Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
2. Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
IKLAN
Kredit: Exportersindia.com
3. Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
IKLAN
Kredit: http://ripeme.com
4. Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
IKLAN
5. Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
6.. Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Perasan tak ada orang nampak lebih muda dari usia, ada juga yang kelihatan tua dari usia sebenar. Sesetengah orang akan mengalami penuaan lebih cepat dari yang lain. Ni semua ada kaitan dengan gaya hidup tidak sihat, tidak menjaga pemakanan atau mungkin juga kerana tidak mempedulikan penjagaan kulit.
Bila disebut penuaan ni bukan sahaja kulit sahaja yang kena dijaga, tetapi sel tubuh dan fungsi otak juga turut terbabit. Jadi, apabila memasuki usia 30-an korang kenalah mulai memerhatikan makanan apa yang dimakan.
Jom semak 10 makanan anti penuaan atau melambatkan penuaan ini.
1. AVOKADO
Kredit foto : mashable.com
Buah yang sedap ini ternyata sangat berkhasiat untuk mencegah kulit berkedut sebelum usia. Kandungan lemak tak tepu dan serat dalam avokado baik untuk menjaga kesihatan jantung serta mencegah kanser. Memakan avokado boleh membantu menurunkan kolesterol Anda. Selain itu, avocado juga kaya akan vitamin E yang mampu merangsang penghasilan kolagen agar kulit tetap kenyal dan cerah, jauh dari kedutan sebelum masa.
2. DELIMA MERAH (pomegranate)
Kredit foto : sportsvape.net
Jika anda kerap makan buah delima merah, polifenol yang terdapat dalam buah ini mampu melawan radikal bebas dan vitamin C yang tinggi untuk melindungi kulit dari sinaran matahari. Delima juga membantu tubuh menyimpan kolagen dan menjaga kesihatan jaringan kulit.
3. BLUBERI, RASPBERI DAN BLACKBERI
Kredit foto : nutritionadvance.com
Selain rasanya yang lazat, buah-buahan beri ini juga dipercayai dapat meremajakan tubuh disebabkan tingginya kandungan antioksidannya. Anti oksidan akan melawan radikal bebas yang menyerang melalui kesan pencemaran, sinaran matahari dan juga dan juga pelbagai bahan-bahan kimia berbahaya. Selain itu, berbagai vitamin dan nutrisi yang terdapat pada buah-buahan ini juga dipercayai mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh.
4. TEMBIKAI
Kredit foto : medicalnewstoday.com
Kandungan vitamin A, C, dan E yang tinggi dalam tembikai menjadikan buah ini amat berkesan untuk mencegah kedutan kulit. Bukan sekadar merawat kulit, tembikai juga berupaya menjadi penyelesaian untuk masalah seksual pasangan yang sedanga melalui proses penuaan. Buah ini mengandung asid amino yang mampu melancarkan peredaran darah dengan melebarkan pembuluh darah.
5. KEKACANG
Kredit foto : allbanesecandy.com
Pelbagai jenis kekacang kacang merah, badam, dan gajus adalah pilihan yang tepat untuk mencegah penuaan dini. Kacang kaya dengan protein, serat, dan omega-3 namun bebas dari lemak tepu. Bagi menjaga fungsi otak menjaga fungsi otak dan melawan radikal bebas, kacang adalah pilihan yang sihat.
6. CENDAWAN
Kredit foto : en.wikipedia.org
Cendawan kaya akan berbagai mineral seperti kalium dan selenium yang berkhasiat untuk mencegah penuaan awal. terutama pada saraf otak anda. Selain itu, cendawan juga berfungsi sebagai anti kanser kerana ia mampu membunuh serta memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak. Cendawan juga mendorong sistem pertahanan badan yang lebih kuat untuk melawan pelbagai jenis virus dan bakteria.
7. BAYAM
Kredit foto : xtra.com.my
Jenis sayuran hijau tua, terutama bayam, memiliki seribu manfaat untuk menjaga keremajaan tubuh. Kandungan fitonutrien pada sayur ini akan membantu melindungi kulit dari sinar UV matahari. Bayam juga kaya akan beta-karoten dan lutein yang efektif untuk menjaga keanjalan serta kelembapan semulajadi kulit.
8. IKAN
Kredit foto : thefreshmarket.com
Ikan yang hidup di air bersuhu dingin seperti salmon dan sardIn diyakini mampu mencegah penyakit jantung dan stroke kesan dari kandungan asid lemak omega 3 . Ia juga bermanfaat dalam menjaga keremajaan kulit kerana ikan juga membantu menguatkant membran-membran sel pada kulit. Kulit akan sentiasa lembab dan lembut walaupun bertambah usiamu.
9. COKLAT
Kredit foto : madcasse.com
Pilihlah coklat gelap atau dark chocolate milk chocolate atau white chocolate yang mengandung berbagai bahan tambahan seperti gula dan lemak. Kudapan sihat ini kaya akan antioksidan. Seronok kan dapat makan coklat sihat ini.
10. YOGURT (PLAIN)
Kredit foto : healthyfood.co.nz
Bila usia makin meningkat, tulang juga akan makin kurang kepadatannya Anda boleh memakan yogurt yang rendah lemak dan bebas gula secara rutin. Yogurt kaya dengan kalsium dan berbagai nutrisi penting yang diperlukan tubuh agar tetap bermaya di usia tua. Tetapi ingat pilih yang plain, rendah lemak dan bebas gula dan perisa tiruan , ya.
Antara makanan yang paling popular di pasar malam adalah Taufu Fa. Kalau dahulu dimakan bersama gula putih, tetapi sekarang resipinya dipelbagaikan untuk pilihan pembeli. Selain gula putih, ada juga gula Melaka dan Taufu Fa yang diperisakan dengan perasa pandan. Memandangkan Taufu Fa adalah favourite admin, terasa nak berkongsi resipinya hari ni. Sebenarnya tidaklah susah, cuma memerlukan kesabaran dan sedikit masa untuk membuatnya. Esok hari cuti, mungkin anda boleh mencuba resipi ini di rumah.
TAUFU FA ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
150 gram kacang soya
1 liter air
1 1/2 sudu besar tepung jagung *
1/2 sudu kecil sekko /GDL*
1/2 cawan air *
2-3 helai daun pandan
BAHAN AIR GULA:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula putih
3 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Rendamkan kacang soya selama 4-5 jam. Kemudian asingkan kulitnya.
Bersihkan kacang soya dan dikisar bersama 1 liter air. Tapis menggunakan kain nipis.
Masak air soya dengan daun pandan sehingga mendidih.
Sementara itu, satukan bahan-bahan bertanda *.
Apabila air soya sudah mendidih, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan masukkan bahan-bahan bertanda * tadi. Kacau dan tutup bekas.
Tunggu sehingga ½ -1 jam. Jika Taufu Fa anda sudah ‘kental’, bermakna ia boleh dimakan.
Untuk menyediakan bahan air gula, Didihkan semua bahan dalam periuk. Matikan api apabila sudah sedikit pekat.
Tentu ramai yang meminati bubur kacang. Manisan lemak manis ini memang enak dinikmati tidak kira dimasak sejuk mahupun panas. Tapi bagaimana hendak memastikan rasanya menjadi lebih sedap? Ini ada petuanya.
Photo: Pixabay/PDPics
Sebelum merebus kacang, elok digoreng kacang tersebut tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya.