![20190428-132015-0000](https://cdn.rasa.my/2019/04/20190428-132015-0000-28_41_971040.png)
Sekarang ni ramai yang belajar buat tauhu bergedel sebab nak niaga. Tak salah kalau korang pun cuba buat untuk makan sendiri. Nah, ni kami berikan resipinya. Puas makan.
TAUHU BERGEDEL DAGING
BAHAN TAUHU
• 5 biji kentang (rebus dan lenyek)
• bawang goreng
• daun sup
• daging cencang (rebus dengan sedikit garam)
• garam
• telur ayam
• minyak masak untuk menggoreng
• tauhu kosong
CARA MEMBUAT TAUHU
1. Masukkan kentang, bawang goreng, daun sup, daging cencang dan sedikit garam ke dalam bekas.
2. Gaul sampai bahan-bahan sebati.
3. Rasa sedikit bahan-bahan tadi. Jangan terlalu masin. Kalau masin sangat tak sedap sebab kita nak makan tauhu ini dengan sambal cili kicap.
4. Sumbat bahan-bahan tadi ke dalam tauhu kosong. Tebuk tengah-tengah tauhu untuk senang nak isi bahan-bahan tadi ke dalam tauhu.
5. Isi bahan-bahan tadi penuh pada tauhu dan betul-betul padat.
6. Dah siap sumbat, pecah sebiji telur ayam dalam bekas. Pukul sedikit telur ayam itu.
7. Celupkan tauhu tadi ke dalam telur ayam.
8. Goreng dalam minyak masak panas sehingga tauhu tadi berwarna perang. Toskan minyak.
8. Siap untuk dihidangkan bersama sambal cili kicap.
BAHAN SAMBAL CILI KICAP
• 3 ulas bawang putih
• 15 biji cili api
• 1/2 cawan kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan sampai hancur. Masukkan dalam bekas.
Resipi oleh Shaeila Ehin dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pek Nga Cheese Olahan Dapoq Pdot Yang Mudah & Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi
![Pek Nga Cheese Olahan Dapoq Pdot Yang Mudah & Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi](https://cdn.rasa.my/2023/02/Top-Image-RASA-2-1.jpg)
Pek Nga merupakan antara menu yang popular di Utara. Menggunakan kelapa muda sebagai bahan asas, Pek Nga memang mudah sangat nak buat. Yang penting sedap! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama Sambal Bilis atau Kari Daging.
Rupanya, Pek Nga ni lebih sedap jika ditambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di dalamnya. Resipi olahan Dapoq Pdot ini dapat meningkatkan rasa dan nampak sungguh menyelerakan. Jom kita cuba.
PEK NGA CHEESE
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan kelapa parut
- 150gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
- ½ cawan air
- ½ sudu teh garam
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
Cara Memasak:
- Gabungkan kelapa parut, tepung gandum, separuh keju Perfect Italiano Perfect Pizza, garam dan air.
- Gaul hingga sebati.
- Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.
- Sendukkan adunan ke dalam kuali dan ratakan ke seluruh kuali.
- Tunggu sehingga adunan separuh masak dan taburkan lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di atasnya.
- Biarkan sehingga keju mencair.
- Siap! Sedia dihidang dengan kuah sambal, kuah gulai atau susu pekat.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web RASA:
Lompat Tikam Cheese Olahan Chef Amrin Cukup Rasa Lemak & Manisnya
Lembut & Gebu Macam Kapas! Jom Buat Donut Minion Viral Ni Pula!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Murtabak Daging & Kuah Cuka Bawang Macam Di Bazar Ramadan
![Resipi Murtabak Daging & Kuah Cuka Bawang Macam Di Bazar Ramadan](https://cdn.rasa.my/2022/04/Untitled-design-2022-04-07T151911.781.jpg)
Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah bawang cuka, memang sedap tak terkata. Ada juga yang gemar makan dengan kuah kari. Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena ni boleh dicuba. Sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Jom cuba!
RESIPI MURTABAK DAGING HOMEMADE
BAHAN KULIT MURTABAK:
- 500gm tepung gandum cap sauh – beli online disini
- 1 sudu teh garam halus – beli online disini
- 2 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
- 2 sudu makan mentega – dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu
- 1 biji kuning telur – nak guna sebiji telur pun boleh
- 250ml air suhu biasa
CARA BUAT DOH:
1. Satukan susu, air, kuning telur dan garam. Kacau sebati.
2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung dan mentega cair tadi. Ramas tepung hingga menjadi seakan serbuk roti.
3. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan. (empunya resipi uli doh guna bread maker)
4. Bila doh sudah sebati dan tidak melekat di tangan, tutup bekas selama 10-15 minit untuk merehatkan doh sebelum proses seterusnya.
5. Ambil doh, timbang berat 50gm. (akan dapat dalam 17 biji)
6. Bulat-bulatkan doh tadi seperti bola pingpong. Sapukan marjerin atau mentega pada doh dan susu dalam bekas yang telah disapu marjerin.
7. Tutup bekas dan perap doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditebar.
8. Prosesnya sama seperti membuat roti canai. Kalau uli malam, esok pagi sudah boleh dicanai. Simpan doh di suhu bilik sahaja.
BAHAN INTI MURTABAK:
- 1 pek daging kisar – empunya resipi guna 3 keping daging burger saiz besar yang dihancurkan
- 3 ulas bawang putih – tumbuk halus (beli online disini)
- 3 ulas bawang merah – tumbuk halus (beli online disini)
- 1 inci halia – tumbuk halus (beli online disini)
- 3 sudu makan rempah kari daging (beli online disini)
- 4 biji ubi kentang- potong dadu (beli online disini)
- Sedikit kobis – potong halus
- 1 biji bawang besar – potong dadu (beli online disini)
- Garam secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk perasa
- Sedikit minyak untuk menumis
- Telur (empunya resipi guna 2 biji telur untuk sekeping murtabak)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi.
2. Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
3. Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
4. Seterusnya masukkan kentang dan masukkan sedikit air. Tutup kuali untuk cepatkan kentang menjadi lembut.
5. Bila kentang sudah lembut, masukkan bawang besar, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga masak. Inti siap dan sejukkan.
CARA MEMBUAT MURTABAK:
Untuk proses ini, ada 2 cara:
Cara 1: Boleh terus tuang inti di atas doh yang siap dicanai dan masak atas api seperti memasak roti telur. Cara ini sesuai jika masak guna kuali besar seperti di kedai. Tebar doh, bentang atas kuali, tuang inti, lipat dan terus dimasak.
Cara 2: Masak dulu inti di atas dapur supaya proses membuat murtabak jadi lebih senang dan inti tidak bocor semasa diangkat ke atas kuali. Cara ini lebih senang untuk kita yang buat di rumah dengan kuali yang kecil.
CARA EMPUNYA RESIPI (UNTUK 1 BIJI MURTABAK)
1. Ambil 2 sudu makan (membukit) inti dan campurkan dengan 2 biji telur. Kacau rata dan tuang atas kuali.
2. Masak inti dan bentukkan segi empat.
3. Ambil doh tadi dan canai @ tebar hingga nipis.
4. Letakkan kepingan telur dan inti yang digoreng tadi di atas doh.
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah serta kemaskan. Sedia untuk dimasak.
6. Percikkan sedikit minyak dan terbaikkan murtabak supaya masak sekata.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama Jeruk Bawang.
BAHAN JERUK BAWANG BESAR:
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 2 sudu makan cuka (beli online disini)
- 1 sudu makan gula (beli online disini)
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh pewarna rose (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau sebati dan simpan dalam chiller sebelum dinikmati bersama murtabak.
Kredit resipi & foto: Leeina Qaliena
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Resipi Dumpling Goreng Homemade Guna Isi Ayam. Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Cara Buat Kuih Cakoi & Kuah Pandan Yang Mudah, Sedap & Confirm Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sedapnya Tortilla Bakar Dimakan Dengan Ayam Goreng & Keju
![Sedapnya Tortilla Bakar Dimakan Dengan Ayam Goreng & Keju](https://cdn.rasa.my/2023/10/top-image-8.jpg)
Mahu hidangan yang berbeza daripada biasa? Jom cuba buat Tortilla Bakar Dengan Ayam Goreng Rangup & Keju ni. Hidangan ala Mexico yang menggunakan tortilla sebagai ‘base’ dan Ayam Goreng Rangup serta taburan keju sebagai inti menjadikan ia satu hidangan yang menarik. Rangup, cukup rasa dan mengenyangkan.
Gunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style untuk meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Gabungan tiga jenis keju ini memang sempurna untuk hidangan anda. Sesuai sangat makan ketika berbuka puasa. Kalau ada lebih, boleh bertukar hidangan dengan jiran sebelah rumah.
TORTILLA BAKAR DENGAN AYAM GORENG RANGUP & KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 keping tortilla
- 150gram Keju Perfect Italiano Mexican Style
- Anchor Butter Salted secukupnya
BAHAN-BAHAN B (AYAM RANGUP):
- 4-6 ketul isi ayam – potong memanjang seperti jejari
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukupnya
- Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat ayam goreng rangup; perap ayam dengan sos tiram, lada sulah, serbuk pati ayam dan sedikit garam selama 15 -20 minit. Kemudian, golekkan atas tepung jagung rata lalu goreng garing hingga keperang-perangan. Ketepikan.
- Sediakan dulang pembakar, sapu sedikit Anchor Butter Salted dan letakkan sekeping tortilla.
- Susun 2-3 keping ayam goreng rangup atas tortilla. Tabur Keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas ayam goreng.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit.
- Keluarkan tortilla dan hidangkan panas. Jika suka, nikmati dengan salad campuran.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official