Siapa tak suka kek homemade segar dan panas dari oven. Kepelbagaian dalam bahan ramuan kek adalah kunci kepada terciptanya pelbagai resepi kek.

Samada dari buah-buahan, bijirin ,kekacang, coklat dan perisa memberikan variasi dan ‘warna’ kepada kek tersebut. Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House berkongsi resipi 10 variasi kek untuk pembaca dan pengikut RASA.

  1. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
    *Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak. 

Bahan B:

  • 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
  • 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
  • 240 gm gula halus
  • 180 gm minyak jagung
  • 2 biji telur saiz A

Bahan krim keju :

  • 150 gm krim keju
  • 30 gm mentega tanpa garam
  • 60 gm gula aising
  • 10 gm whipping cream
    *Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan CARA MEMASAK :

Kek :
1. Putar gula dan telur hingga kembang

2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.

 Krim keju :

  1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
  3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)

Waktu memasak: 40 – 50 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.

INFO CHEF : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.

2. KEK JAGUNG LAPIS

 BAHAN-BAHAN :

Bahan kek :

  • 5 biji telur gred A
  • 160 gm gula
  • 125 gm tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
  • 75 gm minyak jagung
  • 15 gm ovalet
  • 2 sudu makan susu segar

Bahan kastad :

  • 1050 ml santan (200ml santan kotak + air)
  • 225 gm gula castor
  • 10 gm serbuk agar agar
  • Sedikit pewarna kuning
  • 100 gm tepung Hoen Kwee (warna kuning)
  • 75 ml air
  • Secubit garam
  • 400 gm ( 1tin jagung krim)

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Satukan telur, ovalatte dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu segar. Gaul rata.
  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin segi empat berukuran (20 sm x 20sm,) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas mentega.
  3. Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai. 
  5. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8 sm ). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.

Kastad:

  1. Satukan semua bahan untuk kastad (kecuali jagung dalam tin) dalam bekas tahan panas.
  2. Masak di atas air mendidih (secara double boiler) gunakan w
  3. Kacau hingga pekat dan berkilat. Masukkan jagung dan kacau sebati. Padamkan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis .

Cara buat lapisan kek jagung

  1. Gunakan tin berukuran 20sm x 20sm (kedalaman 8 sm )
  2. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit. 
  3. Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek.
  4. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek.
  5. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
  6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan.

*Bahagian yang ada kastad itu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ini dimulai dengan bahagian kastad dan akhir dgn kek.

Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat 20sm x 20sm (1.5 kg)

Waktu memasak: 45 – 50 minit

Keistimewaan: Rasa jagung dapat dinikmati dalam kastad jagung yang dibuat   

INFO CHEF : Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk.

 3. KEK CAWAN COKLAT

 BAHAN-BAHAN :

 Bahan A :

  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan serbuk koko | diayak
  • 1 cawan gula kastor

Bahan B:

  • 1 cawan tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur saiz A

Bahan buttercream coklat :

  • 100 gm krimwell
  • 100 gm shortening
  • 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
  • Pewarna jika perlu
  • ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
  • Sedikit perasa coklat/ pes coklat

CARA MEMASAK :

  1. Ayak Bersama tepung, baking powder & soda bikarbonat. Asingkan.
  2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan A. Masak sebentar di atas api perlahan dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Dalam satu bekas lain, dengan menggunakan mixer, putarkan telur sehingga gebu, kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  4. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan putar sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar sebati.
  6. Isi ke dalam cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah (api atas dan bawah) selama 25 minit.
  7. Setelah masak, sejukkan di atas redai, kemudian boleh di hias menggunakan krim buttercream.

Topping buttercream coklat :

Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan perasa coklat dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping, sedia untuk digunakan.

Saiz hidangan: 20 biji kek cawan

Waktu memasak: 45 – 50 minit

Keistimewaan: Kek cawan kaya dengan rasa coklat dan koko   

INFO CHEF : Kek coklat ini lembut dan lembut teksturnya.

  1. KEK KACANG PECAN COKLAT GANACHE

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek :

  • 4 biji telur gred A
  • 180 gm gula kastor
  • 170 gm tepung kek | diayak
  • 2 sudu makan serbuk kacang pecan
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 1 sudu makan ovalet
  • 50 ml minyak jagung
  • 1 sudu teh perisa badam

Bahan krim:

  • 200 gm non dairy whipping cream (pukul sehingga kental)

Bahan Choc Ganache :

  • 100 gm coklat masakan
  • 100 gm non dairy whipping cream
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Ayak berrsama tepung kek dan serbuk penaik.
  2. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak jagung
  3. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, kembang dan gebu.
  4. Tambahkan minyak jagung dan kaup balik sehingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 20 sm yang telah dilapik dan disapu mentega.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit bergantung kepada suhu oven anda.
  7. Terbalikkan kek di atas redai sebaik sahaja kek masak. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang pembakar.
  8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 2 atau 3 kepingan.

Coklat Ganache :

  1. Panaskan whipping cream sehingga mendidih
  2. Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan.
  3. Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Menghias kek:

  1. Potong kek kepada 2 atau 3 keping. Letakkan sekeping kek di atas lapik kek.
  2. Sapukan kek dengan whipping cream tadi. Kemudian letak sedikit coklat ganache di atasnya. Ratakan.
  3. Letakkan lapisan seterusnya. Salut keseluruhan kek dengan menggunakan whipping cream. Simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam atau sehingga krim mengeras.
  4. Kemudian, curahkan coklat ganache di atasnya dan ratakan ke seluruh kek. Sejukkan.
  5. Akhir sekali, hiaskan atas kek dengan baki kacang pecan mengikut kreativiti anda.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat atau empat segi bersaiz 20 sm (1kg)

Waktu memasak: 40 – 45 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Rasa coklat dan kacang pecan yang lazat   

INFO CHEF : Coklat ganache yang betul cara masaknya akan menyedapkan lagi kek coklat dan menambah lebih perisa coklat kepada kek coklat anda.

5. KEK TIRAMISU

BAHAN-BAHAN:

Bahan kek span perasa kopi :

  • 150gm tepung superfine | diayak
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak jagung
  • 1 sudu teh perasa kopi

Bahan sirap kopi:

  • 1 sudu besar kopi paket 3 dalam 1(apa apa jenama)
  • ¼ cawan air panas

* Satukan bahan di atas untuk menjadikan sirap kopi

Bahan krim keju:

  • 250 gm krim keju
  • 120 gm gula aising
  • 200 gm whipping cream
  • 150gm yogurt perasa asli
  • 20 gm gelatin
  • 80ml air panas

Cara membuat:

Kek :

  1. Satukan tepung, gula, telur, ovalete dan serbuk penaik. Pukul selama 5 minit.
  2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
  3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
  4. Tambah kan perasa kopi dan kacau sebati.
  5. Sediakan loyang bersaiz 20 sm (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang). Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
  6. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
  7. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.

Krim keju :

  1. Putar krim keju dan gula hingga lembut. Masukkan yogut dan pukul lagi sehingga sebati.
  2. Campur gelatin dan air panas. Gaul hingga gelatin larut. Setelah sejuk, campurkan gelatin ke dalam adunan keju tadi. Gaul sebati.
  3. Masukkan whipping cream yang telah dipukul hingga kental ke dalam adunan keju dan gaul sebati.

Menghias kek:

  1. Letakkan sekeping kek span di atas papan alas kek. Renjiskan sirap kopi ke atas permukaan kek supaya ia menjadi lembab.
  2. Kemudian letakkan adunan keju ke atas kek dan ratakan.
  3. Letakkan lapisan kedua dan ulangi langkah sama sehingga lapisan terakhir kek. Ratakan krim dibahagian tepi kek.
  4. Untuk hiasan, taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1kg)

Waktu memasak: 30 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Rasa kopi asli dengan aroma kopi 

INFO CHEF :Kek yang menepati citarasa penggemar kopi. Rasa krim keju mengimbangi rasa kopi dan memberi rasa lemak berkrim pada tiramisu ini.

6. KEK LAPIS PANDAN

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek :

  • 5 biji telur Gred A
  • 160 gm gula
  • 125 gm tepung gandum*
  • 1 sudu teh serbuk penaik* (*disatukan dan diayak)
  • 75 gm minyak jagung
  • 15 gm ovalet
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 2 sudu makan susu segar

Bahan kastad :

  • 1050 gm santan (200ml santan kotak + air)
  • 225 gm gula
  • 10 gm serbuk agar agar
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 100 gm tepung Hoen Kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 daun pandan dgn 75ml air dan tapis)
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Satukan telur, ovalet, gula dan pes pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang tin pembakar (20sm x20sm) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai. 
  4. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8sm x 17.8 sm). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.

Kastad :

  1. Satukan semua bahan-bahan untuk kastad dalam bekas tahan panas.
  2. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan whisk kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

Membuat lapisan kek pandan :

  1. Tuang 1/3 adunan kastad ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastad tadi dan ditekan- tekan sedikit. 
  2. Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek.
  3. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastad dan di akhiri dengan kek. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
  4. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.

*Bahagian yang berkastad tu di atas dan kek di bawah. Kek ni dimulai dgn bahagian kastad dan akhir dengan kek.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1.5kg)

Waktu memasak: 40 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Kek berperasa pandan yang lembut dan gebu    

INFO CHEF: Loyang perlu dibasahkan untuk memudahkan proses mengeluarkan kek dari loyang pembakar.

7. KEK KEJU OREO

Bahan-bahan

Bahan dasar kerak :

  • 80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
  • 50 gm mentega | yang dicairkan

Bahan krim keju :

  •  250 gm krim keju @ cream cheese
  •  200 gm non dairy whipping cream
  •  150 gm yogurt biasa
  •  50gm gula kastor
  •  15 gm gelatin
  • • 60 ml air panas
  • • 50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan

CARA MEMASAK :

Dasar kerak:

  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
  2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.

Kek krim keju :

  1. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
  2. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
  3. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  4. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
  5. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
  6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)

Waktu memasak: 40 minit

Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk

Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju      

INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.

8. KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

 Bahan A :

  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 100 gm serbuk koko | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak

*Satukan semua bahan, kemudian ayak dan diketepikan.

Bahan B :

  • 3 biji telur saiz A
  • 400 gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C :

  • 250 ml susu cair
  • 250 ml minyak jagung
  • 2 sudu makan susu pekat manis

Bahan D:

  • 250 ml air panas

Bahan Mocha Cream cheese:
Bahan A

  • 12 gm gelatin
  • 60 ml air

Bahan B

  • 400 gm krim keju
  • 2 sudu teh kopi segera
  • 60 gm gula aising

Bahan C

  • 300 gm krim putar bukan tenusu

Bahan Coklat Ganache:

  • 250 gm coklat masakan
  • 100 gm non dairy whipping cream
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Satukan semua bahan B, pukul hingga putih gebu.
    2. Masukkan minyak dan susu cair, dan 2 sudu makan susu pekat manis. Pukul hingga sebati
    3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
    4. Tambahkan air panas dan gaul rata
    5. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 20 sm yang telah di gris dan dilapik dasar loyang dengan kertas minyak
    6. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
    7. Masa pembakaran 50 minit sehingga 1 jam bergantung kepada kepanasan ketuhar.
    8. Potong kek menjadi 3 atau 4 keping untuk dilapiskan bersama mocha cream cheese dan coklat ganache.

 Mocha Cream cheese
1.Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.

2. Satukan gelatin dalam air, kemudian cairkan secara double boil.

3. Satukan bahan B. Pukul hingga lembut. Campurkan gelatin dan pukul hingga licin dan sebati.

4. Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental.

5. Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna.

6. Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais sebelum digunakan untuk melapisi antara kepingan kek. 

Coklat ganache :

  1. Panaskan whipping cream sehingga mendidih
  2. Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan.
  3. Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
  4. Masukkan ke dalam piping bag untuk menghiasi dan melapisi di antara kepingan kek.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)

Waktu memasak: 1 jam

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Kek yang berkrim dan kaya rasa mocha      

INFO CHEF : Pastikan kek disejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurang dua jam sebelum dipotong.

9. KEK VANILA KEJU LELEH

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek vanilla span:

  • 150gm tepung superfine
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan ‘topping keju leleh :

  • 250 gm keju krim
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • Parutan keju cheddar | sebagai hiasan

CARA MEMASAK :

Kek vanilla span :

  1. Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
  2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
  3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
  4. Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
  5. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
  6. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
  7. Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.

Topping krim keju :

  1. Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
  2. Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
  3. Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi

Waktu memasak: 40 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju      

INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.

10. KEK CAWAN VANILLA

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek :

  • 1 1/4 cawan tepung kek | diayak
  • 1 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur telur
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sudu teh cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)

Bahan butter cream:

  • 100 gm krimwell
  • 100 gm shortening
  • 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
  • Pewarna jika perlu
  • ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.
  4. Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. 
  5. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.
  6. Setelah masak, sejukkan di atas redai sebelum di hias.

Buttercream:

  1. Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping dan sedia untuk menghias kek cawan.

Saiz hidangan: 16 biji kek

Waktu memasak: 20 minit

Cara Memasak : Bakar

Keistimewaan: Kek vanilla yang lembut dan gebu

INFO CHEF : Kek vanilla yang sedap dimakan ‘plain’ walau tanpa ramuan tambahan seperti kekacang atau buahan beri.  

RESEPI : NORHAYATI AHMAD

TERIMA KASIH : ADRIANA CAKES HOUSE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut