Tauhu kaya dengan sumber protein malah ia boleh dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
Ads
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
Ads
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Ads
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Asam pedas batang keladi ni lauk tradisi kegemaran ramai. Tapi batang keladi ni nak masak kena gayanya. Masak asam pedas adalah gaya masakan yang popular.
Bersihkan pun kena betul-betul, kalau tak gatal tekak pulak. Jom cuba resipi Masak Asam Pedas Batang Keladi gerenti sedap ni.
ASAM PEDAS BATANG KELADI BAHAN-BAHAN :
* sila tengok foto untuk sukatan bahan Batang keladi di siang.. buang kulit luarnya. Bawang besar Bawang putih
Halia
Belacan
Ikan bilis
Serai
Asam keping
Cili kisar
Daun limau purut. Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Rebus batang keladi yang dah dibersihkan dengan sedikit garam dan asam keping hingga lembut.
2. Toskan & ketepikan. 3. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, belacan, ikan bilis sampai lumat
4. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, serbuk kunyit sikit, cili kisar ( ikut kepedasan) & serai yg telah dititik.
5. Kacau rata dan tumis.
6. Bahan-bahan tadi tumis sampai pecah minyak.
7. Kemudian masukkan air, ikut kepekatan yang disukai. Masukkan sekali asam keping dan didihkan sebentar.
8. Akhir sekali masukkan batang keladi dan limau purut, perasakan dengan garam dan gula. 9. Renehkan sampai mendidih.
Masakan Filipina agak ringkas dan banyak dipengaruhi dengan masakan Sepanyol dan negara jirannya yang lain seperti Malaysia dan Indonesia. Maka tak hairanlah jika hidangan-hidangan ini memenuhi citarasa orang kita. Jom cuba. Seronok juga try menu baru di hujung minggu ni.
1. TERUNG DADAR FILIPINA (TORTANG TALONG)
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Terung dibelah dua tetapi tidak putus. Kemudian bakar hingga lembut.
Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah.Kacau rata. Ketepikan.
Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
Tuangkan lebihan telur di atas terus tadi.
Goreng hingga masak.
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Terung ini enak dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kicap.
2. BEEF KALDERETA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | potong kiub
1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
1 biji kentang | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
3 ulas bawang putih | cincang
1 kiub pati ayam
1 sudu teh empingan cili kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
6 sudu makan minyak masa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang putihhingga wangi.
Masukkan daging. Kacau hingga daging berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan menu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara masak dan rasa masakan ini hampir sana dengan stew daging. Enak dihidangkan dengan roti.
3. KWEK KWEK
BAHAN-BAHAN:
15 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Sedikit tepung ubi kayu | untuk salut telur
Minyak masak |untuk menggoreng
BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
1 cawan tepung gandum
150ml air sejuk
Pewarna oren
Lada sulah dan garam secukup rasa
150ml air
BAHAN SOS:
2 sudu makan cuka
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan sos tomato
3 sudu teh kicap manis
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum bersama serbuk lada sulahdan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air secukupnya. Kacau lagi.
Titikan beberapa titik perwarana oren. Kacau rata.
Sementara itu panaskan kualidan gaulkan telur dalam bekas berisi tepung ubi kayu.
Kemudian celupkan dalam adunan tepung tadidan goreng di atas api sederhana hingga garing.
Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan, kacau rata.
Hidangkan sos bersama Kwek-Kwek.
INFO CHEF: Kwek-Kwek adalah makanan kudapan ringan di kalangan masyarakat Filipina. Ia juga sering dijadikan bekal untuk anak-ana sekolah di Filipina.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.