Nasi Ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Namun agak renyah sebab kena tumis dan sebagainya. Nak lebih mudah? Ha..Ini ada resipi pes Nasi Ayam perkongsian saudara Paan Selamat yang anda boleh buat. Dengan pes ni, anda tak perlu lagi menumis bahan-bahan. Hanya perlu masukkan pes dan masak nasi seperti biasa. Sangat mudah & sedap! Rugi kalau tak cuba.

 

PES NASI AYAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji bawang merah
  • Halia ( anggaran panjang sejengkal)
  • 15 ulas bawang putih
  • 7 batang serai
  • 5 sudu makan garam
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1.   Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.

2.  Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.

3.  Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.

4.  Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.

5.  Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.

6.  Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.

IKLAN

Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.

 

CARA MASAK NASI AYAM GUNA PES

 

1. Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.

Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.

2. Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.

IKLAN

Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.

 

3.  Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.

Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.

4. Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.

Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.

Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika  digunakan untuk memasak masakan lain.

IKLAN

 

Kredit gambar & resipi: Paan Selamat

 

Tengah cari PERIUK NASI ELEKTRIK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi best ? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.

Padu. Ini Cara Masak Nasi Kandar Sedap Secara Homemade.

https://www.rasa.my/nasi-ayam-hainan-paling-senang-buat/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI