Tat Keju yang sedap & mudah buat pastinya menjadi sebutan ramai. Makan sejuk-sejuk, alahai…sedapnya! Bagi penggemar hidangan ini, anda bolehlah cuba. Istimewanya, hanya dengan resipi pastri yang sama, anda boleh hasilkan dua jenis cheese tart berlainan rasa. Wow!!!!

 1. CREAM CHEESE TART

2 Resipi Tat Keju Yang Susah Nak Tolak. Penggemar Cheese Wajib Cuba!

 

BAHAN KULIT TART

  • 250gm mentega
  • 450gm tepung gandum
  • 100gm gula kastor

BAHAN CREAM CHEESE:

IKLAN
  • 250gm cream cheese
  • 60gm gula kastor
  • 50gm mentega
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan kulit atau cengkerang tart, campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan doh dalam acuan dan bentukkan
  3. Seterusnya, bakar suhu 170C darjah selama 20 minit.
  4. Bagi menyediakan inti, masukkan cream cheese, gula kastor dan mentega di dalam mangkuk adunan. Pukul hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga semua bahan sekata.
  6. Masukkan cream cheese ke dalam piping bag dan paipkanke dalam kulit tart.
  7. Hias bahagian atas krim dengan sedikit jem blueberi.
  8. Bakar selama 10-15 minit api atas dan bawah suhu 170 C.
  9. Angkat dan sedia dinikmati.

INFO CHEF: Sebelum bakar kulit tart, cucuk dengan garpu bahagian dalamnya.

 

IKLAN

2. CREAM CHEESE NUTELLA

2 Resipi Tat Keju Yang Susah Nak Tolak. Penggemar Cheese Wajib Cuba!

BAHAN KULIT TART

IKLAN
  • 250gm mentega
  • 450gm tepung gandum
  • 100gm gula kastor

BAHAN CREAM CHEESE NUTELLA:

  • 250gm cream cheese
  • 240gm whipping cream
  • 60gm gula kastor
  • Nutella secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan kulit atau cengkerang tart, campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan doh dalam acuan dan bentukkan
  3. Seterusnya, bakar suhu 170C selama 20 minit.
  4. Untuk menyediakan cream cheese Nutella,  putar whipping cream hingga kembang. Asingkan.
  5. Dalam mangkuk lain, putar cream cheese bersama gula hingga kembang.
  6. Kemudian campurkan kedua-dua bahan putar tadi dan putar lagi sehingga sebati.
  7. Paipkan cream cheese ke dalam kulit tart.
  8. Seterusnya paipkan pula nutella di atasnya.
  9. Bakar selama 10-15 minit api atas dan bawah suhu 170C.
  10. Angkat dan sedia dinikmati.

INFO CHEF: Kulit atau cengkerang jika tidak mahu buat boleh beli sahaja di kedai-kedai bakeri utama.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI