Nasi Goreng Senang Disediakan, Sedap Berkhasiat

Nasi goreng senang disediakan dan mengandungi pelbagai khasiat. Di dalamnya ada protein dan zat-zat lain.

Terdapat pelbagai nasi goreng yang ada. Kadangkala bila tak tahu nak masak lauk apa, masak saja nasi goreng. Settle. Sebabnya tak perlu lauk tambahan lain lagi dah.

Dikongsikan tiga resipi nasi goreng yang mudah tapi berkhasiat.

Nasi Goreng Mentega Telur

Nasi Goreng Senang Disediakan, Sedap Berkhasiat

Bahan-Bahan:

1 mangkuk nasi sejuk

2 sudu makan mentega – boleh beli online di sini

10 ekor udang segar (bersihkan)

2 biji telur

Sedikit cincangan daun bawang (untuk hiasan)

2-3 ulas bawang putih (cincang halus) – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Sedikit lada sulah – boleh beli online di sini

Lada hitam secukupnya – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

  1. Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
  4. Kemudian masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
  5. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
  6. Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang.

Nasi Goreng Pedas Sosej

Nasi Goreng Senang Disediakan, Sedap Berkhasiat

IKLAN

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi sejuk

8-10 biji cili padi- boleh beli online di sini

2cm belacan

3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

2 batang sosej (hiris bulat nipis)

Sedikit lada sulah – boleh beli online di sini

2 sudu makan cincangan daun bawang

Garam secukup rasa – boleh beli online di sini

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

  1. Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
  2. Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
  5. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.

Nasi Goreng Tauhu Dengan Kacang Buncis

Nasi Goreng Senang Disediakan, Sedap Berkhasiat

IKLAN

Bahan-Bahan:

3 mangkuk nasi

100gm kacang buncis

2 ketul tauhu (goreng sedikit)

4 ulas bawang merah (hiris nipis) – boleh beli online di sini

3 sudu makan udang kering (tumbuk kasar)

1 batang lobak merah (hiris)

3 biji telur

1 sudu teh serbuk lada putih – boleh beli online di sini

Garam secukupnya – boleh beli online di sini

IKLAN

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

Untuk Hiasan:

Sedikit daun bawang

Bawang goreng – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
  2. Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
  3. Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Nasi Goreng Ikan, Sarapan Popular Pantai Timur

 

Tak Cukup Bahan Nak Buat Nasi Beriani, Jadilah Nasi Wangi. Sedap!

Nasi Impit Homemade, Rasanya Lembut, Sedap Serta Menjimatkan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI