Kek Butter @ Kek Mentega Kampung yang sedap sememangnya digemari semua golongan tidak kira usia. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan dan tidak renyah. Bahan-bahan yang digunakan juga sangatlah ringkas. Bagi anda yang suka makan kek yang simple begini, resipi Kek Butter Kampung perkongsian saudari Nurain Ain ni boleh dicuba.
TEKNIK 1: 1. Pukul gula, mentega dan esen vanila sampai gebu putih. 2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sebati. 3. Masukkan bahan-bahan ayak. Pukul lagi perlahan-lahan. 4. Bila sudah sebati, masukan susu cair dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 saat. Berhenti. 5. Ambil acuan bersaiz 8/9 inci, oles dengan mentega atau lapik dengan baking paper. Tuang adunan kek tadi. 6. Bakar kek pada suhu 170C menggunakan api atas bawah hingga masak.
TEKNIK 2: 1. Cairkan mentega dan ketepikan 2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali mentega cair. 3.Tambah 1 sudu makan ovalette. 4. Pukul bahan dengan kelajuan rendah ke tinggi hingga kembang putih. 5. Tutup mixer dan masukkan mentega cair. Kaup balikkan hingga rata. 6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di oles mentega atau dialas baking paper. 7. Bakar pada suhu 170C menggunakan api atas bawah hingga masak.
Bila tonton rancangan masakan luar negara, biasanya mayones yang dihasilkan mengandungi sebatian telur mentah dan minyak serta tidak dimasak. Ada sesetengah dari kita tak suka rasa yang macam tu. Macam makan telur mentah pula rasanya. Jadi, anda boleh cuba resipi perkongsian FB Assalamualaikum Hai Saya Reen ni. Mayones ni perlu dimasak terlebih dahulu. Rasanya pun sama macam yang dibeli. Anda pun pasti seronok nak mencubanya.
MAYONES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur saiz sederhana
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka makan (bole tukar dengan jus lemon)
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak – nak guna minyak zaitun pon boleh
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan dan kisar hingga menjadi putih.
Panaskan kuali menggunakan api paling kecil dan masukkan bahan kisar tadi.
Masak seketika dan gaul sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya mayones tidak hangit.
Padamkan api dan masukkan kembali bahan tadi ke dalam pengisar.
Kisar sekali lagi hingga adunan menjadi benar-benar halus.
Boleh masukkan mayones ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.
Sedapnya Agar-AgarKering. Dulu-dulu, bila tiba musim nak raya je, ni lah antara kudapan yang nenek serta mak-mak kita duk buat. Cantik je bila disusun dalam balang kuih. Anda nak belajar buat? Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Auni Azalia ini. Pasti puas hati.
RESIPI AGAR-AGAR KERING TRADISI
BAHAN-BAHAN:
200gm agar-agar tali
1kg gula batu
3kg gula pasir
5 liter air ( sukat dengan botol mineral 1liter )
Pewarna makanan
CARA-CARA: 1. Rendam agar-agar tali sekejap di dalam air supaya lembut. 2. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan agar-agar tali yang sudah dibasuh tadi. 3. Didihkan dan masukkan gula batu dan gula pasir. 4. Masak guna api sederhana hingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya. 5. Bahagikan cecair agar-agar kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan pewarna makanan.
6. Tuang ke dalam loyang yang sesuai dan sejukkan hingga beku. 7. Setelah agar-agar beku, potong guna pemotong agar-agar dengan ketebalan sederhana.
Ubi kayu boleh diolah jadi pelbagai hidangan yang menyelerakan. Salah satunya adalah ubi rebus tumis cili. Boleh dijadikan lauk dan boleh juga dimakan begitu saja untuk sarapan. Ini juga mungkin menu nostalgia buat sebahagian daripada kita yang dinikmati ketika masih kecil seperti Qaseh Aney yang berkongsi resipi ini.
Resipi ubi rebus tumis cili
Bahan-bahan
2 kg ubi kayu
1 ketul pati ayam
1 sb serbuk perasa
2 sb gula
2 sb serbuk kari
Minyak masak secukupnya
Bahan kisar
1 genggam ikan bilis
20 tangkai cili hijau & merah
10 tangkai cili besar merah
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara membuat
1. Ubi kayu dibersihkan kemudian direbus hingga empuk. Sejukkan dan potong dadu.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
3. Masukkan bahan perasa dan serbuk kari dan tumis lebih kurang 20 minit dengan api sederhana supaya tak hangit.
4. Selepas bahan tumis masak masukkan ubi kayu dan gaul sebati. Masak lagi dalam 10 minit kemudian boleh tutup api. Sedia dihidangkan
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...