Puding memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk. Malah rupanya yang berwarna-warni menjadikan hidangan ini sesuai dijadikan buah tangan dan juga sajian pencuci mulut untuk majlis-majlis istimewa. Puding Biskut Marie ni memang best. Mana tidaknya, resipi sangat ringkas dan guna santan kotak je! Bagi yang ada stok santan dekat dapur tu, bolehlah pakat cuba.
PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
1 paket biskut Marie – warna putih/ perisa original
Ads
10gm serbuk agar-agar ( 1 paket)
4 cawan air
1/2 cawan gula
2 sudu makan susu pekat manis – optional
1 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan santan kotak – campur sedikit air
1/2 cawan tepung kastard
2 sudu makan mentega atau marjerin – empunya resipi guna marjerin sahaja
Ads
Esen vanila dan esen pandan secukupnya
Secubit garam
Pewarna hijau dan kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan telur, susu cair, santan dan tepung kastard. Pukul hingga tidak berketul.
Dalam periuk berlainan, masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian tambahkan mentega atau marjerin.
Seterusnya masukkan bahan-bahan yang dipukul tadi. Masak hingga sedikit pekat sahaja dan jangan sampai pekat sangat.
Tambahkan esen vanila dan garam. Gaul rata dan padamkan api.
Basahkan loyang dengan sedikit air. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Warna setiap satu bahagian dengan warna kuning dan hijau. Dalam adunan hijau, tambahkan esen pandan dengan secukupnya.
Untuk melapis puding, tuang sedikit adunan kuning ke dalam loyang. Ratakan.
Kemudian susun biskut marie diatasnya. Biarkan puding mengeras seketika. ( empunya resipi letak dalam peti sejuk).
Seterusnya tuang pula adunan hijau dan susun biskut. Biarkan adunan mengeras.
Ulang langkah sama hingga habis adunan.
Sejukkan puding di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dipotong.
TIP MUDAH KELUARKAN PUDING DARI LOYANG
Lapisan puding yang pertama kena sedikit tebal dan betul-betul memenuhi permukaan loyang. Barulah ia mudah dikeluarkan selepas dipotong.
Wow…tengok je dah nampak sedap dan kaya dengan buah-buahan segar! Jika anak-anak suka makan aiskrim, anda boleh cuba resipi perkongsian Puan Haslina Hamid ni. Tanpa pewarna tambahan dan boleh kawal jumlah gula. Bestnya…Jom cuba!
AISKRIM MIX FRUIT JELLY
BAHAN-BAHAN:
1 kotak serbuk jelly – masak ikut arahan dan sukatan air pada kotak
1 senduk gula – jika perlu atau nak lebih manis.
Kiwi – potong kecil
Strawberi – potong kecil
Tembikai – potong kecil
Mangga – potong kecil
Buah naga – potong kecil
Anggur – potong kecil
CARA MEMASAK:
1. Masukkan serbuk jelly @ agar-agar ke dalam periuk dan masukkan sukatan air mengikut arahan pada kotak. Kacau hingga adunan tidak berketul.
2. Bila adunan mendidih, rasa. Jika kurang manis, tambahkan gula ikut citarasa. Masak hingga larut kemudian sejukkan adunan agar-agar.
3. Masukkan potongan buah-buahan ke dalam plastik aiskrim dengan secukupnya.
4. Tuang bancuhan agar-agar tadi dan ikat plastik aiskrim.
5. Bekukan di dalam peti sejukbeku dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.
INFO CHEF: Jika buat untuk makan sendiri, sekotak jelly sudah memadai. Untuk buah-buahan pula, boleh guna aneka buah yang menjadi kegemaran.
Buat sendiri je nugget ayam ni. Boleh dapat banyak dan boleh ikut citarasa sendiri. Paling penting terjamin kebersihan dan status halalnya. Jika suka nugget tempura, tukarkan serbuk roti degan tepung goreng ayam.
BAHAN-BAHAN:
4 keping Isi ayam |hiris dan kisar
2 biji telur
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar |optional
1 sudu teh lada putih
3 Sudu besar Tepung Gandum atau breadcrumbs.
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan dan kukus.Anggaran 1/2 masak
2. Kemudian bentukkan mengikut kesukaan. Jika suka cheese, boleh campurkan dalam isi ayam.
3. Setelah siap, celupkan dalam telur dan kemudian gaulkan dengan breadcrumbs
4. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.