Anda pengembar organ dalam seperti lembu hati, jantung, limpa, parau ataupun perut, ini RASA kongsikan 10 menu dengan pelbagai cara memasak organ dalaman lembu yang korang boleh cuba.  Kesemua menu mudah disediakan dan disukai oleh ramai rakyat Malaysia.

PERUT MUDA ALA PADANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
  • 7 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 ½ inci halia | dikisar
  • 1 inci lengkuas | dikisar
  • 3 sudu cili kering kisar
  • 2 batang serai | dititik
  • 1 mangkuk santan
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
  3. Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
  5. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.

10 Resipi Hati, Limpa, Perut & Paru Yang Sedap & Disukai Ramai

PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 1 biji limau nipis | perah air
  • 5 biji cili padi | dipotong kecil
  • 1 biji buah tomato | potong dadu
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 helai daun limau purut | dihiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air suam
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
  2. Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.

10 Resipi Hati, Limpa, Perut & Paru Yang Sedap & Disukai Ramai

PERUT SAMBAL BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm perut | rebus ¾ empuk, hiris kasar

BAHAN KISAR:

  • 50gm cili besar merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1keping asam gelugur
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan kisar kecuali asam gelugur.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan pecah minyak. Masukkan asam gelugur.
  3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sekata.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

10 Resipi Hati, Limpa, Perut & Paru Yang Sedap & Disukai Ramai

RENDANG CAMPUR BEREMPAH

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm paru | rebus
  • 250gm hati | rebus
  • 250gm limpa | rebus
  • 1kg santan pekat
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 5 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan | rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering | potong dan rebus
  • 1 biji bawang besar
  • 4cm lengkuas | hiris
  • 3cm halia | hiris
  • 3 batang serai | hiris

BAHAN HIRISAN:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 batang serai

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 4cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Paru, limpa dan hati yang telah direbus dihiris dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. kemudian tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih yang dibancuh dengan sedikit air.  Kacau seketika.
  4. Seterusnya masukkan paru, limpa dan hati tadi, kacau rata dan sebati dengan bahan tumisan.
  5. Masukkan pula santan pekat, kacau dan biarkan mereneh sehingga kuah agak pekat lebih kurang 15-20 minit.
  6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkkan api, dan terus kacau sehingga kuah kering dan timbul minyak.
  8. Angkat dan hidangkan.

10 Resipi Hati, Limpa, Perut & Paru Yang Sedap & Disukai Ramai

SAMBAL HATI 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 sudu makan cili sos
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  3. Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
  6. Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
  7. Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

10 Resipi Hati, Limpa, Perut & Paru Yang Sedap & Disukai Ramai

IKLAN

HATI GORENG KUNYIT KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm hati lembu | rebus dan hiris
  • 10 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 15 tangkai cili padi merah | hiris memanjang
  • 2 batang serai | titik
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai bersama bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan hirisan hati, kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan hirisan bawang besar, cili dan kacang panjang dan kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah masak, angkat dan segera dihidangkan bersama nasi putih.

10 Resipi Hati, Limpa, Perut & Paru Yang Sedap & Disukai Ramai

SAMBAL PARU  GORENG KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm paru | rebus dan hiris nipis
  • 1 sudu air asam jawa
  • 1 biji bawang Holland | hiris bulat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili merah
  • 5 ulas bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
  5. Gaul rata kemudian tutup api.
  6. Sambal paru sedia dihidangkan.

10 Resipi Hati, Limpa, Perut & Paru Yang Sedap & Disukai Ramai

IKLAN

RENDANG TOK HATI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm hati lembu | cuci bersih dan rebus seketika.
  • 500ml santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 1biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia |hiris nipis
  • 3cm lengkuas | hiris halus
  • 4 batang serai | hriis

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • Kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Hari yang telah direbus tadi dihiris nipis, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan pes cili bersama air asam jawa.
  4. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan hati yang telah dihiris bersma hirisan bawang.
  5. Kacau rata, tambahkan sedikit santan, dan kecilkan api.
  6. Apaaila kuah pekat, masukkan kerisik, kacau rata.
  7. Perasakan dengan kicap, garam dan gula secukupnya.
  8. Setelah kering dan  timbul minyak tutup api, Rendang hati sedia dihidangkan.

10 Resipi Hati, Limpa, Perut & Paru Yang Sedap & Disukai Ramai

KERABU PERUT ALA KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kilo perut putih | cuci bersih dan rebus
  • 2 biji tomato | dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 4 batang serai |dihiris nipis
  • 10 tangkai cili api | dihiris nipis
  • 1  batang timun | buang biji dan potong dadu
  • 3 biji limau kasturi
  • Garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan

CARA MEMASAK:

  1. Hiris kecil memanjang perut yang telah direbus.
  2. Masukkan dalam mangkuk bersama dengan bahan hirisan lain.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan garam, gula, jus limau nipis dan sos ikan. Gaul rata.
  4. Tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata.
  5. Setelah cukup rasa kerabu sedia dihidangkan.

10 Resipi Hati, Limpa, Perut & Paru Yang Sedap & Disukai Ramai

RENDANG HATI CILI PADI:

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm hati lembu|  cuci bersih dan rebus
  • 1 biji bawang besar |hiris
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 20 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 2cm halia muda

CARA MEMASAK:

  1. Hiris nipis hati, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang, dikuti bahan kisar.
  3. Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan hati.
  4. Kacau rata, apabila hati kecut dan kering airnya masukkan santan .
  5. Gaul rata dan masukkan air asam, kerisik. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga kuah pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Tutup api.
  7. Hati Cili Padi  sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI