Bila tiba musim perayaan, banyak hidangan enak dimasak sempena menyambut Syawal yang mulia. Andai berkunjung ke rumah saudara mara, pasti makan macam-macam. Air, nasi, rendang, laksa, kuih muih, manisan. Semua terasa sedap. Ada yang berminyak, berempah, manis, pedas, sejuk. Cukup lengkap! Bila dah makan banyak, pasti perut pun rasa kurang selesa dan sebu. Nak solat pun rasa sengkak. Tapi jangan risau kerana anda boleh atasinya dengan cara-cara berikut.
5 CARA MUDAH REDAKAN PERUT SEBU HANYA GUNA BAHAN SEMULAJADI
1. AIR LEMON SUAM
foto: www.popsugar.com
Jika rasa tak selesa, minum segelas air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon. Masukkan sedikit madu jika anda tidak suka terlalu masam. Ia akan membantu mengembalikan sistem imunisasi anda, mengimbangkan kadar PH dah menyahkan toksin dalam badan.
2. AIR HALIA SUAM
foto: www.thevitaminbox.com
Halia memang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Halia dapat mengeluarkan angin dan menyingkirkan lemak. Hanya hiriskan beberapa keping halia, masukkan ke dalam air dan didihkan. Jika suka boleh tambahkan madu dan perahan jus lemon.
3. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
foto: www.wired.com
Elakkan minum air yang bergas, manis dan berkafein. Ini kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk melancarkan proses penghadaman. Jadi pastikan minum air kosong dengan banyak. Pengambilan air suam juga membantu anda untuk berasa lega dengan lebih cepat.
Ads
4. REHATKAN SISTEM PENGHADAMAN
foto: www.tasteofhome.com
Makan dengan banyak secara sekaligus, menyebabkan perut ‘terkejut’. Sebaiknya, berbukalah dengan mengambil makan yang ringan seperti kuih, sup dan bubur terlebih dahulu dan brulah diikuti dengan hidangan yang lebih berat. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan hingga lumat. Jika makan terlalu laju, makanan yang dimakan tidak dapat hancur dengan sempurna menyebabkan perut berasa tidak selesa & lambat hadam.
5. SENAMAN RINGAN
foto: sarafresh.com
Bila perut tidak berasa selesa, ia bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Pilihlah jenis senaman yang anda suka seperti berjogging, yoga atau berjalan. Bila badan anda bergerak, toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan seterusnya menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat.
Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Biasanya ada tiga label atau tag yang biasa digunakan : BEST BEFORE, USE BYUSE BEFORE , & EXPIRY DATE.
Jom semak fakta yang dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan dalam FB mereka. Ni penting bagi memastikan anda tidak terkeliru dan faham dengan lebih jelas lagi.
BEST BEFORE
Kebiasaannya label ‘BEST BEFORE’ ada pada makanan yang dibungkus segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan ‘best before’ sekiranya makanan atau item tersebut dibungkus di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk tersebut dibeli
.
Kesegaran makanan selepas tarikh ‘best before’ akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti. Maka, ‘best before’ memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah .
USE BEFORE
‘USE BEFORE’ : Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh ‘use before’.
USE BY
USE BY’ : Masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan .
EXPIRY DATE
EXPIRY DATE’ selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Selepas tarikh luput, produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang .
Sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menikmati minuman seperti lemonade sangat menyegarkan terutama ketika cuaca panas. Tetapi, anda dapati ada sedikit rasa pahit di dalam minuman lemonade tersebut. Kemungkinan besar penyebabnya adalah dari lemon itu sendiri. Demikian juga dalam beberapa masakan, campuran lemon atau parutan kulitnya membuat rasa masakan pahit.
Terdapat tip untuk mengatasinya:
kredit: www.misslizzy.me
1. Jika anda merasa pahit pada hidangan bersos akibat penggunaan lemon, tambahkanbeberapa cubit garam kemudian kacau. Garam mampu meneutralkan rasa pahit. Masukkan sedikit demi sedikit hingga rasa pahit hilang.
kredit: mychefstoolbox.com.au
2. Untuk hidangan makanan lain yang kuahnya lebih pekat, anda boleh menghidangkannya dalam keadaanmasih panas atau suam agar rasa pahit tidak begitu ketara. Suhu panas boleh membuat rasa pahit tidak dapat dikesan. Ini yang membuatkan kopi panas tidak terlalu pahit rasanya dibandingkan kopi sejuk.
kredit: drhealthbenefits.com
3. Jika anda akan membuat minuman daripada lemon, pastikan anda hanya menggunakan isi buahnya sahaja. Buang biji dan bahagian kulit yang berwarna putih, kerana bahagian itulah yang membuat lemon terasa pahit.
Jadi lepas ni bolehlah hasilkan minuman atau hidangan yang lebih enak dan bebas rasa pahit lemon. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Raya dah habis, berat badan tak menurun. Risau baju raya hanya mampu dipandang, wanita ini kongsi petua campuran bahan-bahan ini mampu menurunkan berat badan dengan berkesan sekali. Tanpa bahan kimia hanya buah dan sayuran sahaja. Jom cuba!
PETUA JUS KURUS
BAHAN-BAHAN: (untuk stok 3 hari)
2 biji green apple
2 biji medium-sized carrot
1 biji navel orange (besar) atau 2 biji limau sunkist
2 inci halia
2 cawan air sejuk
CARA PENYEDIAAN:
Kisar semua, takyah tapis sebab dah halus. Dan hampas tu sumber fiber, buat kita kenyang lama sikit.
Tambah gula/madu. Gula jangan banyak tau. Madu takpe banyak, tapi guna madu asli je.
ATURANNYA:
Minum setiap pagi, sebelum sarapan. Kalau ada gastrik, alas dulu perut dengan makanan ringan seperti roti atau biskut. Lepas minum jus, rehatkan perut, biar proses detox dan pengkurusan berjalan. Cuba untuk 14 hari.
PERSOALAN:
1. Pregnant dan BF boleh minum?
Boleh. Bagus sangat untuk baby. Dapat best nutrients dan vitamin buah-buah.
2. Pantang boleh minum?
Yes, boleh. Jangan bubuh green apple. Bisa. Guna carrot, halia dan orange saja. Nak jadi cinderella ke mak lampir? Pilih.
3. Kata boleh minum 3x. Camne tu?
Baik adik, kakak, makcik. Dengan jumlah bahan dan 2 gelas air tu, jus dapat 1 jug kecik. Sehari segelas je minum. Lebihan simpan peti. Jangan letak luar. Nanti rosak. Nak kurus sebab jus ke sebab cirit birit? Pilih.
4. Berapa kg boleh terbakar? Kenapa 14 hari challenge?
First, bergantung pada umur dan tahap metabolisma badan. Makin kita berumur, makin slow proses pembakaran lemak. Halia membantu tingkatkan tahap metabolisma badan. Jadi lemak cepat terbakar. Apple hijau pun boleh pecahkan lemak. 14 hari challenge untuk mudahkan kita yang baru nak start. Just nice untuk kekalkan konsistensi dan motivasi. Boleh monitor juga berapa kg turun, setiap 7 hari. Boleh tak jangan belasah nasi lemak 2 pinggan lepas minum jus kurus?
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!