Bihun goreng hidangan simple dan mudah untuk dimasak sebagai hidangan sarapan atau minum petang. Masak bihun mungkin nampak mudah, tapi kalau tak cukup bahan boleh jadi hambar rasanya. RASA himpunkan lapan resipi bihun untuk anda cuba setiap satunya mempunyai cara yang berbeza. Jangan lupa untuk cuba semuanya!

BIHUN GORENG KICAP SEAFOOD

8 Resipi Bihun Goreng Mudah, Cepat & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm bihun
  • Tauge
  • Lobak merah – hiris
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 6 ulas bawang putih – diketuk
  • 3 biji telur
  • Sotong secukupnya
  • Udang secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Garam jika perlu
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS:

CARA MEMASAK
1. Rendam bihun sehingga agak lembut kemudian,toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Goreng telur dan jadikan telur hancur. Apabila sudah sedikit garing, angkat dan ketepikan.

  1. Dengan mengunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga keperangan.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan sos dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  3. Setelah itu, masukkan udang dan sotong. Masak seketika.
  4. Akhir sekali masukkan bihun yang telah ditoskan tadi, lobak merah dan tauge. Gaul sehingg rata dan semua bahan masak sempurna.
  5. Bihun Goreng Kicap Seafood siap untuk dihidang.

Bihun Goreng ‘Kosong’ Tetap Sedap

8 Resipi Bihun Goreng Mudah, Cepat & Sedap!

Bahan-Bahan (untuk 2-3 orang makan):

300 gram bihun (rendam dengan air panas, toskan) – boleh beli online di sini

1 paket perencah bihun goreng

1 kiub pati ayam – boleh beli online di sini

2 biji bawang merah – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

Sedikit sos tomato

1-2 sudu makan kicap manis – boleh beli online di sini

Sedikit mushroom seasoning – boleh beli online di sini

Air

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kiub ayam. Ketepikan.

2.Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi.

  1. Masukkan pula pes bihun goreng dan kacau sebati.

4.Tambah sedikit air. Biar ia menggelegak sekejap. Bolehlah masukkan bihun yang ditoskan tadi.

5.Tambah sos tomato, mushroom seasoning dan kicap manis. Tak perlu masukkan garam sebab dah ada stok ayam dan kicap. Gaul sebati. Tambah air lagi untuk melembutkan bihun (jika perlu).

6.Masak hingga bihun kering.Bolehlah angkat.

BIHUN GORENG CENDAWAN

8 Resipi Bihun Goreng Mudah, Cepat & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

100gram Bihun 9untuk 2 orang makan) – rendam seketika dengan air sejuk

IKLAN

1 keping fish cake – hiris nipis

1 sudu makan cili boh

7 biji cili merah – hiris

1-2 sudu makan sos ikan

Sedikit daun kucai – hiris kasar

2 sudu makan kicap cair

1 sudu makan sos tomato

Sedikit sawi – potong halus

Air secukupnya

Garam secukupnya

Minyak masak

Bahan Kisar:

3 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1 sudu makan udang kering

6 biji cendawan Shiitake kering (saiz kecil) – rendam dengan air panas

IKLAN

CARA MEMASAK BIHUN GORENG:

1.Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.

  1. Masukkan pula cili boh dan tumis lagi hingga terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan hirisan fish cake
  2. Setelah itu masukkan batang sawi dan sos tomato. Gaul sebati. Setelah itu masukkan sos ikan.
  3. Kemudian, masukkan pula kicap cair dan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi.  Gaul sekata. Tambah air lagi jika perlu.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah daun sawi dan daun kucai. Gaul lagi hingga bihun makin kering.
  5. Siap! Mudah je kan? Jangan lupa cuba tau! Kalau suka pedas, tambah hirisan cili padi. Gaul sebati.

BIHUN GORENG KAMPUNG

8 Resipi Bihun Goreng Mudah, Cepat & Sedap!

BAHAN-BAHAN:
½ bungkus bihun – direndam hingga lembut & toskanbeli online disini
2 1/2 biji bawang besar holland – dihiris dadu beli online disini
10 ekor udang
Lobak merah – hiris (optional)
Kubis – dihiris (optional)
1 sudu makan sos ikan beli online disini
3 sudu makan cili kisar beli online disini
3 sudu makan sos tiram beli online disini
2 sudu makan sos tomato beli online disini
4 biji cili merah – dihiris

BAHAN TUMBUK:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan ikan bilis beli online disini

BAHAN HIASAN:
Daun bawang – dihiris
Bawang goreng beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland.
2. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk.
3. Masukkan pula cili kisar dan udang.
4. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air dan kacau.
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. Sebatikan.
6. Perisakan terlebih dahulu dan barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan.
7. Kacau hingga sebati dan rata kemudian masukkan pula sayur.
8. Apabila bihun sudah kering dan masak, bolehlah dimasukkan hirisan cili.
9. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng & daun bawang.

Kredit resipi & foto: Adilah Razak

BIHUN GORENG CILI PADI

8 Resipi Bihun Goreng Mudah, Cepat & Sedap!

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun – rendambeli online disini
Udang secukupnya
4 biji telur
Lobak merah – hiris
Daun sup secukupnya
1 sudu makan cukup rasa

BAHAN RENCAH:
Cili padi hijau
Bawang besar
Bawang putih
1 genggam ikan bilis beli online disini
(jumlah ikut selera masing-masing)

CARA MEMASAK:

1.Kisar cili padi hijau, bawang besar, bawang putih & segengam ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai sedikit garing.

  1. Bila rencah sudah garing, masukkan udang. Selain udang, boleh juga guna isi ayam atau sotong. Boleh juga tambah fishcake jika suka. Sesuaikan ikut selera.
  2. Gaul rata udang bersama bahan tumis tadi.
  3. Ketepikan udang ke sisi kuali, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak sedikit.
  4. Hancurkan sedikit telur tadi kemudian gaul rata bahan-bahannya.
  5. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah. Gaul rata semua bahan-bahan.
  6. Masukkan bihun. Gaul rata hingga bercampur.
  7. Akhir sekali, tabur hirisan daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika hingga berwap.
  8. Bihun Goreng Cili Padi sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Har Ryea

RESIPI BIHUN GORENG TOMYAM

8 Resipi Bihun Goreng Mudah, Cepat & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Bihun (1 kampit)
1 sudu besar bawang putih (dikisar) – beli online
2 1/2 sudu besar bawang besar
3-4 sudu besar cili kisar – beli online
2 sudu besar sos tiram – beli online
3 sudu besar sos cili- beli online
3 sudu besar sos tomato – beli online
Pes tomyam – beli online
Daun limau purut
2 batang serai
Minyak masak – beli online
Isi ayam
Sawi
Kubis
Tomato
Putik jagung (jika suka)

*1 cawan air

UNTUK HIASAN:

Hirisan daun ketumbar
Telur dadar (diracik halus)

CARA MEMBUAT:

1.Tumis bawang dan serai dalam dua batang.

  1. Masukkan cili kisar dalam 3-4 sudu penuh.Kemudian tumis sampai pecah minyak. Masukkan sos tiram 2 sudu, sos cili 3 sudu dan sos tomato 3 sudu.
  2. Masukkan isi ayam.
  3. Masukkan pes tomyam dalam 2-3 sudu besar. Kemudian masukkan gula 2 sudu besar. Rasa bihun tomyam ni memang kena balancekan rasa pedas manis masam.
  4. Masukkan satu cawan air. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan bihun. Bihun rendam terlebih dahulu. Jangan rendam lama. Rendam dalam 15 minit kemudian toskan. Pastikan bihun ni terendam dengan kuah tadi, tapi jangan terlalu terhapus bihun tu.
  6. Masukkan sayur-sayuran, dan daun limau purut.
  7. Kacau rata. Siap. Jangan lupa tabur hirisan daun ketumbar dan telur dadar yang diracik halus. Hidangkan.

Sumber kredit: Syahirah Omar

RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE

8 Resipi Bihun Goreng Mudah, Cepat & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

1 kampit bihun (400 gm)

BAHAN UNTUK DIKISAR:

3 hingga 4 biji bawang merah
5 hingga 6 biji bawang putih –BELI ONLINE
1 sudu kecil lada hitam – BELI ONLINE
2 sudu makan udang kering
2 inci halia – BELI ONLINE
Cili merah untuk hiasan (dihiris nipis)

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar lumat bahan untuk kisar.
  2. Buang kulit udang. Ketepikan.
  3. Rendam bihun supaya lembut.
  4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan minyak sehingga menjadi keemasan/brown.
  5. Perasakan dengam gula, garam dan serbuk perasa.
  6. Masukkan udang yang telah siap dibuang kulitnya.
  7. Masukkan bihun yang sudah ditoskan.
  8. Masukkan daun kucai dan serikan dengan cili merah. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Habeebah Md Daud

CHAR MEEHOON SEDAP & MUDAH

8 Resipi Bihun Goreng Mudah, Cepat & Sedap!

BAHAN-BAHAN:
Bihun (untuk seorang makan) – direndam @ dicelur beli online disini
1 biji telur
1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak beli online disini
4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis)
Sedikit daun kucai – hiris
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit kubis
1-2 ulas bawang putih – cincang
Udang secukupnya
Sedikit fishcake
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.

  1. Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata.
  2. Masukkan cili boh masak. Sebatikan.
  3. Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Wan LuQman

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cucur Sempoi Sekali Makan Gerenti Habis Sepinggan

10 Resipi Kuih Muih Tempatan Untuk Sarapan & Minum Petang

Koleksi Resipi Bubur Ayam Penuh Menyelerakan. Makan Kosong Pun Ngam!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI