Snow Almond Cookies sememangnya antara biskut yang menjadi kegemaran ramai, terutamanya kanak-kanak.
Gabungan rasa lemak manis dengan salutan coklat yang enak menjadikannya biskut pilihan setiap kali musim perayaan.
Menariknya, hiasan putih di luar biskut ini bukan kelapa parut seperti yang disangka ramai, tetapi sebenarnya serbuk roti! Jika ingin mencuba sendiri, boleh guna resipi dikongsi oleh El-Ain Arzmi yang turut menjadikannya jualan ketika raya.
1. Mentega dan gula kastor disatukan dalam satu bekas dan dikacau hingga sebati.
2. Kemudian tambah susu tepung, serbuk badan, Nestum dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
3. Seterusnya tambah tepung gandum dalam adunan tadi. Kacau sehingga dok lembut. Sekiranya doh lembik tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.
4. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat-bulat hingga selesai semuanya.
5. Bakar suhu 150’c masa 20 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Adunan ini boleh hasilkan dalam 190 biji biskut.
Ads
Cara buat salutan coklat
Gunakan teknik double boil untuk cairkan dua jenis coklat di atas sehingga larut dan sebati.
Celup biskut dalam larutan coklat yang suam-suam dan salut dalam serbuk roti.
Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Pasti kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka kuih raya yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu biskut yang popular adalah Biskut Samprit ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
BISKUT SAMPRIT CHIP
BAHAN-BAHAN:
1 buku mentega – kalau margerin 1 kilo tu bahagikan sahaja kepada 4 bahagian. Maknanya 1 bahagian tu 250gm
1 cawan gula ising – ayak
2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
CARA MEMASAK:
Satukan mentega dengan gula ising. Gaul guna spatula sampai sebati.
Satukan ketiga-tiga jenis tepung kemudian ayak ke dalam bekas berisi mentega tadi. Gaul sekali lagi hingga sekata.
Terap adunan menggunakan acuan semperit. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit atau hingga biskut masak. ( waktu memasak dan suhu mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar)
Sejukkan biskut dan simpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas.
Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. Macam pisang emas kuning dengan tompokan coklat.
Ni lah biskut pisang atau Banana Cookies ada rupa pisang emas kan, tapi sebenarnya disadur coklat berwarna kuning dan coklat. Tu yang sedap sangat tu. Ada inti kacang pulak tu. Ni resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria. Jom semak resipi biskut sedap ni.
BANANA🍌 COOKIES🍪
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
170gm mentega
60gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
* Kacau dengan senduk sahaja semua bahan-bahan di atas
Bahan B :
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm susu tepung
Bahan inti :
Kacang tanah secukupnya | disangai dan ditumbuk
Gula secukup rasa
* Campurkan dan gaulkan sekali
CARA MEMASAK : 1. Ayak semua bahan., masukkan ke dalam bahan A.
2. Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 15gm tiap satu
3. Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dgn gula
4. Bentukkan doh jadi bentuk pisang
5. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 minit
Bahan Coklat
Coklat putih dicampur beberapa titik pewarna lemon kuning
Dark coklat
* Masak coklat guna kaedah ‘double boil’,celup biskut satu-satu dalam coklat kuning, coklat dah keras baru sapu dark coklat.
Khasiat buah ini bukan calang-calang bahkan dianggap ‘buah syurga’ kerana turut disebut di dalam Al-Quran akan khasiatnya yang cukup besar untuk kesihatan manusia.
Malah ia ada disebut dalam Al Quran dan hadis.Firman Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis berkaitan khasiat buah tin bagi manusia.” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)
Buah tin terkenal sebagai buah dengan kandungan nutrisi cukup lengkap, asama ada di dalam bentuk vitamin ataupun mineral. Kandungan-kandungan inilah yang membuatkan pakar pemakanan menggelar buah tin sebagai buah super nutrition.
Antara manfaat dari sudut kesihatan:
1. Membantu mengatasi hipertensi dan jantung koroner Buah tin mengandung senyawa mineral alami seperti magnesium, fosfor, omega 3, omega 6, dan fenol. Kandungan-kandungan mineral semula jadi inilah yang cukup berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah munculnya penyakit jantung koroner.
2. Mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh
Buah tin terkenal sebagai jenis buah yang mengandungi serat larut cukup baik. Menurut pakar, kandungan serat larut berupa pektin dalam buah tin sangatlah berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Apabila pektin masuk ke dalam tubuh, kandungan tersebut akan menyapu semua kolesterol dan membuangnya melalui sistem pembuangan sama ada berupa peluh mahu pun air besar.
3. Mencegah serangan jantung Menurut penelitian yang telah dilakukan di Arab Saudi, buah tin mengandungi senyawa kalium tinggi yang cukup baik untuk menurunkan kadar natrium dalam tubuh. Para pakar juga berpendapat, memakan buah tin minimum sekali sehari akan membantu mengurangkan risiko anda terkena serangan jantung mendadak. 4. Baik untuk penderita diabetes
Meskipun buah tin manis, kandungan glukosa dan fruktosa di dalam buah ini tidak akan membuat kadar gula dalam darah anda naik.
Ini kerana, selain mengandungi glukosa dan fruktosa, buah tin juga mengandungi serat larut dan karbohidrat. Kedua-dua kandungan inilah yang akan menghalang proses penyerapan gula berlebih pada sistem pencernaan. Bahkan, beberapa pakar menambahkan buah satu ini juga cukup efektif untuk mencegah diabetes, namun dengan syarat tidak diambil berlebihan.
5. Mencegah tulang reput Khasiat buah tin baik untuk tulang. Osteoporosis merupakan salah satu jenis penyakit tulang yang bisa dicegah dengan memakan buah tin secara rutin. Di dalam buah tin terkandung senyawa kalsium yang cukup tinggi, bahkan para pakar pemakanan mengatakan kandungan kalsium dan fosfor dalam buah tin lebih tinggi daripada susu.
6. Mengatasi susah tidur atau insomnia
Foto : magazine.vunela.com
Gejala susah tidur dapat muncul disebabkan karena berbagai macam faktor, bermula dengan minuman berkafein (kopi) sehinggalah akibat stres dan trauma. Selain mengatasi stres, anda juga boleh menghilangkan masalah tersebut dengan makan buah tin.
Menurut penelitian di Universiti Yale, buah tin mengandungi senyawa tryptophan yang cukup efektif untuk memberikan rasa tenang, dan rileks pada otak. Ia dapat membantu menghilangkan insomnia dan membuat tidur lebih nyenyak.
7. Sumber nutrisi yang cukup baik dan lengkap Buah tin tidak mengandungi lemak jahat, garam, dan kolesterol, akan tetapi mengandungi kalsium, serat, dan kalium yang cukup tinggi. Selain itu buah tin juga mengandungi sodium yang cukup rendah.
Buah tin juga mengandungi kaya akan senyawa benzaldehida (senyawa anti-kanker seperti beta-karoten). Menariknya lagi buah satu ini juga diperkaya dengan kandungan vitamin penting untuk tubuh, seperti vitamin A, B, dan C.
Nah ni Min kongsikan 2 resipi menggunakan buah tin.
JEM BUAH TIN
BAHAN-BAHAN:
1kg buah tin (seeloknya tin segar) | cincang
500gm gula kastor
1 batang vanila | ambil biji
1 batang kayu manis
1 biji lemon | ambil jus dan parut kulitnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu mangkuk, tutup dan biarkan semalaman dalam suhu bilik. 2. Keesokan harinya, masukkan campuran tadi ke dalam kuali leper dan masak menggunakan api yang perlahan. Kacau sehingga gula hancur sepenuhnya. 3. Biar ia mendidih dan teruskan memasak menggunakan api perlahan dan kacau perlahan-lahan sehingga ia memekat atau kira-kira 45 minit. Sambil itu, tekan-tekan buah tin untuk hancurkan ia. 4. Keluarkan kulit kayu manis dan sejukkan. 5. Tuang ke dalam jar dan sedia untuk disimpan.
Info chef: Boleh disimpan sehingga tiga bulan.
Saiz hidangan: 1-2 jar Keistimewaan : Penuh rasa buah tin yang lazat Jenis masakan : Jem Cara memasak : Didih dan reneh Anggaran kos: RM25
KEK KEJU BERSAMA BUAH TIN SEGAR
BAHAN-BAHAN:
5-7 biji fig | potong
100gm wholegrain digestive biscuits
3 sudu makan kacang walnut
5 sudu makan minyak bunga matahari
110gm air tebu | tapis
600gm cottage cheese
250gm yogurt
1 biji oren | ambil jus, parut kulit
1 biji lemon | ambil jus
1 sudu teh esen vanila
5 biji telur
1 biji buah pelaga
20gm kepingan badam
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar 180C. 2. Di dalam pengisar makanan, campurkan biskut, walnut dan minyak bunga matahari, kisar hingga menjadi crumble. 3. Ambil dulang dan alas dengan baking paper. Tabur crumble tadi di atas dulang tadi, tekan perlahan-lahan. Masukkan ke dalam peti sejuk. Ketepikan. 4. Menggunakan pengisar tangan, campurkan cottage cheese, yogurt, telur, buah pelaga, garam, air tebu, jus dan kulit oren dan jus lemon. Kacau sebati. 5. Tuang adunan ke atas lapisan crumble tadi dan bakar kira-kira satu jam. 6. Basuh buah tin dan potong. Hiaskan di atas kek tadi. Panggang sedikit kepingan badam tanpa minyak dan tabur di atas kek. Sedia dinikmati.
Info chef: Untuk kek keju yang sempurna, simpan di dalam peti sejuk semalam sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan: 1 biji kek Keistimewaan : Rasa lemak keju dan buah tin yang sedap Jenis masakan : Pemanis mulut Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25 .
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...