Bila masuk Bulan Muharram ramai yang akan teringatkan dengan Bubur Asyura. Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Jadi buatlah pilihan bubur negeri mana yang jadi pilihan kamu!

 

1. RESIPI BUBUR ASYURA

7 Resipi Bubur Asyura, Dari 7 Negeri Yang Berlainan Sempena Bulan Muharam.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula merah
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan kacang hijau*
  • 1/2 cawan kacang tanah*
  • 1 biji ubi keledek*
    * Direbus sehingga lembut kecuali ubi keledek separuh masak
  • 1 cawan jagung/carrot
  • 6 cawan santan
  • 6 biji pisang masak di potong

CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung beras bersama santan, gula merah, gula, serta garam.
2. Tapiskan bahan tersebut ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih dgn menggunakan api yg kecil.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah direbus tadi dan kacau lagi sehingga bubur pekat(kental) dan adunan berkilat.
4. Masukan pisang diakhir sekali
5.Tuangkan dlm loyang/bekas dan ratakan.
5. Biar sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Kredit resipi: Azahari Abdullah

https://www.facebook.com/100015739417275/videos/392330104634967/

2. RESIPI BUBUR ASYURA JOHOR/ BUBUR LAMBUK

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras
  • 2-3 senduk santan ( ida letak 1 cawan jer )
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci* bahan * dikisar
  • 2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang ( ida letak ayam je, boleh juga letak dua2 sekali )
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk / lebih serbuk lada hitam
  • sedara mara kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman)…..ida tak letak pon sbb tak der stok kt dapur & tak plan nk buat ari tu )
  • sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus
  • Kentang n carrot secukupnya – dipotong dadu
  • Garam+gula secukup rasa
  • Bawang goreng
  • 4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
  • 1 pkt sup bunjut
  • Rempah 4 sekawan
  • Air secukupnya
  • Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam
  • 1/2 sk serbuk jintan putih ( ni ida tambah )

BAHAN HIRIS:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 labu bawang besar

CARA MEMASAK: 

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar…..tumis hingga sedikit garing & naik bau.
  2. Bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi…..tumis seketika
  3. Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,…kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka……biar ia mendidih
  4. Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang+carrot
    slps kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu )
    perasakan dgn garam secukupnya
  5. Bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi…. (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur )
    Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus, daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam ( ida tambah serunding ikan )

Kredit resipi: idaddapur.blogspot.com

 

3. RESIPI BUBUR ASYURA KEDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan campur garam
  • gula pasir ikut manis
  • gula merah utk mewarnakanya
  • 1 btg jagung
  • 1 biji pisang dadukan
  • 1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
  • 1/2 cawan kacang hijau rebus
  • dan lain2 bahan yg anda suka

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
  2. panaskan dengan api yg perlahan
  3. setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi
  4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
  5. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.

Kredit resipi: haidzir84 medanselera84.blogspot.com

 

 

4. RESIPI BUBUR ASYURA TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras
  • 1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
  • 1 kg gula
  • 1 kg daging
  • 1 ekor ayam [potong kecil]
  • 2 kg santan
  • 250 gm kacang hijau
  • 500 gm ubi keledek
  • 250 gm kerisek
  • 5 btg serai
  • 5 cm halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 s/b rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
  • garam

TOPPING/HIASAN:

  • kelapa goreng
  • isi ikan hancurkan
  • telur dadar hiriskan

CARA MEMASAK:
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

 

Kredit resipi: hanieliza hanieliza.blogspot.com/

 

IKLAN

 

5. RESIPI BUBUR ASYURA KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 7 kg beras Malaysia beras bersamaan 2 gantang beras
  • 1 kg ubi keledek
  • 1 kg kacang hijau
  • 7/8 kg santan pekat
  • 8-10 kg isi ayam atau daging lembu yang direbus dan dicarik-carik isinya.
  • 3 tin jagung dalam tin.
  • 9 kg gula ( boleh dikurangkan)
  • 250 gram garam
  • 1 keping halia. (kisar)
  • 20 batang serai (kisar)
  • 2 kg rempah asyura

CARA MEMASAK:

  1. Masak air di dalam kawah. Bila mendidih masukkan beras yang telah dibersihkan, kacang hijau dan ubi keledek.
    Kacau sehingga betul-betul pekat, barulah dimasukkan santan. Kacau lagi barulah di masukkan gula. Kacau lagi sehingga bubur menjadi semakin likat.
  2. Masukkan serai dan halia yang dikisar dan tumis dengan sedikit minyak di dalam kuali lain. Bila telah wangi dan masukkan rempah asyura. Masukkan bahan yang ditumis ini di dalam kawah. Kacau sehingga bertambah likat.
  3. Masukkan isi daging/ayam dan kacau lagi. Masukkan jagung dan akhir sekali garam.

Nota : Sedapnya makan bubur asyura/ “SUGHO” dalam tempurung kelapa/ “purung nyor”

Kredit resipi: Chef Ustazah

 

 

6. RESIPI BUBUR ASYURA PERAK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg tepung beras
  • 1kg gula pasir
  • ½kg gula merah (masak dan ditapis)
  • ½kg kacang kuda (direbus)
  • 1kg kacang hijau (direbus)
  • ½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
  • 2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
  • 2kg pisang
  • 3 tongkol jagung segar
  • 1kg pati santan
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

CARA-CARA:

  1. Bancuh tepung beras bersama 7 liter mair,kacau di atas api.
    Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
  2. Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
  3. Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
  4. Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
  5. Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

p/s : boleh dimasukan isi durian..lagi bertambah sedap

 

Kredit resipi: drzeze drzeze.wordpress.com

 

 

7. RESIPI BUBUR ASYURA PENANG (PULAU PINANG)

BAHAN-BAHAN:

  • 300 gm. kacang tanah
  • 300 gm. kacang merah
  • 300 gm. biji sagu
  • 300 gm. kacang hijau
  • 3 ketul ubi keledek merah atau kuning
  • 6 batang jagung mentah / 1 tin jagung
  • 1 ikat pisang raja yang masak
  • 4 helai daun pandan
  • 300 gm.biji gandum (gandum untuk dibuat bubur)
  • 100 gm gula melaka / gula kabung
  • 200 gm gula putih
  • 500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Kesemua kekacang tadi yakni kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan biji gandum direbus hingga empuk.
2. Setelah semua kacang empok baru masukkan gula putih, gula kabong atau gula melaka dan sedikit garam.
3. Kemudian masukkan jagong, pisang raja atau pisang tanduk yang telah dipotong nipis serta ubu keledek yang telah dipotong dadu.
4.Setelah ubi keledek lembut barulah kita masukkan biji sagu serta santan.
5.Setelah puas hati agak2 sejam atau 2 jam dari waktu masukkan biji sagu maka bubur asyura akan pekat. Pekatnya sehingga jika ia sejuk ia akan beku dengan cepat (macam, bekunya agar2 jer…bukan beku keras macam air batu) bolehlah dicedok dan masukkan dalam bekas seperti dulang atau talam.
6. Dah siap….kalau nak hantar ke Surau atau Masjid masukkan dalam bekas plastik cantik2….mudah2an sedekah anda dikira pahala ibadah juga kerana tak semestimnya pada hari asyura saja kita dibenarkan buat bubur asyura kan.

So bila terasa nak buat bubur asyura samaada nak makan sendiri atau nak hantar kepada jiran tetangga. Buatlah kerana setiap pekerjaan yang bermula dengan niat kerana Allah ta’ala akan diberikan ganjaran kebaikan jua.

Nota Kaki: Selamat mencuba!! Resepi ini boleh dimakan seramai 2 keluarga atau lebih. Jika nak masak untuk dimakan oleh 50 orang (50 bekas plastik) maka gandakan bahan2nya kepada 2 kali ganda.

 

Kredit resipi: Tok Wan blogtokwan.blogspot.com

 

Sumber: arnamee.blogspot.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI