Hari ni jom kita memenuhkan balang kuih sempena dah boleh rentas negeri. Buat banyak-banyak boleh hadiahkan kepada ibu bapa dan sanak saudara yang dah lama dirindui. Swiss Tart Almond Nutella dengan rasanya yang rangup ditambah dengan kacang badam dan Nutella memang jadi kesukaan ramai.
Swiss Tart Almond Nutella
Bahan-bahan:
2 ketul buttercup pure
140 gram gula aising-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
3 cawan tepung jagung(ayak)-BELI ONLINE DI SINI
3 cawan tepung gandum cap ros(ayak)
1/2 cawan coklat rice(hiasannya)
Nutella
Kacang badam
Cara membuat:
1.Satukan buttercup bersama gula aising dan esen vanila. Gaul sebati guna senduk kayu.
2.Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan tepung gandum.Gaul sebati.
3.Selepas itu masukkan coklat rice ke dalam adunan dan gaul seketika.
4.Kemudian bolehlah masukkan adunan ke dalam piping beg yang telah diletakkan acuan. Picit ikut kreativiti masing-masing dan letakkan coklat nutella di tengah-tengah bersama kacang badam.
5. Bakar dalam suhu 150 darjah selama 25 minit mengikut oven masing-masing. Sebelum masukkan adunan, panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.
Selamat mencuba
Kredit: Mia Zareef Afiq
Nestum Crunchy Cookies, Tak Rugi Buat Banyak Anak Anak Pun Suka
Buat Kek Guna Resipi Dari Buku BM Darjah 2. Sedap & Memang Menjadi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Idea Bakeri Dan Pastri Gebu, Sesuai Dibuat Pot Luck Raya.
Enam jenis resepi bakeri dan pasteri istimewa menemui pembaca kali ini memang gebu dan enak. Muffin, quiche, kek, mousse dan apple crumble sesuai dinikmati sebagai hidangan petang atau moreh yang menyelerakan.
Jom cuba resepi istimewa dari barisan tenaga Chef hebat diketuai oleh Eksekutif Chef Sakya Hamid dari Summit Hotel Subang USJ dan Summit Hotel KL City Centre ini.
1. WHITE CHOCOLATE PANDAN MUFFIN
BAHAN -BAHAN :
- 4 biji telur
- 300gm gula kaster
- 200ml susu UHT
- 250gm mentega yang telah dicairkan
- 30gm serbuk penaik | diayak
- 450gm tepung gandum | diayak
- Cip coklat putih | secukupnya
- 1 sudu makan esen vanilla
- Beberapa titik perisa @ esen pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK :
1. Pukul gula kaster dan telur hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan mentega yang telah dicairkan.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan gaul.
5. Susunkan acuan kertas cup cake di dalam dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya. Hiaskan dengan coklat cip putih di atasnya.
6. Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celcius selama 10 minit.
7. Masukkan dulang pembakar dan bakar lebih kurang 20 minit.
2. SUMMIT APPLE CRUMBLE
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kulit pastri :
- 240gm tepung gandum | diayak
- 170gm mentega sejuk | dipotong kecil
- 2 sudu makan gula aising
- 4 sudu makan air ais
Bahan Inti:
- 5 biji epal hijau (Granny Smith)
- 1 biji parutan kulit lemon
- Secubit garam
- 2 sudu makan mentega
- 100gm gula perang
- Secubit serbuk kulit kayu manis
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Crumble :
- 75gm tepung gandum
- 35gm mentega tanpa garam
- 35gm gula
- 35gm cip coklat
CARA MEMASAK :
Cara membuat pastri :
1. Mula -mula gaulkan tepung dengan gula aising.
2. Masukkan mentega dan gaul semula menggunakan spatula sehingga tekstur seperti serbuk roti
3. Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan spatula sehingga ia menjadi doh.
4. Masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
Cara membuat inti :
1. Epal dibuang kulit dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis
2. Ketepikan. Panaskan gula dan mentega di atas api sederhana,, kacau rata.
3. Masukkan hirisan epal. Gaul rata
4. Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.
5. Kacau hingga epal lembut dan kuahnya pekat.
6. Padamkan api, angkat dan biarkan sejuk.
Cara membuat crumble :
Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata
Cara membuat :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 220 Celcius
2. Sediakan acuan.
3. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
4. Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
5. Alihkan kedalam acuan. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan pastri di tepi..
6. Masukkann inti ke dalam hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan epal sebagai hiasan
7. Tutupkan di atasnya dengan crumble.
8. Hiaskan dengan baki hirisan apple
9. Bakar pai selama 15 minit pada suhu 220 darjah Celcius.
10.Kemudian turunkan suhu kepada 190 Celcius dan bakar selama 45 minit hingga berwarna perang.
3. SUMMIT DELIGHT CHOC MOIST CAKE
BAHAN- BAHAN :
- 150ml susu UHT
- 20gm mentega
- 250ml susu segar
- 250ml susu pekat manis
- 310gm tepung kek | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu teh soda bicarbonat | diayak
- 200 gm serbuk koko | diayak
- 300gm serbuk coklat gelap | diayak
- 4 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Campurkan terlebih dahulu susu segar, susu pekat manis, susu UHT dan mentega ke dalam periuk. Masak kesemua bahan-bahan hingga cair larut, menggunakan haba yang rendah dan perlahan dalam suhu terkawal.Ketepikan
2. Kemudian campurkan bahan yang diayak iaitu tepung, serbuk koko, serbuk coklat gelap, serbuk penaik dan soda bicarbonat dengan sekata, dan gaulkan. Masukkan campuran ini sedikit demi sedikit dalam adunan larutan susu tadi.
3. Pukul empat biji telur hingga kembang di bekas yang lain, dan kemudian dicampurkan dalam adunan ini sediki demi sedikit. Gaul hingga sekata
4. Tuangkan ke dalam tin pembakar kek.
5. Sediakan pengukus, pastikan air sudah mendidih baru masukkan tin pembakar kek .
6. Kukus kek coklat lembab selama sejam.
4. CHOCOLATE GETO MOUSSE
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan whipped cream
- 2 biji telur | diasingkan kuning dengan putih telur
- 5 sudu makan gula kaster
- 250gm coklat masakan
- 1 sudu makan mentega
- 1/2 sudu teh serbuk Nescafe | bancuh dgn sedikit air
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK :
1. Pukul whipped cream menggunakan whisker/mixer sampai bertanduk.
2. Dalam bekas yang lain yang lain, masukkan kuning telur dan gula.
3. Kacau sampai telur bertukar jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit.
4. Dalam bekas yang lain lagi, cairkan coklat masakan bersama mentega dengan menggunakan teknik double boiler.
5. Lepas coklat sudah cair, masukkan serbuk nescafe yang sudah dibancuh dengan air.
6. Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan coklat dan masukkan esen vanilla. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler.
7. Kejap sahaja, angkat dan ketepikan.
8. Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga bertanduk/kembang.
9. Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan (whipped cream,coklat dan putih telur).
10. Kacau adunan sehingga sebati, jangan terlebih kacau supaya tekstur mousse tidak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
11. Sejukkan mousse dalam peti sejuk selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan.
5. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)
BAHAN BAHAN
- 5 keping kulit popia | dipotong 12
- 200gm udang
- 50gm tepung
- 20gm mentega
- 20gm bawang merah
- 200gm ‘heavy cream’
- 10gm lada hitam
- 10gm cendawan butang | dimayang
- 20 gm keju
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti quiche :
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang,
3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam.
5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api.
Cara membuat acuan quice :
1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian.
2. Lalu disusun dalam acuan muffin
3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit
4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi.
5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven.
6. Sajian siap dihidang
6. FRAGRANT COCONUT COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 300gm mentega
- 300gm tepung gandum | diayak
- 100gm gula pasir
- 100gm kepala parut | telah digoreng kering
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega dan gula di dalam mangkuk adunan.
2. Kacau hingga sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya semua bahan sebati. Sambil ulikan.
3. Akhir sekali masukkan kelapa yang sudah dikering dan diuli lagi hingga sebati.
4. Cubit dan bulatkan (kira-kira 20gm) , dan susun di atas dulang pembakar .
5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan, dalam suhu 180 darjah celcius, lebih kurang 20 minit.
6. Sejukkan atas redai, dan biskut sedia dinikmati.
RESEPI : EKSEKUTIF CHEF SAKYA HAMID, CHEF AZAHAR JEMANGIN, CHEF JEFRY KHALID, CHEF ZURAIME MOHD ROSLI, CHEF HASNARISA WIDAHAYU MOHD NASIR, CHEF SHAMILA NABILLA ATIQAH SHAMSOLBAHRI, CHEF SITI NURZIANA MOHD SALLEHEN DAN CHEF SOFEANESAH MUHAMAD SUPIYAN.
PENGHARGAAN : SUMMIT HOTEL SUBANG USJ, Persiaran kewajipan, USJ1
UEP Subang Jaya & SUMMIT HOTEL KL CITY CENTRE.
1 Bahan 6 Idea Masakan. Aneka Resipi Lauk Pauk Untuk Anak-Anak Balik Dari Sekolah.
Dalam peti sejuk ada daging tapi kurang pasti nak masak apa? Usah pening-pening kerana enam idea masakan ni boleh membantu anda. Selamat mencuba!
1. KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging
- 1 biji kentang ] belah empat
- 1 biji bawang besar ] kisar
- 2 ulas bawang putih ] kisar
- 5cm halia ]kisar
- 1 biji cili hijau ] hiris
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 3cm kulit kayu manis
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu makan serbuk kurma
- 50ml santan pekat
- 250ml air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun kari dan cili hijau hingga wangi.
- Masukkan santan dan rempah kurma, tumis hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan daging, ubi kentang dan air. Masak sehingga daging benar-benar lembut dan kentang empuk. Bolehlah ditambahkan air sekiranya daging dan kentang belum cukup masak.
- Biar mereneh sehingga kuah agak memekat. Kemudian barulah dimasukkan garam, serbuk pati ayam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar dan tutup api.
- Sedia untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapat rasa seperti kurma daging Burma, bolehlah dimasukkan daun ketumbar yang telah dihiris pada lima minit terakhir proses memasak.
2. DAGING MASAK HITAM KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging ] hiris nipis
- 10 tangkai cili kering ] kisar
- 1 biji bawang besar ] kisar
- 4 ulas bawang putih ] kisar
- 5 cm halia ] kisar
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 3cm kulit kayu manis
- 1 sudu teh biji ketumbar ] Tumbuk kasar dan digoreng
- 2 sudu teh cuka
- 15ml kicap manis
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:-
- Daging direbus bersama cuka sehingga daging lembut dan air rebusan tersebut kering. Kemudian gaul daging bersama 5ml kicap serta digoreng sebentar dengan api yang besar selama 3 minit dan angkat. Ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar bersama serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga garing dan pecah minyak.
- Setelah itu masukkan baki kicap manis, serbuk pati ayam dan daging. Kacau sebentar dan tutup api. Tabur biji ketumbar yang telah digoreng ke atas daging.
- Siap untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapatkan warna daging yang benar-benar hitam, bolehlah ditambah satu sudu teh kicap pekat ke dalam bahann yang ditumis.
3. DAGING MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging ] potong nipis
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh gula
- 5cm halia ] hiris nipis dan halus
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 2 ulas bawang putih ] hiris
- 1 biji cili merah ] hiris
- 1 sudu teh cuka
- 1 sudu teh garam
- Sedikit air
- 3 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:-
- Daging diperap bersama sos ikan, minyak bijan dan sedikit gula selama 15 minit. Setelah itu goreng daging dengan api yang besar selama 3-5 minit. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, tumis halia, bawang besar, bawang putih, cili merah hingga naik wangi. Kemudian masukkan cuka, sedikit gula dan sedikit air, anggaran 1-2 sudu makan.
- Akhir sekali masukkan semula daging yang telah digoreng dan kacau sebentar. Tutup api.
- Sedia untuk dihidang.
Info chef: Jika suka, boleh tambah sedikit jumlah halia supaya lebih terasa halianya.
4. DAGING MASAK BOMBAY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
- 150gm daging ] potong nipis dan digoreng separuh masak
- 50ml pati santan
- 1 tangkai daun kari
- 10 tangkai cili kering ] kisar
- 1 biji bawang besar ] kisar
- 2 ulas bawang putih ] kisar
- 5cm halia ] kisar
- 5cm lengkuas ] kisar
- 1 batang serai ] kisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3cm kulit kayu manis
- 1 sudu teh serbuk kari daging
- 2 sudu makan kicap masin
- 1 sudu teh gula pasir
- 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar, bersama daun kari, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, serbuk kari daging dan santan. Masaklah hingga pecah minyak.
- Setelah itu masukkan kicap masin, gula dan pati ayam, kacau sebentar.
- Akhir sekali masukkan daging, kacau selama 2-3 minit dan tutup api.
- Sedia dihidang.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana sudah menggunakan kicap masin di dalam resipi. Tetapi terpulang kepada cita rasa masing-masing.
5. DALCA DAGING ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 40gm rempah dalca
- ½ kg daging|dipotong kecil
- 125gm kacang dhal
- 350ml santan
- 2 inci halia
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji kentang
- 2 biji terung bulat
- 1 batang lobak merah
- 2 biji tomato
- 5 tangkai kacang panjang
- Sedikit rempah 3 sekawan
- 125ml air asam jawa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus kacang dhal sehingga empuk.
- Sementara itu, kisar bawang merah bersama bawang putih dan halia.
- Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga naik baunya.
- Masukkan bahan-bahan kisar bersama rempah dalca.
- Masukkan daging dan biarkan sampai empuk
- Masukkan santan, air asam jawa, kacang dhal dan ubi kentang dan masak hingga empuk.
- Kemudian, masukkan terung, lobak merah, tomato dan kacang panjang.
- Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih
Info Chef: Kacang dhal hendaklah direbus terlebih dahulu untuk memastikan ia masak lebih sempurna.
6. DAGING SALAI CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang daging batang pinang
- 20gm serbuk kunyit
BAHAN AIR ASAM:
- 1 biji bunga kantan ] dimayang halus
- 3 tangkai daun kesum ] dimayang halus
- 1 biji bawang besar ] dimayang halus
- 1 biji tomato ] dipotong halus
- 5 tangkai cili padi ] dipotong halus
- 200gm asam jawa
- 300ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan salai @ bakar selama 20 minit.
- Kemudian untuk membuat air asam pula, satukan bahan mayang halus, bahan dipotong dadu dan bahan dipotong halus ke dalam bekas bersesuaian.
- Setelah itu, gaulkan asam jawa dan air di dalam bekas lain dan tapis. Curah ke dalam bekas berisi bahan-bahan tadi. Perasakan secukupnya.
- Akhir sekali, potong daging salai nipis-nipis dan hidangkan bersama air asam.
Info Chef: Aroma daging salai yang harum menjadikannya enak dimakan bersama nasi putih dan aneka ulaman.
Goreng Dan Tumbuk, Sambal Ekspres Empat Bahan Aje
Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
.Kalau min suka cecah roti aje. Jom cuba :
SAMBAL TUMBUK
.
BAHAN-BAHAN :
.
- 8 biji bawang kecil (merah)
- Segenggam ikan bilis
- 10 tangkai cili kering
- 6 biji cili padi
- ½ biji limau Kasturi
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Mula-mula gorengkan ikan bilis dan ketepikan.
- Kemudian gorengkan bawang kecil dan cili kering, ketepikan
- Mulakan dengan menumbuk bawang kecil, diikuti dengan cili kering dan cili padi. Perasakan dengan garam.
.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
.
4, Akhir sekali perahkan limau Kasturi , dan pastikan rasanya mengikut citarasa kita dan sedap. Siap untuk dihidang.
.
Sumber : FB SheilaKitchen Home Cooks