Risau betul dengan jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang menular sekarang. Jika ada anak anda dijangkiti diharapkan ia segera sembuh. Namun dalam proses sembuh itu, mungkin selera makan si kecil berkurangan. Ibu-ibu jangan bimbang, ini RASA kongsikan tiga menu sup yang ringkas, sedap dan tidak pedas. Anda boleh cuba untuk mengembalikan selera makan si kecil.
Diharapkan kesegaran dan keenakan sup ini membantu anak yang susut badan kembali berselera dan cepat pulih dari deman. Malah anda sekeluarga juga boleh makan bersama untuk kembalikan keceriaan si kecil.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3cm halia
2 sudu rempah sup
1 paket stok ayam
1 tangkai daun sup |hiris halus
1 batang daun leek | potong serong
½ biji lobak merah | potong serong
5 biji tomato ceri
10 biji bebola ikan
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2.5cm halia | hiris
3 biji kentang | potong empat
1 batang lobak merah | potong
50gm suhun
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan | hiris halus
CARA MEMASAK:
Ads
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
Setelah kentang empuk, kecilkan api.
Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
SUP KEPALA IKAN MERAH
Ads
BAHAN-BAHAN:
1-2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
1biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
3cm halia | hiris halus
1 batang serai | titik
1 bunjut sup bunjut
Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1/2 sudu teh jus limau nipis
Sedikit hirisan daun sup dan bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai.
Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daunbawang.
Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Minggu anak bercuti sekolah dah bermula, jika kamu bercadang nak berkelah, bbq atau membuat party hari jadi sebagainya hujung minggu ni, bolehlah cuba resipi ayam bakar cili padi ni. Nampak juicy dan sedap. Selamat mencuba!
AYAM BAKAR CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
BAHAN KISAR:
1 btg serai
4 ulas bwg putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
– semua bahan ni kisar atau tumbuk
CARA MEMASAK:
campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pd keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais
bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tgok2 api, jgn kering sgt. Biar isi ayam tu lembab2 sikit. Leh gak bakar guna kuali ajaib, pandai2 adjust api.
Buat anda yang tak dapat dapat balik beraya di kampung, apa kata korang cuba beberapa juadah ringkas daging masak ala kampung yang boleh dicampurkan dengan sayur dalam menu ringkas tapi sedap untuk bangkitkan nostalgia raya di kampung.
.
ACAR TUMIS DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | hiris nipis
1/2 batang timun | potong memanjang
1/2 lobak merah | potong memanjang
10 ulas bawang merah | belah dua
6 ulas bawang putih | belah dua
3 cm halia muda | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili hijau | hiris memanjang
6 biji cili padi | buang tangkai
1 batang serai | titik
1/2 sudu makan biji sawi
1 sudu teh bijan
1 sudu makan pes cili kering
1/2 sudu makanan sos tomato
2 sudu makan cuka putih
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai titik, kacau rata, masukkan biji sawi.
Seketika kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi hingga garing.
Masukkan hirisan halia muda, bawang merah dan bawang putih.
Seterusnya masukkan daging, kacau hingga kecut, baru masukkan hiris timun, lobak merah, hirisan cili hijau dan merah serta cili padi.
Kacau lagi dan perasakan dengan sos tomato, cuka, garam dan gula secukup rasa.
Apabila sayur layu dan daging pun masak tutup api.
Acar daging sedia dihidangkan.
.
TUMIS DAGING RAMPAI PERIA BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | hiris nipis
1 biji peria katak | belah dua hiris sederhana
2ml santan pekat
2 batang serai | titik
1 biji bawang besar | hiris
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
1 batang serai
5 biji buah keras
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama serai titik hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga tumisan garing dan timbul minyak.
Masukkan daging, terus kacau hingga daging kecut dan air daging kering.
Masukkan peria dan asam gelugor, kacau rata. Masukkan pula santan.
Biarkan terus mereneh hingga daging empuk dan kuah pekat.
Peraakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api.
HIdangkan Daging Tumis Darat Bersantan ini dengan nasi panas.
.
ASAM PEDAS BEREMPAH DAGING BERSAMA TERUNG: BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris lebar dan nipis
6 biji terung Siam
1 cawan air asam jawa
6 helai daun limau purut
6 biji tomato ceri | belah dua
2 kuntum bunga kantan | belah dua
2 batang serai | titik
6 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
5 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
3 batang serai | titik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
2cm belacan | bakar
3cm kunyit hidup
4 hirisan lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, bahan rempah penumis dan bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili kering kisar, kacau rata tumis hingga cili garing dan timbul minyak.
Kemudian masukkan daging dan lada hitam kisar, gaul rata hingga daging kecut.
Tambah air Asam Jawa, gaul rata dan tambah pula air secukupya.
Kacau dan biarkan mendidih, kemudian masukkan terung Siam, daun limau purut dan bunga kantan.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kacau perlahan dan biarkan hingga daging empuk.
Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan tutup api.