Tauhu sumber protien yang murah dan sedap, untuk itu apa kata korang pelbagaikan menu sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga. Selain, murah, cara memasaknya juga ringkas dan senang. Malah rasanya juga  tidak pernah mengecewakan. Anda yang ingin mencuba, ini ada 10 resipi menu berasaskan tauhu yang boleh  korang semua cuba.

TAUHU CENDAWAN KUKUS SOS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | hancurkan
  • 1 tiup tauhu Jepun | hancurkan
  • 1 biji telur | pecah dan kacau rata
  • 4 biji cendawan Shitake | cincang halus
  • 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
  • 1/2 biji cili Benggala | cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam halus secukup rasa

BAHAN SOS:

  • 4 sudu makan sos cili Thai
  • 1 su makan madu
  • 1 sudu makan perahan jus lemon
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 ulas baudwang putih | cincang halus
  • Sedikit cili Benggala | dadu halus
  • Sedikit minyak masak

 CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Sementara itu, sudukan bahan adunan tauhu dalam acuan kuih lompang.
  4. Kemudian, susun dalam pengukus dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  5. Sementara itu, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili Benggala.
  6. Setelah layu masukkan sos cili Thai, madu dan jus lemon.
  7. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tutup api.
  8. Keluarkan tauhu kukus dan susun dalam pinggan.
  9. Tuangkan sos di atas tauhu dan sedia dihidangkan.

TAUHU GORENG MENTEGA RANGGUP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu biasa | potong dadu
  • 1 cawan serbuk roti
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • 5 biji cili padi | hiris halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris 2cm
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan mentega
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tauhu yang telah dipotong dadu digaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega bersama 1 sudu makan minyak masak.
  4. Tumiskan bawang putih dan cili padi hingga wangi.
  5. Masukkan serbuk roti, tumis hingga kekuningan.
  6. Tambahkan di dalamnya hirisan daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Setelag garing tutup , masukkan tauhu dan gaul rata.
  8. Sedia dihidangkan panas-panas.

TAUHU TELUR BERSAMA CENDAWAN SHITAKE TUMIS SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tiup tauhu Telur | hiris bulat dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum
  • 3 biji cendawan shitake | hiris
  • Sedikit hirisan batang seleri
  • 1/2 biji cili Benggala Merah | hiris
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
  • Minyak Masak secukupnya untuk menggoreng tauhu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, kemudian goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang besar dan  putih hingga wangi.
  3. Masukkan cendawan, kacau seketika tambahkan dengan hirisan cili Benggala dan batang Seleri. Kacau rata.
  4. Setelah layu masukkan hirisan tauhu yang telah digoreng, sos tiram, serbuk lada sulah dan pati ayam.
  5. Gaul rata dan tutup api dan sedia dihidangkan.

TAUHU KUKUS SAMBAL DAGING KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 pek tauhu Jepun
  • 150gm daging kisar
  • 2 ulas bawang merah | cincang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit hirisan halus cili Benggala
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu Jepun lebih kurang 5-7 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan pes cili, hirisan daun limau purut dan cili benggala, kacau hingga pecah minyak,
  4. Seterusnya masukkan daging kisar, kacau rata hingga daging bertukar warna dan  air daging kering.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah siap, tuangkan sambal daging ini di atas tauhu yang telah dikukus tadi.
  7. Tauhu sedia dihidangkan.

TAUHU TUMIS TAUCHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | potong dadu dan goreng
  • 1/2 batang timun Jepun | potong dadu
  • 1/2 batang lobak merah | potong dadu
  • Sedikit  biji gajus | goreng
  • Sedikit  udang kering
  • 5 biji cili kecil merah | belah hujung
  • 5 biji bawang merah | belah dua
  • 4 ulas bawang putih  | belah dua
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 2 sudu makan tauchu
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan cuka
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili padai hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan tauchu dan cuka.
  3. Setelah pecah, masukkan hirisan lobak merah dan timun.
  4. Kacau hingga layu, masukkan tauhu goreng dan gajus.
  5. Perasakan dengan sedikit gula.
  6. Kacau rata dan tutup api.
  7. Tauhu sedia dihidangkan.

 

TAUHU UDANG BERLADO

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | potong dadu
  • 200gm udang | buang kulit dan kepala dan belah belakang
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 3 biji cili merah | kisar kasar
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan tos.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan pes cili dan cili merah kisar. Kacau rata.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna kemerahan.
  6. Masukkan air asam Jawa dan tauhu. Kacau lagi.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Setelah cukup rasa dan masak.
  9. Tauhu sedia dihidangkan.

 

TOMYAM TAUHU POK BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN

  • 6 biji tauhu pok  | belah empat
  • 5 ekor udang | saiz sederhana
  • 1/2  batang  Seleri | hiris serong
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 5 biji cili padi | titik
  • 2 batang serai | titik
  • 1/2 biji bawang Holland | hiris
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, cili padi, hirisan bawang, serai titik.
  2. Kacau rata dan masak atas api hingga mereneh.
  3. Masukkan udang dan tauhu pok di dalamnya, kacau rata.
  4. Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api,masukkan hiris batang seleri dan tomato.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

JEJARI TAUHU BERDAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu | hancurkan
  • 1 keping tauhu Jepun  | hancurkan
  • 1biji telur
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 150gm daging kisar
  • 1/2 hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS MASTARD

  • 2 sudu makan sos mustard
  • 1 sudu makan mayones
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan madu
  • 2 biji cili padi | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan untuk Jejari Tauhu. Gaul rata.
  2. Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
  4. Gaulkan dalam tepung gandum yang telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  6. Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
  7. Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.

NAGGUT AYAM SOS LEMON

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu
  • 1 tiup tauhu Jepun
  • 1 cawan isi ayam | carik halus
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS LEMON

  • 1 sudu makan pati oren Sunquick
  • 1 biji lemon | ambil jus sahaja
  • 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 1 sudu teh mentega

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
  2. Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  5. Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
  6. Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
  7. Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
  9. Setelah siap hidangkan nuggat dengan sos lemon.

ROLADE TAUHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | kukus dan hancurkan
  • 150gm isi ayam kisar
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar | cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu makan mentega

BAHAN TELUR DADAR:

  • 2 biji telur
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak atas api sederhana, tumis bawang besar dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata.
  3. Seterunya masukkan pula tauhu yang telah dihancurkan.
  4. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa, Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan kacau rata.
  6. Panaskan kuali leper saiz sederhana yang tidak melekat.
  7. Tuangkan bancuhan telur, dan layangkan bancuhan telur agar memenuhi bulatan kuali, tutup api apabila permukaan telur kering.
  8. Pindangkan telur atas papan pencanai, lapiskan di atasnya dengan campuran tauhu dan isi ayam tadi.
  9. Perlahan-lahan gulungkannya dengan kemas.
  10. Balut gulungan atau rolade dengan aluminium foil.
  11. Apabila sedia digunakan buka bungkusan dan potong bentuk bulat dan Rolade sedia dihidangkan dengan pelbagai cita rasa  yang anda suka.