Durian jenis Musang King atau Mao Shan Wang memang jadi pilihan kerana keenakannya. Sebab itu walau pun musim durian sedang rancak tapi harga duria jenis ini tetap juga mahal.

Sebiji boleh mencecah RM100 malah lebih pada bukan musim. Walau begitu peminatnya tetap ada dan sanggup membelinya.

Disebabkan harga yang mahal maka sebelum membeli wajiblah tahu ciri durian Musang King ini. Takut nanti tertipu. Terutama bagi yang baru nak rasa dan belum mahir tentang ciri durian jenis ini.

1. Duri bentuk piramid

Ads

Durian Musang King mempunyai duri yang berbentuk piramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.

5 Ciri Durian Musang King, Kena Tahu Sebelum Beli

2. Bentuk buah bujur

Durian Musang King biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi ( ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Pernah nampak buah pinggang? macam tu la bentuknya.

5 Ciri Durian Musang King, Kena Tahu Sebelum Beli

3. Tapak sulaiman

Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.

Ads

5 Ciri Durian Musang King, Kena Tahu Sebelum Beli

4. Tidak berduri di pangkal

Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.

5 Ciri Durian Musang King, Kena Tahu Sebelum Beli

Ads
5. Warna isi kuning kunyit

Isinya berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya senang ditanggalkan.

5 Ciri Durian Musang King, Kena Tahu Sebelum Beli

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI