Sambal goreng jawa ni memang hidangan berkhasiat. Dalam satu menu ada tempe, tauhu hari ayam, suhun kacang panjang dan fucuk serta pelbagai lagi, dah tak payah lauk lain dah. Kalau ada hidangan ni makan pasti bertambah-tambah.

Masaknya pun senang, berbaloi dijadikan sajian tengahari mahupun malam.

SAMBAL GORENG JAWA

Sambal Goreng Jawa Yang Paling Sedap & Cepat DiMakan.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
  • 3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
  • 3-4 biji kentang(hiris dan goreng garing)
  • Sedikit hati ayam(hiris dan goreng) | tak letak pun boleh..nak letak isi
  • udang segar pun boleh..goreng jer sekejap..
  • 2 paket suhun(rendam dlm air)
  • 1 keping fucuk(potong)|tak letak pun tak pe(rendam dlm air)
  • Sedikit kacang panjang hiris serong
  • 1 sudu besar besar gula
  • Sedikit perasa jika perlu
  • 1/2 sdt garam
  • Kicap manis secukupnya(sy guna kipas udang)
  • 1/2 cawan air asam jawa(cair)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar ikan bilis(tumbuk lumat)
  • 2 senduk minyak masak(untuk menumis)

Bahan Tumis :

  • 2 biji bawang besar(hiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih(hiris nipis)
  • 10 tangkai cili kering(potong nipis menyerong)suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong.

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak, masukkan ikan bilis yg dah ditumbuk lumat .
2. Masukkan bahan tumis hingga agak garing.
3. Masukkan air asam jawa,gula,perasa dan sedikit garam
4. Renjiskan kicap manis dan kacau hingga naik minyak.
5. Masukkan suhun dan fucuk serta air.
6. Masukkan pula kacang panjang dan kacau seketika.
7. Mmasukkan bahan2 lain yg dah siap digoreng tadi,gaul rata perasakan. Dah boleh tutup api.

IKLAN

Sambal Goreng Jawa Yang Paling Sedap & Cepat DiMakan.

FB :Resepi air tangan mama

IKLAN

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA SUKA RESIPI INI:

Kuih Cakoi Lembut Gebu, Inilah Rahsianya, Sedapnya Dibuat Berbuka.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI