Kanak-kanak memang suka dengan makanan yang berwarna-warni. Buat ibu-ibu yang ingin menarik perhatian anak-anak, boleh cuba resipi apam paddlepop gebu gebas yang mudah ini.

Resipi yang dikongsi Fitrah Qaseh Rich ini, menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.

 

APAM PADDLEPOP GEBU GEBAS

Resipi Mudah Buat Apam Paddlepop Gebu, Mesti Anak-Anak Suka 

BAHAN-BAHAN:

140gm tepung gandum –beli online di sini
1 ½ sudu kecil baking powder – beli online di sini
90gm gula halus (resipi asal guna 100gm, tapi saya kurangkan) – beli online di sini
75 ml susu full cream
1 sudu makan ovalette – beli online di sini
2 biji telur (saya guna gred B )
Sedikit esen vanila
Inti bluberry
Pewarna yang digemari

TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live

IKLAN

TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Pukul telur, ovalette dan gula halus sampai kembang gebu putih. Bahagian ni paling penting supaya apam naik cantik buncit-buncit nanti.
2. Dah yakin adunan kembang gebu, baru masukkan tepung gandum dan baking powder yang dah ayak.
3. Masukkan secara selang seli dengan susu full cream. Pukul bagi sebati, kemudian masukkan esen vanilla, kacau bagi sebati.

Resipi Mudah Buat Apam Paddlepop Gebu, Mesti Anak-Anak Suka 
4. Bahagikan adunan ikut warna. Saya ambil 1 sudu, kemudian warnakan turqoise, 1 sudu lagi warnakan pink dan selebihnya kuning. Warna kuning untuk base, pink dan turqoise tu untuk lorek-lorek atas tu je.
5. Masukkan dalam piping bag.

IKLAN

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

6. Paipkan adunan yang dah siap warna dalam cup separuh, lepas tu paipkan inti bluberry tadi dan tutup adunan atas sampai penuh.
7. Penuh ye bukan 3/4 atau separuh, barulah cantik naik apam nanti. Lepas tu titik-titikkan guna adunan warna lain pula. Kemudian, lorekkan guna lidi.
8. Dah siap semua, baru mula kukus. Air kukusan dah mendidih baru letak apam.

Resipi Mudah Buat Apam Paddlepop Gebu, Mesti Anak-Anak Suka 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

9. Penutup kukus kena balut dengan kain. Tak nak bagi air menitik jatuh atas apam. Api jangan terlalu besar, sedang-sedang je.
10. Tetapkan masa kukusan 13 minit je ye. Jangan terlebih masa, nanti apam akan merekah. Dah masak, angkat dan sejukkan.

Kredit resipi: Fitrah Qaseh Rich

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

10 Menu Lauk Pauk Yang Sedap, Mudah Dimasak & Cepat Siap 

Simpan Resipi Mudah Buat Tart Coklat Cadbury Ini, Memang Sedap!

5 Resipi Kuih Apam Yang Sangat Mudah Untuk Dibuat

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI