Jemputan daripada Visit Victoria untuk menyertai AirAsia X Rediscover Melbourne dengan senarai tempat lawatan yang mengujakan membuatkan hati tidak sabar untuk berada di sana. Terbang dengan AirasiaX juga bukanlah kali pertama. Proses pendaftaran berjalan lancar sehinggalah berada di dalam perut pesawat. Sebagai orang media, sebentar sahaja, kami sudah dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Usai kapal terang sudah berada di udara, perut seperti terus meminta-minta. Apa lagi, Nasi Lemak Pak Nasser menjadi pilihan saya. Mengubat rindu. Inilah antara menu kegemaran saya kala terbang bersama AirAsia. Kini AirAsiaX menyediakan penerbangan setiap hari ke Melbourne dan pelbagai menu dengan pelbagai citarasa.
Kami tiba di Melbourne waktu pagi. Setelah segala proses mengambil bagasi selesai, sebahagian daripada kami membeli kad sim telefon. Ya lebih murah untuk digunakan sepanjang berada di sana. Sambil menunggu kenderaan yang akan membawa kami, kami diberi secawan kopi. Aduhai, bagi pencinta kopi seperti saya, ini salah satu tarikan pertama untuk jatuh cinta dengan bumi Victoria. Menghirup kopi dalam suasana dingin pagi memang memberi satu energi baru setelah berada lapan jam dalam penerbangan.
GEELONG & THE BELLARINE / GEELONG WATERFRONT
Keluar dari lapangan terbang, sudah sedia menanti kenderaan dari Explore Australia Tours. Kami terus berangkat menuju lokasi pertama di luar kota Melbourne. Kami berangkat ke Geelong. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit ini membawa kami ke kawasan santai dengan pemandangan replika seni yang dikenali sebagai ‘Bollards’, hasil seni dari pelukis terkenal Jan Mitchell.
Langit yang biru dan laut yang terbentang luas menyambut kedatangan kami. Jika ke sini kita boleh temui lebih dari 100 replika bollards dengan pelbagai warna dan corak. Kami menyusuri Rippleside Park, Limeburners Point dan Botanic Gardens. Cuaca yang cantik dan cerah serta berangin tidak terasa meletihkan. Apa Istimewanya Geelong Arts & Culture Trails ini? Di sini kita boleh memuat naik app yang disediakan untuk melihat replika bollards tersebut bergerak.
MINI GOLF DRIVING RANGE CHALLENGE AT CURLEWIS GOLF
Teruja ingin menghayun kayu golf penuh bergaya. Berangan sambil ketawa. Kami kemudiannya dibawa ke Mini Golf Driving Range Challenge di Curlewis Golf. diiktiraf antara Top 50 Australian Golf Course terbaik , The Range @Curlewis ini mempunyai 18 laluan driving range dan akademi latihan golf lengkap dengan makanan.
Paling seronok kami juga diberi task untuk melakukan aktiviti di sini. Sebagai beginner kami semua sangat teruja penuh dengan ketawa dan jeritan apabila pukulan kami masuk tepat ke lubang yang dituju. Mana tidaknya kerana kami dibahagikan kepada grup dan pemenangnya akan mendapat hadiah. Jadi masing-masing cuba untuk membuat pukulan tepat dengan sekali pukulan.
Selesai beraktiviti kami dihidangkan dengan minuman segar serta sneks berupa roti dan kek. Buat kaki golf, ini antara lokasi yang patut anda tuju. Sebelum meninggalkan kawasan ini, kami juga dibawa ke lapangan golf yang turut disediakan hotel dan chalet penginapan yang sangat menarik. Jadi kepada kaki golf tempat ini pasti menjadi salah satu destinasi patut dituju.
Ads
MAKAN TENGAHARI DI JACK RABBIT VINEYARD
Kami kemudiannya dibawa makan tengahari di Jack Rabbit Vineyard. Kawasan atas bukit yang mempunyai pemandangan indah menghadap laut lepas. Seafood yang segar, sajian kupan dan hidangan fish and chips yang enak dimakan dengan penuh berselera.
BELLARINE SMOKEHOUSE
Kami dibawa ke Bellarine Smokehouse yang berada tidak jauh dari lokasi kami makan tengahari. Ikan Salmon tentunya tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Kalau melancong ke luar negara, mencuba variasi makanan laut adalah antara perkara yang selalu menjadi pilihan. Bellarine Smoke house menyediakan ‘smoked fish’ secara tradisional dan kualiti rasanya sangat dijaga.
Dibawa melihat proses asapan yang dilakukan, kami kemudianya dihidangkan dengan smoked salmon dan barramundi untuk dicuba. Ternyata rasanya sangat sedap. Buat penggemar salmon seperti saya, walaupun sudah kenyang tetap teruja mencuba. Selain ikan salmon, Bellarine Smokehouse juga menyediakan ikan barramundi, NZ Ora King Salmon, King Fish, Victorian Rainbow Trout dan belut.
R GEELONG HOTEL & MAKAN MALAM DI FISHERMAN’S PIER
Petang menjelang tiba, kami akhirnya dibawa mendaftar bilik di R Geelong Hotel. Setelah seharian ke sana dan ke sini, sememangnya tidak sabar untuk menyegarkan diri. Walau diberi masa yang singkat untuk berehat, tetapi cukup untuk saya merebahkan badan sebentar atas tilam yang empuk. Kemudiannya mandi dan bersiap untuk menikmati hidangan makan malam di Fisherman’s Pier.
Restoran yang terletak berhampiran port boat ini rupanya adalah restoran yang telah mendapat Anugerah Restoran Seafood Terbaik selama 40 tahun berturut-turut! Ah, memang teruja betul apa lagi setelah mandi, perut kembali lapar. Saya juga sudah berangan mahu memesan menu berasaskan ikan dan makanan laut. Pasti segar dan enak. Kerana restoran ini tidak jauh dari hotel penginapan, kami berjalan kaki beramai-ramai.
Santai dalam cuaca petang yang indah. Angin laut yang bertiup agak dingin tak terasa kami sudah menghampiri restoran yang dituju. Benarlah sesuai dengan gelarannya diterima, setiap ruang tempat duduk sudah penuh. Selesai menikmati makan malam, kami pulang ke bilik.
SARAPAN DAN KE QUEENSCLIFF
Hari kedua sudah mula, kami bersarapan di kafe berhadpan hotel. Cafe’Go menyajikan hidangan sarapan ‘mat saleh’ yang tidak asing bagi orang Malaysia. Laju sahaja masing-masing membuat pesanan.
Dan kerana kami akan memulakan perjalanan yang agak jauh jadi setelah bersarapan kami bergerak untuk menaiki feri menuju Seorrento.
MENYUSURI MILLIONAIRE’S WALK
Kawasan elit yang menempatkan rumah-rumah serba mewah menghadap laut yang terkenal dengan nama Millionnaire’s Walk. Menyusuri laluan ‘Millionnaire’s Walk’ melalui kawasan belakang rumah-rumah mewah yang indah sambil melepaskan pandangan ke laut lepas memang melekakan. Bunga-bunga liar yang menghiasi laluan menjadikan suasanan sangat indah.
Terlihat juga deretan Jeti-jeti kapal mewah membarisi pantai yang semestinya dimiliki oleh pemilik rumah-rumah mewah ini. Satu pengalaman berbeza kerana selama ini mungkin kita hanya menonton filem atau melhat gambar sahaja. Ya , pengalaman indah untuk dijadikan memori. Kawasan perumahana mewah itu bak resort itu kami tinggalkan untuk ke satu lagi destinasi menarik yang menghidangkan pemandangan indah. Kami kemudiannya ke Penisular Hot Spring dan seterusnya bermalam di Rye Hotel. Selesai mandi, kami bersiap lagi untuk makan malam. Kali ini kami dibawa ke Intercontinental, Soreento.
MAKAN MALAM DI THE ATRIUM
Masuk ke ruang dalam The Atrium at Intercontinental, Sorrento. yang serba mewah sememangnya sangat menarik. Hiasan dalaman yang moden memberikan mood yang lebih segar dan mengujakan.
Ads
Kami terus ke meja yang telah disediakan. Memilih menu dan makan dengan penuh khusyuk. Maklum sahaja kalau lepas berendam, perut pastilah menjerit kelaparan. Semua makanan sedap dan saya memilih hidangan ikan salmon. Segar dan sedap sekali. Selesai makan malam kembali ke hotel untuk berehat dan esoknya kembali ke Kota Melbourne.
SERONOKNYA CUCI MATA DI SOUTH MELBOURNE MARKET
South Melbourne Market. Sudah berusia lebih 150 tahun, South Melbourne Market menjual pelbagai barangan, makanan, sayuran, bunga, buah-buahan, ikan , daging dan hasil laut yang segar. Bukan itu sahaja, di sini juga menempatkan pelbagai restoran dan tempat makan termasuk makanan halal. Pilihan pakaian, cenderahati dan pelbagai hasil seni juga boleh didapati di sini.
Orang seperti saya memang sangat teruja kalau dibawa ke tempat seperti ni. Boleh leka menikmati barangan yang dijual. Seketika saya leka melihat deretan pelbagai jenis cheese yang dijual. Dan dalam kunjungan ini kami juga diberi peluang merasa pelbagai jenis cheese. Best sangat! Kami juga diberi mencuba tiram segar. Sayangnya saya bukan penggemar tiram. Kami juga menikmati makan tengah hari di salah satu restoran di sini. Dan semestinya halal untuk orang Muslim.
Dibuka dari jam 8 pagi hingga 2 petang pada hari Rabu, pada hari Jumaat pula ditutup jam 6 petang manakala ditutup jam 4 petang pada hari bekerja yang lain. Jadi pastikan jadual percutian anda disusun dengan baik kerana market ditutup pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Oh ya, saranan saya, jangan lupa mencuba croissant terbaik di Agathé Pâtisserie dan datang awal sebab kena beratur panjang. Sumpah sangat sedap!
Esoknya kami ke Philip Island, satu lagi lokasi yang tidak boleh dilepaskan. Jika sudah pasang angan-angan mahu menyaksikan perarakan penguin terkecil di dunia, anda mesti masukkan Philips Island dalam senarai tempat yang bakal dikunjungi. Dua jam perjalanan dari kota Melbourne tidak akan terasa lama kerana dihidangkan dengan permandangan indah sepanjang jalan.
Dalam perjalanan kami singgah Caldermeade Dairy . Ladang lembu tenusu yang turut dilengkapi dengan kafe dan mini market yang menjual pelbagai hasil tenusu. Kami sempat dibawa melawat ke kawasan peliharaan lembu dengan menaiki ‘truck’ khas.
Selain itu turut disediakan pelbagai aktiviti seperti memberi makan binatang peliharaan. Aktiviti ini memang sesuai bagi yang travel bersama anak-anak. Sempat juga mencuba susu coklat yang dijual dan memberi beberapa cenderahati untuk dibawa pulang.
Philip Island, Pulau perlindungan terletak di pantai selatan Australia. Nikmati keindahan pelbagai aktitivi di pulau ini termasuklah menyaksikan penguin parade, nobbies, anjing laut dan menaiki helicopter sambil menyaksikan keindahan Philip Island dari udara.
Ads
PHILLIP ISLAND CHOCOLATE FACTORY
Kilang Coklat yang terkenal di pulau ini. Mempunyai lebih dari 190 jenis coklat pelbagai rasa, Visit Panny’s Amazing World of Chocolate juga mempunyai pameran informasi mengenai penghasilan koko . Kita juga dapat dapat menyaksikan bagaimana pembuatan coklat, anak-anak dapat mempelajari sejarah pembuatan coklat sambil bermain pelbagai permainan yang disediakan. Kalau dah sampai ke sini tak lengkaplah kalau tak mencuba hot chocolate yang dijual di kafenya. Sedap!
Melengkapkan perjalanan di sini, kami berangkat pulang sambil melalui kawasan perkampungan dan ladang-ladang tenusu yang luas dan menghijau. Seketika kami singgah di bass coast trail, wonthagei Railway dan Wonthagi Wind Farm dan menikmati makan tengahari di Kilcunda.
Antara hidangan enak yang dihidangkan sepanjang percutian kami.
GELATO DALAM SUASANA DINGIN DAN HUJAN GERIMIS
Bertolak pulang ke Melbourne kami singgah pula menikmati ais krim dan gelato di Kori Icekrim di Howthorn. Kafe gelato milik Joane Yeoh anak kelahiran Malaysia ni menyediakan pelbagai perisa yang menjadi kegemaran ramai. Joane Yeoh turut di senaraikan sebagai upcoming chef di bawah usia 30 tahun oleh MFWF 2022. Kami sempat mencuba pelbagai jenis gelato dan aiskrim. Hujan gerimis dan udara sejuk tidak dihiraukan kerana gelato yang mendapat inspirasi dari manisan Jepun ini benar-benar enak. Selesai menikmati aiskrim dan gelato kami pulang ke hotel penginapan. Malam terakhir di Melbourne dalam hujan gerimis, kami menikmati sepenuhnya pemandangan malam. Berlari membeli cenderahati sebelum kedai tutup. Menghabiskan wang kecil dengan membeli coklat dan menikmati malam malam citarasa Thai.Kata orang teman travel yang tepat sangat penting untuk mewujudkan suasana ‘meriah’sepanjang percutian. Carilah teman, rakan dan sahabat yang betul untuk percutian yang panjang apa lagi jika memerlukan kita travel dari satu tempat ke tempat yang jauh.
Terima kasih sahabat-sahabat media, Anis, Shaz,Lissa, Martin dan Carmen. Amzar dan Ariff dari AirAsia, Yih Ling dari Go Communication dan orang paling penting dan Jenny dari Visit Victoria yang menjadi teman travel paling best sepanjang percutian kami.
Terima Kasih AirAsia X yang menyediakan penerbangan selesa dan Visit Victoria yang menyediakan iternary yang sangat menarik. Untuk anda yang ingin terbang ke Melbourne, kini AirAsia X menyediakan penerbangan setiap hari. Pilih sahaja hari yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan yang pasti anda bakal menikmati percutian yang penuh kenangan.
Ramadan tahun ini sememangnya meriah lain macam bersama Nu Ideaktiv! Dengan penuh rasa syukur dan semangat kebersamaan, jenama resipi, masakan dan komuniti, majalah RASA sekali lagi menganjurkan acara tradisi tahunan bubur lambuk, tetapi kali ini dengan skala yang lebih besar dan dimensi yang lebih istimewa dengan meraikan wira negara secara lebih dekat dan bermakna bertemakan Bubur Lambuk Rewang Wira.
Bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kempen ini membawa roh Ramadan yang sebenar, iaitu berpaksikan gotong-royong, kasih sayang dan penghargaan kepada mereka yang berbakti kepada negara. Tahun ini, kerjasama bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tiga pasukan badan beruniform negara iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) , Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan sekadar penerima bubur lambuk, tetapi mereka sendiri akan turut serta dalam penyediaannya, bersama barisan sukarelawan dan komuniti. Inilah manifestasi sebenar Rewang Wira, satu acara yang menyalurkan penghormatan kepada mereka yang sering berada di barisan hadapan mempertahankan negara, kini berganding bahu bersama masyarakat dalam tradisi Ramadan yang penuh keberkatan.
Sejak tujuh tahun lalu, acara ini telah menjadi nadi dalam menghidupkan semangat kemasyarakatan sepanjang Ramadan. Namun tahun ini, ia dibawa ke satu tahap yang lebih meriah lain macam! Lebih 8,000 pek bubur lambuk akan diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur, termasuk hospital, masjid, bazar Ramadan, rumah kebajikan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat pelancongan.
Antara lokasi agihan Bubur Lambuk adalah di Dataran Merdeka, Hospital Kuala Lumpur (HKL), PA Seri Selangor, PPR Laksamana, Institut Jantung Negara (IJN), Bazar Jalan Raja Alang, Bazar Jalan Kuching dan Pasar Seni.
Kolaborasi tahun ini juga lebih gah dengan kehadiran BLACMORES sebagai penaja utama buat pertama kalinya, di samping sokongan berterusan daripada FGV dan AJI-SHIO®, serta rakan penaja lain seperti S&P Santan, OKI, inDrive. Strategi kolaborasi strategik pula utuh dengan kerjasama ATM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta rakan media, Astro, Zayan dan Borak seeNI.
Menurut Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, acara ini adalah satu inisiatif tahunan yang telah menjadi satu simbol bagaimana majalah RASA sebagai jenama masakan dan resipi terulung di Malaysia terus berkembang untuk membawa impak kepada kelompok komuniti yang lebih meluas.
“Kalau kita amati betul-betul, Bubur Lambuk adalah juadah berbuka puasa yang telah menjadi tradisi menghubungkan hati dan jiwa masyarakat. Setiap senduk bubur yang dimasak bukan hanya tentang rasa, tetapi tentang nilai kebersamaan dan keikhlasan. RASA berbangga menjadi antara penggerak utama tradisi ini, memastikan setiap tahun lebih ramai yang dapat menikmati keberkatan Ramadan melalui program ini. Tahun ini sangat istimewa kerana kami bukan sahaja mengekalkan tradisi, malah berkembang lebih jauh dengan kolaborasi besar. Kami sangat teruja untuk menyambut BLACKMORES sebagai penaja utama buat pertama kali, dan menghargai sokongan padu daripada FGV, AJI-SHIO®, S&P Santan, OKI dan inDrive. Kejayaan acara ini membuktikan bahawa majalah RASA bukan sekadar jenama, tetapi satu platform yang menyatukan masyarakat melalui cinta terhadap makanan dan nilai kemanusiaan.”
Sementara itu, Emma Masri, Ketua Unit Bisnes Jenama Masakan & Deko merangkap Editor Pengurusan RASA, menekankan bahawa tema Rewang Wira mempunyai satu sentimen yang lebih mendalam, bukan hanya sekadar tema semata.
“Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa di sebalik keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati, ada wira-wira negara yang berkorban bukan sahaja nyawa tetapi juga masa bersama keluarga. Jika kita menyambut Ramadan dengan keluarga, ada di antara mereka yang masih bertugas menjaga keselamatan negara. Oleh sebab itu, kami di majalah RASA mahu mendekatkan masyarakat dengan wira negara ini melalui cara yang lebih bermakna, bukan sekadar memberi, tetapi membawa mereka bersama untuk lebih dekat dengan komuniti. Rewang Wira membolehkan kita menyatukan dua elemen, tradisi gotong-royong dalam penyediaan bubur lambuk dan penghargaan kepada mereka yang berkorban demi kita semua. Masyarakat akan dapat melihat sendiri, memasak bersama, dan berbuka puasa dengan mereka. Inilah penghormatan sebenar, bukan hanya dalam kata-kata, tetapi melalui perbuatan.”
Bukan sekadar memasak dan mengedar, acara ini juga diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik:
Siaran Luar Zayan Meriah Lain Macam – Bermula jam 8 pagi, penyampai radio Zayan, Lin Ariffin, akan bersiaran secara langsung dari Dataran Merdeka untuk memulakan persiapan Bubur Lambuk bersama pasukan RASA. Ini bukan sekadar siaran, tetapi permulaan tenaga kepada acara sepanjang hari!
Segmen Meriah Lain Macam bersama Penyampai Zayan, Faizal Ismail & Nana Mahazan – Bermula jam 4.00 petang, segmen ini penuh dengan aktiviti interaktif, kuiz, permainan, hadiah eksklusif dan barangan istimewa untuk dimenangi. Suasana pasti lebih ceria dengan kehadiran personaliti radio terkenal ini!
Program temubual, Borak seeNI akan menampilkan hos Keanu Azman menerusi aktiviti Tazkirah, selain daripada peluang untuk orang ramai memenangi pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Borak seeNI juga akan menutup acara Bubur Lambuk Rewang Wira dengan sesi busking band rasminya, AANTU Band yang dibarisi oleh Adzrin Adzhar & The Uncle.
Persembahan istimewa dari Mila Jirin dan selebriti tanah air Tazkirah Ramadan bersama Ustaz Hariri & Keanu Azman.
Demonstrasi masakan eksklusif AJI-SHIO® bersama Chef Naem & demo masakan bersama OKIx Shafiqcute
Booth interaktif penaja dengan tawaran eksklusif
Pelancaran Malam Tujuh Likur dengan pameran replika hiasan gergasi
Lebih menarik, mereka yang hadir berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah istimewa, barangan eksklusif, serta pemeriksaan kesihatan percuma di booth BLACKMORES DAN 2000 vitamin percuma!
Sebagai sebahagian daripada kemeriahan Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira, pengunjung berpeluang membawa pulang sebahagian daripada RM5,000 duit raya menerusi peraduan media sosial yang mudah dan menyeronokkan! Hanya rakam momen terbaik anda di acara ini, sama ada dalam bentuk gambar atau video dan kongsikan di Instagram atau TikTok dengan kapsyen kreatif tentang mengapa Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira ini “Meriah Lain Macam”. Jangan lupa sertakan #RasaBuburLambuk, #MeriahLainMacam, serta tag @majalahrasa di Instagram atau @rasa.my di TikTok. Penyertaan dengan kapsyen paling kreatif bakal memenangi duit raya sebanyak RM200!
Sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu, sebarang perhimpunan dan aktiviti yang melibatkan orang ramai telah dilarang. Malah Solat Jumaat juga turut tidak diadakan bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
Esok merupakan Jumaat ketiga selepas PKP dilaksanakan dan digantikan dengan solat Zuhur. Walaupun begitu, masih ada lagi amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan bersama keluarga. Antaranya ialah:
1. MEMOTONG KUKU
Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.
Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.
2. MANDI SUNAT HARI JUMAAT
Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.
Dalam sebuah hadis pernah dinyatakan bahawa:-
“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
3. BACA SURAH AL-KAHFI
Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.
Rasulullah bersabda,
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.”(Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)
4. MEMAKAI PAKAIAN YANG ELOK
Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim terhadap orang lain.
Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran.
5. MEMAKAI BAU-BAUAN
Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum solat seperti bau di syurga juga adalah wangi.
Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat.
6. BANYAKKAN ZIKIR & DOA
Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.
Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
7. BERSELAWAT
Setiapkali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
8. BANYAKKAN SOLAT SUNAT
Selain solat fardu yang diwajibkan, kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib.
Digalakkan juga untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.
Sangat rugi jika kita tidak mengambil kelebihan ini untuk kita perbanyakkan amalan semasa hari Jumaat. Jangan disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaan, kita terlupa dan terlepas untuk memperbanyak beribadah.
Anak-anak yang sedang membesar memerlukan zat & nutrisi yang cukup bagi menampung perkembangan 360 mereka. Sumber-sumber ini boleh didapati menerusi susu dan juga pengambilan makanan berkhasiat.
Si manja anda tak suka minum susu tanpa perisa dan tidak kuat makan? Penat pujuk dan sediakan pelbagai jenis menu, tapi si manja tetap tak nak jamah. Jangan risau kerana anda boleh cuba Dugro Madu baharu!
RESIPI BAHARU YANG LEBIH SEDAP & BERKHASIAT
Dugro memperkenalkan resipi madu baharu istimewa yang lebih sedap dan berkhasiat buat anak-anak yang tidak suka minum susu tanpa perisa.
Dugro Madu baharu mempunyai rasa madu yang lebih enak. Jadi bila anak-anak minum, terasa keenakan madu yang sangat lazat!
Resipi baharu ini juga memberikan rasa susu yang lebih lemak dan berkrim, ditambah pula dengan aroma madu yang lebih harum, menaikkan selera si manja. Bila si manja suka, mama-mama pun rasa lega. .
TINGGI NUTRISI & KEBAIKAN BUAT SI MANJA
Tahukah juga ibu bapa 1 daripada 3 kanak-kanak di Malaysia berisiko menghidapi Anemia*? Kekurangan Zat Besi (IDA) merupakan penyebab anemia yang paling kerap terjadi dan ia boleh menjejaskan perkembangan otak dan fizikal si Manja!
Dugro Madu diperkaya dengan Zat Besi Aktif untuk 3 kali penyerapan**. Ia juga diperkayakan dengan 21 vitamin dan mineral serta nutrien penting seperti DHA, EPA & Inulin. Dengan 3 gelas susu Dugro Madu sehari, Si Manja akan mendapat 100% keperluan Zat Besi^. supaya anak anda boleh mencapai perkembangan 360° dengan lebih sempurna.
SUSU BERKUALITI PADA HARGA BERPATUTAN
Susu berkualiti begini harga mestilah mahal. Ibu-ibu pasti ada yang beranggapan begitu kan? Jangan risau. Dugro memahami isi hati para ibu bapa. Harga susu ini tentunya sangat berbaloi.
Dugro Madu bukan sahaja lebih lazat dan berkhasiat, tapi ia juga dipasarkan pada harga yang mampu milik, sesuai untuk semua golongan rakyat Malaysia. Jadi ibu bapa tidak perlu berfikir panjang untuk memberikan susu yang terbaik ini untuk anak-anak anda.
DUGRO MADU SEMEMANGNYA PILIHAN TERBAIK BUAT SI MANJA!
Meneliti kebaikan, khasiat serta harganya, pasti ramai yang sudah sedar bahawa Dugro Madu baharu ini tentunya pilihan terbaik buat anak-anak.
Kalau nak cuba, mudah sahaja. Anda boleh dapatkan Dugro Madu baharu ini di kedai-kedai dan pasaraya berhampiran. Ada pelbagai tawaran istimewa menanti, jadi cepat-cepat dapatkannya tau! Nak beli secara online (https://bit.ly/3BieI0x) di Shopee pun boleh. Layari je Dugro Official Store. Lagi mudah anda pilih.
Oh ya, bagi yang nak cuba dulu susu ni sebelum beli pun boleh. Anda boleh semak jadual sampling Dugro Madu di Facebook Dumex Dugro dan pilih lokasi yang terdekat dengan anda.
*Jalaludin MY et al. (2023). 38th Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference, Kuala Lumpur, Malaysia.
**Dengan kombinasi optimum nisbah Vitamin C:Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi. ^3 gelas susu Dugro Madu 3 memberi 100% pengambilan zat harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1-3 tahun.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...