Setiap negeri di negara kita tentunya mempunyai hidangan tertentu yang dianggap istimewa,  termasuklah negeri Terengganu Darul Iman, Selain terkenal dengan nasi dagangnya, terdapat pelbagai lagi masakan asli Terengganu yang khas dihidangkan terutama pada hari perayaan atau majlis kenduri. Tentunya dapat menambat selera para tetamu yang bertandang.

GULAI KERUTUK KAMBING

4 Resipi Masakan Asli Terengganu Yang Mempunyai Keunikan & Keenakan Tersendiri!

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kambing |potong ikut citarasa
  • 5 sudu makan rempah kerutuk
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1/2kg santan 
  • 3 biji ubi kentang|potong empat
  • 2 labu bawang besar 
  • 4 biji lada besar hijau
  • 1 keping gula melaka
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN TUMIS:

  • 1/2 biji bawang besar  |hiris halus
  • 2.5cm halia |hiris halus
  • 2 ulas bawang putih |hiris halus
  • 2 batang serai| dititik
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili kering
  • 15 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 0.75cm halia
  • 0.75cm lengkuas
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk kulit kayu manis/ bunga lawang/ buah pelaga hingga naik bau.
  2. Setelah itu masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.Masukkan rempah kerutuk dan rempah kari. Biarkan rempah betul-betul masak. Jika terlalu kering atau seperti hendak hangit, tambah sedikit air atau minayk masak.  Kacau sekata.
  3. Apabila pecah minyak, masukkan daging kambing yang telah dipotong dan kacau agar daging sebati dengan bahan tumisan.
  4. Masukkan santan, gula Melaka dan kerisik. Biarkan mendidih. Biarkan daging mereneh dalam anggaran tempoh ½ jam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan ubi kentang, bawang besar dan lada hijau. Masak hingga kuah pekat atau pecah minyak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Daging kerutuk ini sedap dimakan dengan apa-apa nasi seperti nasi minyak/ kebuli  atau nasi putih sahaja. Kuah kerutuk ini lebih sedap jika dipanaskan semula.  

Saiz hidangan: 4-5 orang

Waktu memasak: 40 minit

Jenis hidangan : Melayu

Keistimewaan : Rasa rempah ratus

Jenis masakan :  Lauk pauk

Cara memasak : Tumis dan reneh

Anggaran kos: RM25

NASI KEBULI STAIL TERENGGANU

4 Resipi Masakan Asli Terengganu Yang Mempunyai Keunikan & Keenakan Tersendiri!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi 
  • 3 cawan air rebusan rempah
  • 1 biji bawang besar|mayang
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Sedikit minyak/ planta untuk menumis
  • 5cm halia|titik
  • Garam secukupnya 

BAHAN UNTUK AIR REBUSAN REMPAH:

  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 sudu makan ketumbar
  • 3 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat air rebusan rempah; rebus air dengan rempah ratus sehingga air bertukar warna perang gelap. Anggaran  30 minit. Tetapi lagi
  2. Untuk memasak nasi; Tumis kulit kayu manis, bunga cengih, buah pelaga dan bunga lawang. Masukkan hirisan bawang besar sehingga bertukar keperangan dan letakkan daun pandan.
  3. Selepas itu, masukkan air rebusan rempah tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Tunggu hingga mendidih baru masukkan beras. Kacau seketika dan tutup periuk. Masak hingga nasi masak sepenuhnya.

Info chef: Nasi yang dimasukkan apabila air sudah mendidih akan lebih cantik dan berderai.

Saiz hidangan: 4-5 orang

Waktu memasak: 45 minit

Jenis hidangan : Melayu

Keistimewaan : rasa nasi yang penuh aroma dan perisa

Jenis masakan :  Lauk pauk

Cara memasak : Rebus, tumis dan reneh

Anggaran kos: RM20

SAMBAL IKAN DAN KELAPA STYLE TERENGGANU

4 Resipi Masakan Asli Terengganu Yang Mempunyai Keunikan & Keenakan Tersendiri!
BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji kelapa parut | sangai tanpa minyak sampai garing keperangan
  • 1/2 kilo ikan selayang/ kembung | rebus dan ambil isi ikan sahaja
  • 3 batang serai | hiris halus

BAHAN UNTUK TUMBUK:

  • 5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2.5cm halia
  • Sedikit gula Melaka dan garam

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam kelapa yg telah disangai.
  2. Goreng kesemuanya menggunakan api kecil sampai kering.
  3. Perasakan dengan gula melaka dan garam secukup rasa. Sambal lebih sedap kalau sedikit manis.
  4. Sejukkan dan kisar/ tumbuk kasar.
  5. Sedia dihidangkan.

Info chef: Enak dimakan bersama lemang dan ketupat. 

Saiz hidangan: 4-5 orang

Waktu memasak: 1 jam

Jenis hidangan : Melayu

Keistimewaan : Berlemak dan agak manis

Jenis masakan :  Sambal kering

Cara memasak : Goreng

Anggaran kos: RM20

GULAI IKAN TONGKOL TERENGGANU

4 Resipi Masakan Asli Terengganu Yang Mempunyai Keunikan & Keenakan Tersendiri!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan aye/ tongkol hitam (lebih kurang 1 kg) 
  • 1/2kg santan
  • 3 sudu makan cili kering kisar   |tambah jika suka pedas
  • 3 sudu makan rempah gulai ikan Nasi Dagang (Terengganu)
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu makan  gula melaka/gula atau secukup rasa
  • 10 biji cili api
  • 6 – 7 biji belimbing buluh (jika ada)
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 10 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2.5cm halia
  •  2.5cm lengkuas 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan masak sehingga hampir pecah minyak.
  3. Masukkan ikan yang direbus, asam, gula Melaka dan garam secukup rasa. Terus mereneh sehingga pecah minyak dan agak pekat.  
  4. Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renehkan sehingga agak pekat dan pecah minyak.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Untuk lebih enak, ikan aye/tongkol direbus dahulu bersama sedikit garam, hirisan bawang merah, bawang putih dan asam gelugur. Biarkan semalam dan keesokan hari baru digulai. Seeloknya gunakan ikan tongkol/aye hitam kerana teksturnya lebih kenyal.   

Saiz hidangan: 5-8 orang

Waktu memasak: 45 minit

Jenis hidangan : Melayu

Keistimewaan : Rasa lemak berempah

Jenis masakan :  Lauk pauk

Cara memasak : Tumis dan reneh

Anggaran kos: RM30

Selamat mencuba! 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI