Mentega ni banyak gunanya. Selain digunakan dalam penghasilan kek, biskut dan manisan, ia juga enak dinikmati sebagai olesan pada roti dan sebagainya. Memang layan!
Tapi tahukah anda, mentega boleh dihasilkan sendiri di rumah? Ha…menarik kan? Mentega homemade ni memang sedap. Rasanya sungguh berkrim, ‘buttery’, lemak-lemak. Memang cukup enak. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya.
BAHAN-BAHAN:
250ml whipped cream/thickened cream/heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat) – KakDah guna jenama Paul’s Mixer Ais sejuk campur air batu Garam Parsley flake – option Bawang putih – option
CARA-CARA:
1.Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju.
2.Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped cream ianya menjadi cair dan lumpy.
Ads
2. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula.
3.Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau mentega hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehingga air yang dituang tadi menjadi hampir jernih. Selepas ini barulah kita boleh campur garam atau apa sahaja bahan yang kita mahu.
TIP:
Ads
Segala campuran bahan tambahan hendaklah dicampur setelah mentega terjadi dengan eloknya.
Nota:
Lepas ni, tak payah beli mentega. Buat sendiri lagi sedap rasanya. Kalau nak jadikan garlic spread, campur ajerlah bawang putih yang telah dicincang, sedikit garam dan parsley flake.
Bawang, tidak kira bawang besar, merah, Holland mahupun bawang putih, ia adalah keperluan utama dalam kebanyakan perencah dan tumisan masakan dan mesti ada dalam setiap dapur. Disebabkan ia barang keperluan dapur, pasti ramai yang membelinya dalam jumlah yang banyak. Tapi macama mana anda menyimpannya supaya tahan lama?
Sebagai info, berikut RASA kongsikan cara menyimpan bawang supaya tahan lama, kekal segar dan tidak busuk walaupun disimpan berminggu-minggu.
Simpan Di Tempat Terbuka & Kering
Pastikan untuk menyimpan bawang di tempat terbuka dan kering. Bawang yang disimpan di tempat seperti ini akan tahan lama. Elakkan simpan bawang di tempat basah atau lembab kerana ia boleh menyebabkan bawang cepat busuk dan keluar tunas.
Asingkan Dari Barang Dapur Lain
Pastikan bawang tidak disimpan bersama sayur-sayuran atau bahan dapur yang lain seperti cili kering dan rempah ratus kerana ini akan menjadikan bawang cepat busuk, rosak dan rasanya juga berubah.
Bawang Sudah Dikupas Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan bawang yang telah dikupas di dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Apabila sedia digunakan baru dicuci, dihiris atau dikisar sebelum dijadikan bahan campuran penumis masakan.
Simpan Bawang Kisar Dala Freezer
JIka anda jenis mak-mak yang sibuk dan mahu menjimatkan masa di dapur. Boleh saja simpan bawang yang telah dikisar halus di dalam freezer tetapi hendaklah ia dimasukkan dalam bekas yang bertutup kemas. Apabila ingin memasak ambil hanya untuk keperluan, lebihnya simpan semula dalam freezer.
Senangkan? Semoga tip ini dapat membantu dan selamat mencuba ye…
Korang suka brownies? Kalau suka mesti terbayang rasa coklat yang lazat, tekstur yang lembut. Dah tentu korang juga teruja nak buat brownies sendiri kerana ia antara kek yang mudah dibuat dan resipinya banyak dalam media sosial. Tapi, kalau nak pastikan brownies korang terbaik, ini ada tip brownies yang korang buat gerenti menjadi, sedap dan lembut.
Pilih Resipi Yang Betul
Brownies ada dua jenis, pertama brownies dengan tekstur padat (fudgy) dan kedua, browwnies lembut (cakey). Brownies tekstur padat tidak menggunakan baking powder dan sukatan coklat serta mentega lebih banyak berbanding brownies lembut yang menggunakan baking powder. Jadi, sebelum baking, korang pastikan brownies jenis mana satu nak baking yang korang nak buat.
Gunakan Dark Chocolate
Penggunaan coklat sangat mempengaruhi tekstur brownies.Misalnya penggunaan coklat serbuk tidak digalakkan, kerana ia akan menjadikan brownies lebih kering. Sementara penggunaan chocolate baking chip juga tidak disarankan, sebab ia mengandungi stabilizer yang susah cair semasa dibakar. Yang terbaik adalah menggunakan Dark cooking chocolate kerana ia boleh cair dengan sekata dan menjadikan warna brownies lebih gelap.
Gunakan Coklat Pada Suhu Bilik
Setelah coklat dicair, jangan terus campurkan dalam adunan. Korang kena tunggu hingga coklat sejuk pada suhu bilik, jika tidak telur yang telah diadun akan masak dan menjadikan coklat mudah hangus semasa dibakar..
Guna Loyang Yang Sesuai
Pemilihan loyang yang betul dan sesuai juga mempengaruhi tekstur dan ketebalan brownies. Jika loyang terlalu besar brownies akan menjadi terlalu nipis dan keras terlalu masak. Jika loyang terlalu kecil pula akan menyebabkan brownies terlalu tebal dan kurang masak.
Bakar Selama 30-40 Minit
Brownies tidak boleh dibakar terlalu lama atau sekejap, jangan bakar kurang dari 30 minit atau lebih 40 minit. Jika was-was boleh guna timer untuk menentukan waktu membakar.
Kalau anda ada lauk bersantan yang berlebihan, jangan dibiarkan basi dan akhirnya terpaksa dibuang begitu saja. Rugilah, dah penat-penat masak kan. Sebaiknya, anda simpan di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku. Bila teringin, boleh keluarkan dan panaskan saja. Nak tahu caranya? Boleh ikut tip ini.
Gunakan Kelapa Parut Atau Santan Segar & Baru
Jika anda menggunakan santan segar yang dibeli di kedai, pastikan ia santan yang baru. Jika beli kelapa parut, pastikan kelapa baru saja diparut dan perah menggunakan air suam. Jika anda menggunakan santan kotak, sebaiknya pastikan saiz kotak santan ikut kesesuaian atau keperluan dalam masakan. Semasa memasak, pastikan masakan yang dimasak cukup masak agar ia tahan lama bila disimpan.
Simpan Dengan Cara Yang Betul
Lebihan masakan bersantan hendaklah dipanaskan tanpa bertutup. Kemudian, sejukkan hingga wap panasnya hilang. Barulah masukkan dalam bekas bertutup sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Frozenkan
Jika makanan tersebut ingin disimpan untuk tempoh lebih lama, sebaiknya fozenkan saja kerana ini merupakan kaedah penyimpanan yang terbaik dan tahan lama. Cara ini sesuai untuk lauk pauk seperti rendang, kari atau gulai yang mengandungi santan. Anda hanya perlu keluarkan makanan pada suhu bilik sebelum dipanaskan.
ini boleh membantu anda menyimpan makanan bersantan agar tahan lebih lama.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Banana Peanut Butter Oatmeal ialah sarapan sihat, mengenyangkan dan cepat disediakan. Ketahui cara membuatnya dengan bahan ringkas serta manfaat nutrisi yang membantu tenaga dan kesihatan harian anda.