Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
UDANG KERING HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Udang laut berkulit keras
Garam
Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
Ads
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Paprik seafood ala Thai, lauk macam ni memang sesuai untuk dihidangkan buat keluarga. Lengkap dengan pelbagai jenis lauk dan juga sayur-sayuran.
Cukup satu lauk ini sahaja atau boleh tambah dengan telur dadar. Nak pedas sikit boleh tambah cili padi.
Bagi yang tak makan seafood boleh juga tukar kepada ayam dan juga daging. Makan panas-panas satu keluarga cukup meriah. Tak perlu banyak-banyak lauk!
Paprik Seafood Ala Thai
BAHAN-BAHAN
BAHAN A
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Hiris bahan bertanda *
BAHAN B
2 sudu cili kisar
2 sudu pes tomyam
3 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
3 sudu kicap manis
Serbuk perasa
Udang dan Sotong
(Nak tambah atau tukarkan kepada daging atau ayam pun boleh)
BAHAN C
Kobis bunga
Lobak merah
Kacang buncis
Daun limau purut
Cili Merah/Hijau
(Jika ingin tambah sayuran lain pun boleh. Ikut citarasa)
CARA MEMASAK:
Mula-MULA panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan B diikuti udang sotong yang sudah dicuci bersih. Tambahkan sedikit air.
Reneh sehingga masak.
Masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau suka, bolehlah masukkan serbuk perasa. Empunya resipi biasa gunakan Pasti Sedap. Jadi boleh ikut selera masing-masing.
Diam tak diam Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua dah pun masuk episod ke 11. Seperti yang ditonton tadi penyanyi Hafiz Suip menceriakan suasana memasak kali ini.
Pemenang Anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ni turut menghiburkan krew dan Chef Wan dengan memetik gitar dan mendendangkan lagu dari albumnya di awal rancangan.
Hafiz Suip cukup berbesar hati Datuk Chef Wan sudi memasak masakan tradisi Sarawak, bumi kelahiran artis yang ceria ini. Hafiz yang meminati dan mengikuti Datuk Chef Wan sejak kecil cukup teruja berkongsi dapur menyiapkan masakan Bubur Pedas dan kuih tradisi kuih bongkol.
“Bubur pedas ni yang menyebabkan ia begitu istimewa adalah rempah atau bumbu yang terdapat di Sarawak. Bila Ramadan inilah sajian popular dan macam tak lengkap sajian berbuka kalau takde bubur ini. Sayur-sayuran dan rempah memang sedaplah. Ni memang sajian kesukaan saya.
Kuih bongkol Sarawak pun sangat saya suka. Saya sebenarnya memang suka makan kuih yang manis dan rasa dan teksturnya sama dengan kuih yang disebut jongkong atau jongkol yang terdapat di sini,” ceritanya dengan tergelak kecil.
Masa rakaman Hafiz dan Chef Wan asyik membungkus kuih bongkol dengan daun pisang. Ada teknik bungkusnya, silap bungkus boleh terburai pulak isinya.
Nak tahu resipi bubur pedas dan kuih jongkol Sarawak, jom salin resipinya di sini.
BUBUR PEDAS
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar rempah bumbu
12 ekor udang basah saiz sederhana
250 ml pati santan 5 batang kacang panjang (dihiris kecil-kecil)
50 gm cendawan telinga (direndam lembut dan dihiris)
3 batang jagung muda (dihiris)
Daun kesum (diracik)
1 daun kunyit (diracik)
1 batang serai kecil (dihiris halus)
1 sudu besar udang kering
1 lobak kecil
Asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Minyak
Air Bahan kisar:
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam periuk. 2. Masukkan bahan kisar, cili kisar dan udang kering. Kacau sehingga naik bau. 3. Masukkan kentang, ubi keledek, lobak merah, rempah bumbu, sedikit air, dan santan. Kacau dan biarkan selama 1-2 minit sehingga empuk. 4. Selepas itu, masukkan daun kunyit, cendawan shitake, cendawan keping, bunga lili, fuchuk dan daun kesum. Kacau perlahan-lahan sehingga cendawan lembut. 5. Masukkan kacang panjang dan jagung muda ke dalam periuk. Kacau lagi supaya kacang panjang dan jagung masak. 6. Akhir sekali, masukkan udang, garam dan sedikit gula. Setelah itu, kacau sehingga mendidih. 7. Sedia untuk dihidangkan.
KUIH BONGKOL
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih: 150 gm tepung beras 70 gm tepung ubi kayu 650 ml santan cair 3 sudu besar gula pasir ½ sudu teh garam 2 helai daun pandan (disimpul) Daun pisang (dilayurkan) Lidi pencungkil gigi
Bahan inti: 150gm gula Melaka (dipotong dadu kecil/diracik halus) 200ml pati santan
CARA MEMASAK : 1. Masukkan tepung beras, tepung ubi kayu, santan cair, gula dan garam ke dalam periuk. 2. Gaulkan semua sekali sehingga adunan tepung menjadi likat dan pekat. 3. Sediakan daun pandan beralaskan daun pisang dan letakkan sedikit adunan tepung. 4. Kemudian masukkan gula melaka/apong di atas adunan tadi. 5. Tutup pula dengan sedikit pati santan. 6. Kemudian bungkuskan daun pandan tersebut seperti bungkusan tapai. 7. Kukuskan kuih bongkol selama 25-30 minit. 8. Sedia untuk dihidangkan.
AKSI DI SEBALIK TABIR
Banyak aksi lucu di sebalik penggambaran ni…
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Isnin akan datang saksikan resipi dan aksi menarik Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersama penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu. Sure kecoh dan mencuit hati.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Nampak lauk sotong di kedai mamak, memang sangat memanggil-manggil. Dengan saiznya yang besar, warnanya pula nampak sedap sungguh. Tapi ada kalanya seram nak pilih lauk sotong. Bimbang harganya yang mahal. Nah, sekarang korang boleh try masak sendiri. Resipinya kami kongsikan.
SOTONG MASAK KARI MAMAK
Bahan Hiris
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba
Bahan:
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba hingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dari sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dalam 4 minit. Tutup api.