Nak makan cempedak atau pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau dapat makan. Tepung salut rangup pulak tu. Memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik!
CARA BANCUH TEPUNG UNTUK MASAK PISANG, CEMPEDAK GORENG & IKAN CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 bungkus tepung beras cap gajah
5 sudu makan tepung ubi
2 biji telur – dipukul
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Sedikit air kapur
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.
Cucur Ayam perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni sangat sempurna jika dijadikan hidangan minum petang. Malah kalau nak dijadikan menu untuk potluck atau bekal juga sesuai. Boleh tambah aneka sayur seperti daun sup, kucai, daun bawang atau bayam untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Anak-anak pasti berselera. Cubalah.
RESIPI CUCUR AYAM @ BEBOLA AYAM BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Ayam – ambil bahagian isinya sahaja
Bawang merah – hiris dadu
Cili merah
Daun sup/daun kucai/daun bawang – ikut citarasa
Sedikit garam
1-2 biji telur – jika guna banyak isi ayam, lebihkan.
CARA MEMASAK:
1. Rebus isi ayam terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam pengisar, letak sikit air dan kisar hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng bancuhan ayam tadi guna api sederhana.
4. Masak hingga kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Buat sendiri je nugget ayam ni. Boleh dapat banyak dan boleh ikut citarasa sendiri. Paling penting terjamin kebersihan dan status halalnya. Jika suka nugget tempura, tukarkan serbuk roti degan tepung goreng ayam.
BAHAN-BAHAN:
4 keping Isi ayam |hiris dan kisar
2 biji telur
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar |optional
1 sudu teh lada putih
3 Sudu besar Tepung Gandum atau breadcrumbs.
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan dan kukus.Anggaran 1/2 masak
2. Kemudian bentukkan mengikut kesukaan. Jika suka cheese, boleh campurkan dalam isi ayam.
3. Setelah siap, celupkan dalam telur dan kemudian gaulkan dengan breadcrumbs
4. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
Kuih Gunting Bercili sangat sesuai disajikan buat tetamu yang datang beraya di rumah. Keenakan dan kerangupannya buat kita tak sedar dah habis sebalang. Ada rasa pedas-pedas manja yang buat kita ralit memakannya. Nak buat Kuih Gunting Bercili yang sedap, tentunya anda perlu gunakan Anchor Unsalted Butter yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Menambah rasa dan keharuman pada Kuih Gunting kita. Jom cuba.
KUIH GUNTING BERCILI
Bahan-bahan:
700gram tepung gandum
200ml Anchor Cooking Cream
100ml Fernleaf Susu UHT
180gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
4 tangkai daun kari – cincang halus
5 tangkai cili kering – buang biji & gunting halus
1 sudu teh serbuk pati bilis
2 sudu teh garam
Bahan-bahan B (Kisar):
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
3 biji buah keras
Cara Memasak:
Kisar bahan-bahan B hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk besar.
Masukkan tepung, Anchor Cooking Cream, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur, cincangan daun kari, hirisan cili kering, serbuk pati bilis dan garam. Gaul semua bahan hingga jadi doh yang lembut dan tak melekat.Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tabur lebihan tepung ke atas papan pencanai. Ambil separuh doh lalu canaikan (tidak terlalu tebal dan terlalu nipis). Potong doh memanjang (1 inci lebar), kemudian gunting doh mengikut ketebalan yang disukai. Ulangi proses hingga semua doh habis.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng doh yang digunting tadi hingga keperang-perangan. Toskan.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...