Macam-macam cara dan stail orang memasak. Ada yang masak campak-campak pun dah menjadi , rasa pun sedap. Berkenalan dengan Syed Munawwar Syed Muhazani salah seorang instafamous dengan jutaan pengikut di instagramnya syedmunawwar punyai stail tersendiri dalam mengolah masakan.
Leka melihatnya memasak di instagram, santai dan bersahaja. Setiap kali video memasaknya dimuat naik, sememangnya dinantikan. Jom cuba resipi yang dikongsinya.
TOM YAM SANTAN
Bahan-bahan:
2 liter air
5 helai daun limau purut / di carik kasar
5 biji bawang merah / dihiris
1 1/2 inci lengkuas / dihiris
3 batang serai / dititik
1 kotak kecil santan
4-5 sudu besar pes tomyam
5-6 biji cili padi merah dan hijau / tumbuk kasar
2 batang lobak merah / dihiris
1 1/2 sudu makan sos ikan
200gm isi ayam / potong dadu
100gm cendawan tiram
100gm cendawan enoki
100g cendawan shimeji
10 biji tomato ceri
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
Jus limau nipis
Daun ketumbar
2-3 akar ketumbar
Bahan tumbuk kasar:
Cili Padi hijau dan merah
Cara memasak:
Ads
1.Panaskan periuk dan masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan santan. Sentiasa kacau perlahan.
2.Masukkan daun limau purut,serai,bawang merah,lengkuas,akar ketumbar. Rebus seketika.
3.Masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar dan pes tomyam. Kacau perlahan-lahan.
4.Kemudian masukkan isi ayam dan lobak merah.
5.Kacau, biarkan ayam sedikit masak dan lobak lembut.
6.Masukkan cendawan tiram,cendawan shimeji dan cendawan enoki. Rebus dan kacau perlahan-lahan.
7.Masukkan sos ikan dan tomato ceri yang dibelah dua. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
8.Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau sedikit dan siap dihidang.
KUETIAU HAILAM
Bahan-bahan:
1/2 bungkus kuetiau
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah / dihiris
Ads
5-6 ulas bawang putih / dihiris
3 sudu besar cili kering kisar
1-2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tomato
2 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
2 batang lobak merah / dipotong bulat@bunga
1-2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
3-4 putik jagung / dipotong serong
15 ekor udang saiz sederhana
7 ekor sotong saiz sederhana
Setengah pokok brokoli / potong kecil
100gm sawi / potong 2 inci
Ads
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 cawan bancuhan air tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Rendam kuetiau dalam semangkuk air panas selama 10minit dan toskan.
2.Panaskan periuk non-stick goreng seketika kuetiau bersama kicap masin cair dan sedikit minyak bijan. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.Panaskan minyak masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4.Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato dan kacau seketika. Masukkan air biarkan mereneh.
5.Seterusnya masukkan kiub pati ayam,lobak merah,kicap manis dan kicap pekat. Kacau sebati.
6.Masukkan putik jagung,udang dan sotong,brokoli,pak choy,serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau.
7.Akhir sekali perasakan garam dan gula. Tuangkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan kuah pekat seketika. Siap dihidang.
MOIST CHOCOLATE CHIP CAKE
Bahan-bahan:
220gm tepung gandum (diayak)
1 1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)
250gm mentega
170gm gula pasir
3 biji telur gred A atau B
1 sudu teh esen vanilla
250ml susu Full Cream
200gm coklat cip
Loyang bulat saiz 9inci
Cara memasak:
1.Panaskan oven dengan suhu 160c api atas bawah selama 15minit.
2.Ayak bahan kering tepung gandum dan serbuk penaik. Ketepikan dahulu.
3.Masukkan mentega dan gula pasir dalam bekas. Pukul sehingga kembang menggunakan mixer.
4.Masukkan telur ayam satu persatu sambil pukul menggunakan mixer sehingga kembang.
5.Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi dan masukkan bahan kering yang telah diayak tepung gandum dan serbuk penaik secara berselang seli dengan susu full cream.
6.Masukkan secara berselang seli sambil pukul menggunakan mixer sehingga adunan sebati sahaja. Jangan overmix selepas masukkan bahan kering. Sekadar sebati sahaja.
7.Selepas itu masukkan 100gm coklat cip dari sukatan sebenar ke dalam adunan.
8.Kaup balik sekali lalu sahaja. Dan masukkan ke dalam loyang bulat berukuran 9inchi.
9.Taburkan 100gm lebihan coklat cip tadi ke atas adunan. bakar dengan suhu 160c selama 1jam.
10.Jika rasa coklat cip terlampau banyak boleh kurangkan.
Foto & Resipi:Syed Munawar Syed Muhazani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Hitam adalah menu kebanggaan rakyat Pahang. Pelengkap hidangan yang simple tapi rasanya sangat sedap! Namun ramai yang kurang yakin nak buat kerana takut tak menjadi. Sebenarnya, mudah je nak buat sambal hitam ni. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Ain Nazirah Roslan ni. Sangat mudah!
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Kemudian tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
3. Kemudian masukkan bahan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, belimbing buluh, cili padi dan ikan bilis) sekaligus. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga sambal hitam sedikit kering.
5. Jika suka, boleh masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga lembut/layu kemudian baru diangkat dan dinikmati.
INFO: Sambal ini boleh tahan lama. Boleh makan dengan roti dan nasi panas.
Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan dua sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan satu sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat dua inchi.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Bila hidangkan sandwich tebal dan macam makan di restoran atau hotel, mesti suami dan anak-anak akan suka.
Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Resipi dan cara yang dikongsi Zurina Zulkefli ini, boleh dijadikan bekal sebagai minum petang atau sarapan buat suami dan anak-anak.
Setiap potongan sandwich mesti dibaluti tisu kertas supaya sandwish terletak kemas dan tidak berterabur.
Dua potongan sandwich, kentang goreng dan telur rebus disaluti sos bijan panggang.
SANDWICH TEBAL 3 LAPIS
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti mil wholemeal bread 2 keping lof daging ayam 6 hirisan timun jepun 6 hirisan lobak merah – beli online di sini 2 helai daun salad (basuh dan keringkan) 1 keping keju Sos bijan panggang
1. Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sedikit marjerin pada setiap kepingan roti. 2. Goreng lof daging ayam di atas kuali sehingga masak. Ketepikan.
3. Timun setelah dihiris, mesti dilapkan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun. Ketepikan. 4. Lobak merah dihiris lagi memanjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
5. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad. Letakkan satu kepingan lof daging ayam. 6. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin. Letakkan satu kepingan keju.
7. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga. 8. Susun hirisan timun jepun. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.
9. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir). Siap sandwich 3 tingkat.
10. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Ketahui rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur serta bagaimana ia menentukan kualiti, ketahanan dan kegunaan telur. Panduan bijak untuk memilih telur segar setiap kali anda membeli!