Nasi Ayam sememangnya antara juadah yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Terdapat banyak versi nasi ayam yang boleh dicuba. Antaranya Nasi Ayam biasa, Nasi Ayam Singapura, Nasi Ayam Karamel, Nasi Ayam Thai dan banyak lagi. Bagi anda yang terasa nak cuba masak Nasi Ayam Hainan, resipi perkongsian blogger tersohor Malina Lina Pg ni Boleh dicuba.

 

NASI AYAM HAINAN

Bahan A (Ayam Hainan):

  • 2 keping paha ayam
  • 1 ikat daun bawang, simpul
  • 1 inci halia ketuk (LiNa Pg hiris)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 liter air
  • Air ais untuk merendam

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan air, daun bawang, garam dan halia. Masak hingga mendidih.
  2. Celup ayam sebentar (LiNa Pg celup beberapa saat) kemudian angkat untuk mengelakkkan ayam mengecut jika terus di masukkan dalam air mendidih.
  3. Masukkan kembali ayam ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana selama 10 minit dan tutup periuk.
  4. Perlahankan api dan biarkan ayam mereneh selama 15 minit (hingga ayam masak)
  5. Angkat ayam dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Rendam selama 1/2 jam.
  6. Ketepikan stok rebusan ayam untuk nasi dan sup.

 

Bahan B (Nasi): 

  • 2 pot beras, cuci dan toskan
  • 3 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 inci halia, ketuk
  • 2 ulas bawang putih, ketuk
  • 1 batang serai, ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu besar marjerin / mentega
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam (LiNa Pg guna 1/2 kiub ayam)

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan marjerin dan minyak, tumis bawang, halia, serai dan daun pandan hingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga bergaul rata.
  3. Alihkan nasi ke dalam periuk dan tambahkan air rebusan dan serbuk pati ayam.
  4. Masak nasi menggunakan periuk nasi letrik atau boleh di kukus selama 20 minit (LiNa Pg masak menggunakan dapur gas sahaja.Kaedah memasak sama sahaja seperti nasi biasa)

 

Bahan C (Sup):

  1. Didihkan baki air rebusan, tambah kiub ayam (LiNa Pg guna 1/2 kiub ayam baki dari nasi ayam tadi)
  2. Boleh tambah carrot, fish ball jika suka.
  3. Hidang dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

 

Bahan D (Sos Cili):

  • 8 tangkai cili merah, potong
  • 6 ulas bawang putih, hiris
  • 1 1/2 inci halia, hiris
  • 1 batang serai, hiris halus
  • 1 biji tomato (buang biji) LiNa Pg tambah. Resipi asal xde
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 5 sudu besar cuka makan (LiNa Pg guna 2 sudu besar jer)
  • 1/3 cawan sup

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili, bawang, halia, serai bersama kuah sup hingga halus.
  2. Sesuaikan rasa.Rasa dahulu, baru masukkan garam,gula dan cuka..sebab sup dah terasa masinnya dan tomato dah ada rasa masam.

 

Bahan E (Sos Kicap):

  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (LiNa Pg gn kicap manis sbb tu gelap siket)
  • 1 sudu besar gula (LiNa Pg skip sebab guna kicap manis)
  • 1/3 cawan sup
  • 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih hingga perang.
  2. Masukkan air rebusan, sos tiram, kicap cair dan gula.
  3. Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
  4. Sesuaikan kepekatannya.

 

IKLAN

Bahan F (Garlic Ginger Dipping Sauce): – yang ni LiNa Pg refer kat youtube

BAHAN-BAHAN:

  • 2 inci hali (parut halus
  • 1 ulas bawang putih (parut halus)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit garam dan perasa (jika suka)
  • Sedikit daun bawang hiris halus

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan halia, bawang putih dan daun bawang.Taburkan sedikit garam dan perasa (jika suka) Gaul rata
  2. Panaskan minyak kemudian tuang ke dalam campuran garlic ginger tadi.Gaul rata.
  3. Sedia untuk di hidang.

Resipi Nasi Ayam Hainan Perkongsian Blogger Tersohor. Mudah, Sedap & Wajib Cuba!

Kredit resipi & foto: Malina Lina Pg

Rujukan: Chef Hassanhen dan Kak Wan

Link asal resipi: https://linapg.blogspot.my

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI