Masakan Korea memang kaya dengan penggunaan rempah dan cilinya tersendiri.Sajiannya Korea memanga banyak menggunakan kimchi, gochujang ( pes cili Korea), Gochugaru (serbuk cili Korea) dan lada hitam dalam ramuan masakannya.

Kalau anda peminat drama Korea, sajian ini pasti tidak asing lagi. Nah, 5 resipi ni adalahair tangan tenaga pengajar IKBN, Peretak, Kuala Kubu Baru , Selangor.
Jom cuba resipi dari Norshazila Mohamed Rahman, Norazilah Rahman dan Harmayah Argadan, 'follow' resipinya ternyata lazat berempah.

1. SEAFOOD JAPCHAE (Korea)

BAHAN-BAHAN :

Bahan japchae :

  • 200gm dangmyeon @ suhun Korea
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan gochugaru *serbuk cili Korea

Bahan seafood :

  • 2 ekor sotong | dihiris
  • 10 ekor udang saiz XL | dibuang kulit
  • ¼ biji bawang Holland | dihiris nipis
  • 3 keping cendawan shitake | rendam sampai kembang dan dihiris
  • 1/3 batang lobak merah | dipotong nipis fine julienne
  • Daun bawang secukupnya | untuk hiasan
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

Bahan sos :

  • 2 sudu makan kicap cair
  • ½ sudu makan gula
  • 2 sudu teh bawang putih | dicincang halus
  • 1 sudu makan minyak bijan

CARA MEMASAK :
1. Rendam dangmyeon (suhun Korea) dengan air suam, kemudian tos kering dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bawang Holland dan bawang putih cincang hingga naik bau. Kemudian masukkan minyak bijan dan gochuru.
3. Masukkan sotong, udang, lobak merah dan cendawan shitake. Kacau sekata.
4. Kemudian masukkan kicap cair, gula, minyak bijan dan dangmyeon. Kacau sebati dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
5. Angkat dan hias dengan hirisan daun bawang.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea
Keistimewaan : Gochugaru memberikan rasa pedas manis
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Pastikan dangmyeon direndam sehingga lembut, dalam anggaran masa 30 – 40 minit dalam air suam.

2. TTEOKBOKKI @ STIR FRIED RICE CAKES

BAHAN-BAHAN :

  • 130gm tteokbokki * kek beras panjang
  • 1 keping ikan | dihiris
  • 2 keping fucuk ikan | dihiris
  • 113gm kobis | dihiris
  • 3 cawan stok ikan bilis @ air
  • 3 sudu makan Gochujang * pes cili korea
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan bawang putih | cincang
  • Daun bawang secukupnya | dihiris serong
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Ambil periuk dan renehkan stok ikan bilis
2. Masukkan pes gochujang dan renehkan selama 5- 8 minit.
3. Kemudian masukkan kek ikan, fucuk ikan, tteobokki, kobis, kicap cair dan perasakan dengan gula dan garam
4. Angkat dan tabur dengan daun bawang.

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasa : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian pembuka selera @ snek street food, Korea
Keistimewaan : Sajian street food yang sangat mudah dibuat. Rasa pedas dan manis
Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF : Tteokbokki (kek daripada beras) ini boleh dibeli yang sudah siap di pasaraya. Untuk tambah rasa pedas lagi boleh ditambah dengan serbuk cili.

3. CHIJEU-BULDAK @ FIRE CHICKEN (Korea)

BAHAN-BAHAN :

  • 450gm dada ayam | dipotong dadu
  • ¼ cawan gochugaru * serbuk cili Korea
  • 2 sudu makan gochujang *pes cili Korea
  • 2 sudu teh kicap cair
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 3 sudu makan minyak masak
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan madu
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 sudu teh halia dipotong halus
  • 2 keping keju
  • 3 sudu makan air
  • Bawang Holland secukupnya | dihiris nipis untuk hiasan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Ambil mangkuk dan masukkan gochugaru, gochujang, kicap cair, minyak bijan, serbuk lada hitam, madu, bawang putih, halia dan garam secukup rasa.
2. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati, perapkan seketika. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan masukkan ayam yang telah diperap
4. Masukkan air dan tutup periuk seketika, masak ayam dalam 10 minit
5. Buka tudung periuk dan gaulkan ayam, letakkan keju di atas ayam dan kemudian taburkan engan hirisan bawang Holland. Tutup semula tudung, dan biarkan keju cair dalam 5 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian utama, Korea
Keistimewaan : Gandingan rasa keju serta pedas lazat yang membangkitkan selera
Anggaran kos : RM 25

INFO CHEF : Pastikan api dikawal supaya jangan terlalu besar. Jika tidak ayam akan jadi hangit dan keras.

4. YANGNYEOM CHICKEN @ SPICY KOREAN CHICKEN WING

BAHAN-BAHAN :

Bahan perap kepak ayam:

  • 6 keping kepak ayam
  • ½ cawan buttermilk

Bahan campuran tepung :

  • ½ cawan tepung ubi kentang
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh lada hitam

Bahan sos :

  • 1 sudu makan madu
  • 4 sudu makan gochujang * pes cili Korea
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • ½ sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • ½ sudu makan bijan putih | sangai

CARA MEMASAK :
1. Perapkan ayam dengan buttermilk selama 20 minit.
2. Dalam mangkuk lain gaul tepung ubi kentang, tepung jagung dan lada hitam
3. Masukkan ayam dan salut dengan tepung.
4. Goreng ayam hingga keemasan, ketepikan seketika.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang putih
6. Masukkan pes cili Korea (gochujang), kicap masin, madu, minyak bijan dan cuka, Gaulkan.
7. Apabila sudah masak, tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng dan gaul.
8. Angkat dan hidangkan. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea
Keistimewaan : Rasa rangup ayam goreng disaluti dengan sos yang sungguh berperisa
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF : Jika tiada gochujang boleh juga digantikan dengan cili boh atau cili kering

5.CHAMCHI-KIMCHIJJIGAE @ KIMCHI STEW WITH TUNA (Korea)

BAHAN-BAHAN :

  • 150gm tuna
  • 340gm kimchi | dihiris
  • 1 sudu makan mentega
  • 2 ½ cawan air
  • 1 sudu makan gochugaru
  • ½ cawan jus air kimchi
  • 230gm tauhu | dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang secukupnya | dihiris

CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumiskan tuna.
2. Masukkan kimchi dan gaul sebati. Masukkan air kimchi bagi mengelakkan ia melekat di periuk.
3. Masukkan air dan renehkan seketika dalam 10-15 minit. Masukkan gochugaru.
4. Masukkan tauhu dan perasakan dengan garam .
5. Angkat dan hiaskan dengan taburan daun bawang.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian utama, Korea
Keistimewaan : Mudah disediakan dan ringkas bahan-bahannya
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF : Usah masak terlalu lama kerana ia akan menyebabkan tauhu hancur

RESIPI : NORSHAZILA MOHAMED RAHMAN, NORAZILAH ABD RAHMAN & HARMAYAH ARGADAN

Terima kasih : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) PeretakNORSHAZILA MOHAMED RAHMAN, NORAZILAH ABD RAHMAN & HARMAYAH ARGADAN, Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Selangor.

http://kemahiran.kbs.gov.my/index.php/ms/ikbn-peretak-laman-utama