Apa kudapan yang mudah buat dan berulang kali makan. Boleh cuba buat bepang dari lebihan nasi. Bepang nasi ni sesuai untuk kudapan untuk satu famili. Manis dan rangup.Buat banyak boleh simpan untuk kudapan bila nak makan.
Bepang
Bahan-bahan:
3 cawan nasi yang dijemur
1 cawan gula( boleh kurangkan kalau tak nak manis)
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
Ads
1.Mula goreng nasi yang dijemur sampai kembang.
2.Kemudian toskan letak tepi, masukkan gula ke dalam kuali. Jangan letak air.
3.Goreng gula dalam kuali sampai gula tadi cair dan bertukar warna koko.
4. Masukkan nasi yang digoreng tadi dalam kuali berisi gula cair dan kacau sebati.
5. Masukkan nasi yang dah sebati dengan gula dalam loyang. Ratakan dengan cara guna cawan, tekan sampai padat. Kalau ada lebihan kekacang, kismis atau ceri tabur atas bepang.
6. Waktu bepang masih suam potong. Jangan tunggu sejuk nanti susah nak potong.
Orang Kelantan pasti tahu dan kenal menu Jeput Malah @ Jemput Malas ini. Dari mana datangnya nama begini, tidak diketahui. Mungkin tercipta dek kerana bahan-bahannya yang ringkas, maka wujudlah nama sebegini. Ia adalah salah satu sajian yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Ia berupa cucur yang digoreng dan dinikmati bersama sos homemade. Sangat sedap kerana cucur ini mengandungi hirisan kangkung. Jadi bila makan, terasa sayurnya. Cicah pula dengan kuah coleksedap. Masam, masin, pedas. Memang sempurna! Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni. Anda pasti suka.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung gandum, hirisan kangkung, udang geragau, yis, serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit kemudian gaul sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
3. Perap adunan selama 1 jam dan goreng dengan api sederhana besar.
4. Biarkan cucur sedikit garing. Angkat dan toskan minyaknya.
5. Boleh dipotong-potong, letak dalam pinggan dan taburkan hirisan timun dan keropok yang diramas. Nikmati bersama kuah colek.
CARA MEMBUAT KUAH COLEK MALAS
BAHAN-BAHAN:
6 tangkai cili kering – beli online disini
5 ulas bawang putih
Gula dan garam
1 keping nisan @ gula melaka – beli online disini
1 senduk kecil cuka makan
Kacang tanah goreng – ditumbuk kasar
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering dan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan dalam periuk, tambahkan air, gula hingga rasa manis, garam dan cuka.
Kacau hingga mendidih.
3. Masukkan nisan dan masak lagi hingga mendidih. Masukkan kacang tanah goreng yang telah tumbuk.
4. Bila cukup rasa masam manisnya, setelah sos masak lama bolehlah tutup api. Hidangkan bersama cucur tadi.
Bila tibanya perayaan seperti Deepavali, muruku antara kudapan ringan yang dicari ramai. Malah, ia juga turut dihidangkan buat tetamu ketika Hari Raya. Rasanya yang rangup, pedas dan berempah memang menepati citarasa ramai. Jom cuba.
Muruku adalah makanan ringan yang berasal dari India Selatan dan namanya diambil dari perkataan Tamil yang bermaksud ‘dipintal’ merujuk kepada bentuknya. Kudapan ini biasanya dihasilkan dari tepung beras yang dicampur dengan pelbagai rempah serta bahan-bahan lain, diadun sebati dan kemudiannya digoreng hingga garing.
Ramai yang tercari-cari resipi muruku yang sedap, mudah disediakan serta rangup. Terdapat sangat banyak resipi yang boleh anda cuba dan antaranya adalah seperti yang RASA kongsikan ini. Ia adalah resipi asli perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram. Jom cuba!
1. MURUKU RIBEN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung kacang kuda
1 ½ sudu teh serbuk cili merah
¼ sudu teh asafoetida
1 sudu teh mentega
110ml air
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
Sedia untuk dinikmati.
2. MURUKU BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
2 cawan tepung kacang kuda
5 tangkai cili kering
10 ulas bawang putih (dikupas)
1/8 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
50ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
3. BUTTER MURUKU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan Tepung Beras
1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
1 cubit Asafoetida
1/8 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
100ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
4. MURUKU JINTAN MANIS
BAHAN-BAHAN:
¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
2 cawan Tepung Beras
½ cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
1 ½ sudu kecil Jintan Manis
¼ sudu kecil Asafoetida
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
300ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
5. OMAPODI
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan tepung beras
1 cawan Tepung Kacang Kuda
¼ sudu kecil Asafoetida
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil mentega
100ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.
INFO RASA: Asafoetida: Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’.
Nak makan cempedak atau pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau dapat makan. Tepung salut rangup pulak tu. Memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik!
CARA BANCUH TEPUNG UNTUK MASAK PISANG, CEMPEDAK GORENG & IKAN CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras cap gajah
5 sudu makan tepung ubi
2 biji telur – dipukul
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Sedikit air kapur
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.