudah dikawal, susu cair adalah jawapannya. Manakala untuk hidangan yang lebih pekat, mewah dan creamy, krim adalah bahan yang paling sesuai.
Sebagai tukang masak di rumah atau penggemar makanan, mengetahui fungsi setiap bahan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti masakan, malah memberi ruang untuk anda bereksperimen dan mencipta hidangan yang lebih menarik dan seimbang. Dengan memahami perbezaan santan, susu cair dan krim, anda kini boleh memasak dengan lebih yakin dan tepat.
The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dengan bangganya meraikan pembukaan kafenya yang ke-200, berlokasi strategik di Caltex Batu Maung, Pulau Pinang, memperkukuhkan reputasi jenama ini sebagai peneraju dalam arena kopi dan teh bertaraf premium. Lokasi baharu ini juga menguatkan komitmen jenama ini terhadap kualiti, inovasi dan kemudahan pelanggan menerusi khidmat pandu lalunya.
Kafe di Caltex Batu Maung ini menyuluh visi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyediakan akses yang mudah kepada minuman premium, melengkapi kafe pandu masuk dengan tempat letak kereta yang ditetapkan untuk pelanggan, sambil memastikan mereka dapat menikmati minuman buatan tangan kegemaran mereka dengan waktu menunggu yang lebih singkat.
Datuk M. Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, berkongsi, “Pembukaan kafe kami yang ke-200 bukanlah satu titik pencapaian semata-mata; ia membuktikan kepercayaan dan kesetiaan yang terbina bersama pelanggan kami selama ini. Sementara kami melebarkan sayap ke Batu Maung, kami masih memberi fokus untuk menjamin kualiti setiap minuman, berserta solusi-solusi mudah akses seperti khidmat pandu masuk untuk memenuhi keperluan pelanggan masa kini dengan lebih baik. Kafe ini melambangkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan bertaraf tinggi, bagi pelanggan yang bergegas untuk minuman mereka ataupun mereka yang ingin berehat seketika.”
Kafe berkeluasan 2,100 kaki persegi ini menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, meja dan tempat duduk yang dapat memuatkan sebanyak 86 orang pelanggan dan pengunjung. Diilhamkan oleh pengaruh California Selatan, kafe tersebut membawakan ambien yang tampak cerah dan mesra untuk memudahkan pelanggan bersantai dan berhubung.
Menjadi sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menaik taraf pengalaman para pelanggan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga telah melancarkan aplikasi MyCBTL di Pulau Pinang pada 7 November 2024. Direka untuk memudahkan serta menaik taraf bagaimana pelanggan menikmati minuman buatan tangan kegemaran mereka, aplikasi ini menyediakan ciri-ciri seperti promosi istimewa dan proses pesanan yang lancar. Biar untuk mendapatkan minuman dengan segera atau berehat seketika, aplikasi ini meningkatkan tahap kemudahan dan aksesibiliti, mencerminkan komitmen jenama ini untuk menjadikan setiap detik bersama kopi dan teh yang dihidangkan lebih menikmatkan.
Untuk 200 kafe dan selanjutnya, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia terus menetapkan standard bagi minuman premium buatan tangan, menggandingkan inovasi dengan pengalaman pelanggan yang cemerlang.
Kafe Caltex Batu Maung memulakan operasi pada 19 Disember 2024, dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam dari Isnin hingga Ahad di Caltex, Jalan Batu Maung, Diamond Valley Industrial Park, Batu Maung, Pulau Pinang.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri.
Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.
RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada: rasuahbusters@gmail.com atau (WA) : 019-3823635, 019-6680920
Bergabung sebagai #RasuahBusters di: https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.