Apa kudapan yang mudah dan sedap nak buat ni? Puas fikir akhirnya kita buat coklat bubble rice. Gerenti bukan hanya kita yang suka, gerenti jadi rebutan semua.
Sambil berborak sambil makan, tanpa sedar habis jua sebalang. Ikut resipi yang dikongsikan ini boleh agak agak bahannya, sebanyak mana yang nak dihasilkan.
Chocolate Bubble Rice
Bahan-bahan:
Bubble rice Minyak masak Coklat beryls
Cara membuat:
Ads
1.Double boil coklat milk compound jenama beryls.Letak minyak masak sikit. Semua agak-agak je bahan ikut cita rasa anda.
2.Dah siap ketepikan. Kemudian sejukkan.
Ads
3.Bakar bubble rice 10-15 minit,130c (bergantung pada oven masing-masing).Bakar sekejap untuk bagi crunchy sikit.
4.Tuang coklat yang dah sejuk dulu kemudian baru letak bubble rice. Bubble rice pun bagi sejuk dulu baru letak atas coklat. Ketuk-ketuk bagi bubble rice jatuh ke bawah.
5.Tuang lagi coklat, dah siap letak dalam peti sejuk cepat sikit keras. Dah sejuk baru keluarkan dan potong.
Biskut menggunakan emping jagung / cornflakes adalah antara biskut raya yang sangat digemari ramai. Bukan sahaja kerana rasanya yang sedap malah cara pembuatannya pun mudah. Bila dibakar, hmmmmm… aroma wanginya penuh satu rumah. Nak cuba buat untuk raya nanti? Berikut resipi-resipi yang boleh dicuba.
Kek dan mousse adalah sajian pencuci mulut yang melengkapkan nikmat sajian. Menyudahi hidangan dengan pilihan dessert lemak, manis berkrim yang mampu amenceriakan seisi keluarga.
Hotel Royale Chulan Kl menyediakan 5 hidangan kek dan mousse istimewa yang gebu dan lembutyang manis dan enak. Ikuti resipi dan menu olahan Chef Pastri, Abu Hamidy Abu Samah dari Hotel Royale Chulan, KL
1.CHOCOLATE CHIP COOKIES CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN :
Bahan biskut (based cookies) :
Bahan kek keju @ cheese kek :
CARA MEMASAK :
Cara memasak biskut :
Cara memasak kek keju :
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1jam setengah
Cara memasak : Bakar, water bath
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Kek keju yang lembab dan rasa berkrim dan biskut coklat cip rangup.
INFO CHEF : Pastikan air mencukupi dan tidak kering semasa membakar kek keju. Kehadiran air menjadikan ia masak lembab sempurna.
2. RED BERRIES RUBIES (MOUSSE)
BAHAN-BAHAN :
Bahan mousse :
Bahan buah-buahn beri compote :
CARA MEMASAK :
Cara masak mousse :
Cara masak agar-agar @jeli raspberi
Cara masak compote :
Saiz hidangan : 7 orang
Waktu memasak : 1jam
Cara memasak : Chill
Jenis masakan : Pencuci mulut,
Keistimewaan : Boleh juga disediakan hidangan mousse ini dalam gelas .
INFO CHEF :Mousse sedap dimakan sejuk. Setelah siap disediakan, biarkan mousse sejuk dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
3. CHOCOLATE SALTED CARAMEL
BAHAN-BAHAN :
Bahan chocolate ganache:
Bahan salted caramel:
Bahan kek coklat (rich chocolate cake):
CARA MEMASAK :
Cara masak coklat ganache :
Cara masak salted caramel :
Cara masak kek coklat :
Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat berlemak dan manis karamel
INFO CHEF : Pastikan krim mendidih baru dituang dalam coklat untuk mendapat coklat ganache yang sempurna.
4. PINEAPLLE UPSIDE DOWN CAKE
BAHAN-BAHAN :
Bahan karamel:
* Panaskan air dengan gula, di atas api sederhana, hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan setelah gula cair dan bertukar warna keperangan, segera tutup api.
Bahan kek lembab :
CARA MEMASAK :
Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas yang enak
INFO CHEF : Biarkan kek sejuk baru diterbalikkan supaya nenas tak hancur
5. PANDAN MANGO MAGNUM
Bahan mango cremeux:
* Biarkan beku dalam ‘freezer’ peti sejuk selama 2 jam.
Bahan coklat pandan :
*Campurkan sebati kesemua bahan-bahan. Biarkan sejuk dalam peti sejuk.
CARA MEMASAK :
Cara masak mango cremeux
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak :Chill dan beku
Jenis masakan : Mousse
Keistimewaan : Kaya dengan rasa mangga dan coklat enak
INFO CHEF : Mousse sedap dimakan dingin dan sajian ini perlu dibekukan. Makan sebelum sajian cair.
RESIPI : CHEF PASTRI, ABU HAMIDY ABU SAMAH
TERIMA KASIH :Hotel Royale Chulan KL, 5 Jalan Conlay, Kuala Lumpur
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang teringin nak merasa kek buah kukus zaman mak-mak kita dulu. Kek ni kalau tak ikut caranya yang betul, memang tak menjadi. Ada saja yang tidak kena tak cukup lembaplah, cepat berkulatlah dan sebagainya. Menurut chef Sue sentiasa sediakan air mendidih secukupnya untuk ‘top-up’ air dalam periuk pengukus (jangan leka, nanti air kukusan kering kek akan hangus).Barulah kek menjadi lembap dan lembut secukupnya. Kalau ada yang nak cuba buat, bolehlah cuba resipi ni.
KEK BUAH KUKUS Bahan-bahan:
Cara memasak: 1. Buat gula hangus terlebih dulu. Masukkan gula dalam kuali lalu kacau hingga perang. Tuang air dan kacau sebati. Masukkan mentega lalu masak hingga cair. Masukkan campuran buah kering lalu kacau rata. Sejukkan sebentar. 2. Tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar dan serbuk kulit kayu manis diayak sebati dan masukkan ke dalam kuali berisi campuran buah, mentega dan gula hangus yang dah sedikit sejuk. Gaul rata guna spatula kayu saja (jangan kacau berlebihan, nanti buah mendap). 3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla (guna whisk) hingga agak kembang (tak perlu terlalu kembang). Kemudian tuang ke dalam kuali adunan tadi. Kaup balikkan sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang acuan yang telah dialas dengan parchment paper. Tutup loyang dengan aluminum foil (supaya wap air tak kena permukaan kek). 5. Kukus kek selama 4 jam. 3 jam pertama kukus guna api sederhana, 1 jam terakhir guna api sederhana kecil. Selepas 4 jam dikukus, keluarkan kek dari periuk pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotong.
Tip; *Didihkan air terlebih dahulu dalam periuk pengukus sebelum mula mengukus kek.
Salah satu petua kesihatan untuk menjaga jantung yang boleh diamalkan adalah dengan minum jus tomato selalu. Buah tomato sangat banyak khasiatnya untuk kesihatan tubuh.