Walauapun Pastri Puff segera mudah didapati di pasaran dengan pelbagai jenama, tetapi sesekali kalau anda ingin membuatnya sendiri. Ini RASA kongsikan cara membuat pastri yang berlapis-lapis nipis dan rangup, bagaikan terasa sedapnya bila dijadikan kulit pai.
1. Guna Bahan Segar & Berkualiti:
Untuk membuat pastri puff bahan yang digunakan adalah tepung gandum protein tinggi, pastry shortening atau mentega khusus untuk pastry, margerin, kuing telur, garam dan air sejuk. Pastikan semua bahan ini dalam keadaan segar terutamanya kuning telur supaya hasil pastri puff menjadi dengan cantik, rasa lebih sedap, rangup.
Ads
2. Cara Mencampur Bahan:
Perkara pertama perlu dilakukan adalah campurkan tepung gandum, garam, margerin, adaun hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan kuning telur dan air sedikit demi sedikit, adun bahan sehingga menjadi doh lembut. Jika menggunakan mixer, gunakan kelajuan perlahan (sekejap sahaja). Bungkus doh yang sudah siap dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sekejap.
Ads
3. Hati-Hati Roll Adunan Pastri:
Salah satu tip mendapatkan pastri puff yang cantik dan sedap bergantung kepada cara anda roll atau canai pastri. Cara terbaik, canaikan pastri menggunakan rolling pin di permukaan yang rata dan tabur permukaan itu dengan tepung gandum supaya adunan tidak melekat. Kemudian letakkan mentega atau shortening khas untuk pastri. Kemudian lipat adunan tadi dan gilang semula adunan secara perlahan hingga mendapat ketebalan 1/2cm. Bagi mendapatkan beberapa lapisan pada pastri puff maka anda harus ulang proses yang sama beberapa kali dengan cara lipat sisi kanan dan kiri adunan pastri ke bahagian dalam tetapi jangan sampai ke dua bahagian ini bercantum. Kemudian lipat lagi hingga lipatan bercantum dan canai perlahan-lahan.
Ads
4. Simpan Adunan Pastri Dalam Peti Sejuk:
Jika pastri puff selesai dicanai, bungkus adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam (lebih elok simpan sehari). Tujuannya supaya mentega menjadi sebati dengan doh agar semasa dibakar ia dapat mengembang dengan baik disetiap lapisan dan hasilnya ia sungguh lemak, masin dan rangup sempurna seperti diharapkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup, tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolesstrol yang tinggi. Dah tentu-tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau anda sukar mengelakkan makanan bergoreng, ini ada tiga cara menggoreng yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kandungan kolestrolnya.
Guna Minyak Bersih
Penggunaan minyak baru yang bersih menjadikan kadar kolestrol makanan yang digoreng adalah selamat dimakan kerana kadar kolestrolnya tidak terlalu tinggi.
Masukkan Makanan Bila Minyak Betul-Betul Panas
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan makanan yang hendak digoreng. Dengan cara ini makanan yang digoreng lebih cepat garing dan masak. Masa yang sama makanan tidak akan menyerap banyak kolestrol dari minyak gorengan.
Tapis Makanan
Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan makanan tidak berminyak. Kemudian letakkan makanan atas tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia dihidangkan.
Masakan dan kuih muih melayu banyak menggunakan daun pisang sebagai pembungkus. Selain selamat, ia juga memberikan rasa enak serta bau harum pada makanan yang dibungkus. Lemang, tapai dan lontong antara hidangan raya yang memang guna daun pisang ni.
Bagi peniaga kuih muih seperti Kuih Koci, daun pisang adalah bahan yang wajib ada. Tak ada daun ni, makan tak jadilah kuih kuci. Nak bungkus dengan apa kan?
CARA SIMPAN DAUN PISANG AGAR TAHAN LEBIH SEMINGGU
BAHAN-BAHAN:
Daun pisang
Kain bersih
Kertas surat khabar
Plastik bersih
CARA-CARA:
Ambil daun pisang, buang pelepahnya, bersihkan dari kotoran dan layurkan.
Potong daun pisang mengikut saiz yang dikehendaki. Jika tak perlu potong, biarkan sahaja.
Ambil kertas surat khabar, bungkus kemas-kemas daun pisang tadi.
Kemudian simpan bungkusan daun pisang tadi dalam beg plastik yang bersih. Bungkus dan ikat dengan kemas.
Simpan bungkusan dalam peti sejuk di bahagian tempat letak sayur.
Hasilnya, daun pisang akan boleh tahan lebih dari seminggu. Keluarkan daun masa nak guna.
Boleh menjimatkan masa dalam penyediaan kuih. Selamat mencuba!
Jom RASAkongsikan cara rebus nasi impit yang cepat & jimat gas. Maklumlah, di musim perayaan begini, selain ketupat, nasi impit menjadi menjadi menu wajib untuk dihidang kepada tetamu di hari raya.
Biasanya untuk mendapatkan hasil nasi impityang elok dan padat, nasi impit perlu direbus lama. Jika rebus dengan api besar, memang boleh dan cepat masak. Cuma hasilnya tidak padat, tekstur sedikit kasar dan tidak pejal. Tak berapa enak dimakan.
Jadi untuk tahun ni, boleh guna petua yang dikongsi oleh saudari Yuhafiqah Mohd Yunus ini untuk jimat gas. Anda yang tiada pressure cooker pun boleh cuba cara begini.
PETUA & CARA REBUS NASI IMPIT SUPAYA CEPAT MASAK. BARULAH JIMAT GAS
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...