Ads

Mudahnya Resipi Rojak Sotong Kangkung Ni. Jom Buat!

Siapa suka makan Rojak Sotong Kangkung? Ha… Sedap kan? Jika biasanya anda beli je hidangan ni, anda pun boleh buat secara homemade. Memang terlajak mudah rupanya. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasa kuah rojak ni. Sedap!

SOTONG KANGKUNG

Mudahnya Resipi Rojak Sotong Kangkung Ni. Jom Buat!

Ads

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 ekor sotong kembang | dicuci bersih
  • 1 ikat kangkung muda | dicuci bersih
  • Bijan panggang secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya

BAHAN SOS:

Ads
  • 2 ulas bawang putih | tumbuk halus
  • 2 biji cili merah | tumbuk halus
  • 4 sudu makan petis udang
  • 2 sudu makan sos hoisin
  • 2 sudu makan sos plum
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Gula secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Sedikit bancuhan tepung jagung | jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong. Hiris nipis dan ketepikan.
  2. Untuk sos, masukkan air, cili merah dan bawang putih. Didihkan.
  3. Kemudian masukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati dan rasa. Jika perlu, tambah gula.
  4. Didihkan sos. Jika cair, masukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya.
  5. Angkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong.
  6. Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya.
  7. Sedia untuk dinikmati.

Info Chef: Sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir, boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sebab Ayam Penyet, Ayam Geprek & Ayam Gepuk, Ramai Sanggup Beratur...

Kalau diperhatikan sekarang, hampir setiap kawasan perumahan atau pusat beli-belah pasti ada restoran yang menjual Ayam Penyet, Ayam Geprek atau Ayam Gepuk. Malah, ada sesetengah kedai sanggup beratur panjang hanya kerana sambalnya yang “padu” dan ayam gorengnya yang rangup.