Berita baik untuk penggemar ikan patin, selain masak asam tempoyak banyak lagi menu lain yang boleh korang cuba. Ini ada tiga menu lain ikan patin yang wajib cuba sebab sedap dan memang boleh layan rasanya.

3 Versi Masak Patin Yang Super Sedap Selain Masak Tempoyak.

 IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam galus
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 batang serai | hiris halus
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.
  2. Panaskan minyak  dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
  7. Gaul rata dan tutup api.
  8. Sambal ikan patin sedia dihidangkan.

3 Versi Masak Patin Yang Super Sedap Selain Masak Tempoyak.

IKLAN

 IKAN PATIN KUKUS

  • BAHAN-BAHAN:
    1 ekor ikan patin (lebih kurang 300gm)
  • 2 biji limau nipis
  • 1 biji bawang Holland
  • 3sm  halia-kisar
  • 3 biji bawang putih-hiris
  • 5 biji cili padi-titik
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 tangkai daun bawang-hiris
  • 1 tangkai daun ketumbar-hiris
  • Garam dan gula

 CARA  MASAK:

1.Bersihkan ikan dan masukkan dalam loyang.

2. Dalam bekas lain, bancuh sos tiram, air, garam, dan curahkan atas ikan.

3.Taburkan hirisan bawang dan halia

IKLAN

4. Kemudian perahkan limau.

Kukus selama 15 minit.

3 Versi Masak Patin Yang Super Sedap Selain Masak Tempoyak.

KARI IKAN PATIN

IKLAN

BAHAN -BAHAN:

  • 1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
  • 250ml susu rendah lemak
  • 150gm yogurt
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 biji terung bulat | belah empat
  • 2 biji cili hijau | belah dua
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

Bahan Hiris:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia muda

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan patin dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
  4. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
  5. Kacau rata hingga pecah minyak.
  6. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
  7. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
  8. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
  9. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI