Kek Coklat Kukus ni memang sedap tau. Anda nak cuba? Saudari Noriza Awang Hamat ada kongsikan resipinya. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap. Penambahan topping coklat dan juga taburan badam membuatkan rasanya lagi mantap. Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Takkan menyesal punya.
1.Satukan serbuk koko, gula, minyak masak, susu cair dan susu pekat. Kisar (blender) hingga sebati dan ketepikan. 2. Pecahkan telur dan kisar juga hingga kembang. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk besar, masukkan bahan yang dikisar tadi berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Adun hingga sebati dan bercampur rata. 4. Jika nak lebih mudah, satukan semua bahan dan kisar sebati menggunakan blender. 5. Sapu marjerin atau mentega pada loyang saiz 8×8 terlebih dahulu dan tuang adunan kek tadi. 6. Panaskan air kukusan terlebih dahulu dan kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
7. Bila kek telah masak, sejukkan dan boleh tuang topping dan juga hiasan mengikut cita rasa.
IKLAN
BAHAN TOPPING COKLAT: Coklat masakan Sedikit marjerin / mentega – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan coklat dan marjerin kemudian masak secara double-boiler. 2. Bila coklat telah cair sepenuhnya, tuang pada kek.
Bihun Celup Siam ni memang antara menu popular di Thailanddan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Pedas, masam, memang cukup sempurna. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Sesekali bertukar citarasa untuk memberikan kelaian dalam menyediakan menu hidangan keluarga, apa kata anda cuba resipi dari negara Sepanyol yang terkenal dengan hidangan Pealla yang menjadi hidangan utama di negara Mediterranean ini.
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan minyak Zaitun
2 sudu besar bawang besar-cincang
1 sudu teh bawang putih-cincang
1 biji tomato- dadu
1 sudu kecil paprika
1 cawan beras pendek/ Arborio rice
1 ½ cawan stok ayam/ makanan laut panas
2 sotong-bersihkan dan hiris bulat
6 ekor udang Harimau-bersih dan tos
6 biji kupang-bersihkan
1 tangkai cili merah, buang biji dan potong memanjang
1/3 cawan kacang peas
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali paella. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan tomato cincang, paprika dan beras, gaul rata sehingga beras kelihatan berkilat kemudian masukkan stok ayam atau makanan laut. Masak sehingga mereneh.
Setelah air hampir kering masukkan pula cili, garam, kacau rata dan kecilkan api.
Akhir sekali masukkan udang, sotong dan kupang
Selepas beberapa minit, udang sudah bertukar warna merah jambu dan kupang terbuka, keluarkan dalam pinggang.
Sementara itu teruskan memasak nasi atas api kecil, tambahkan kacang peas tutup permukaan kuali dengan alumunium foil.
Bagi mendapatkan kesan berkerak tingkatkan kepanasan kuali seketika.
Masukkan semula makanan laut, tutup api dan biarkan selama 5-10 minit untuk memastikan paella tidak panas.
Korang pernah makan Cendawan Inoki Goreng? Kalau belum lagi, wajib cuba sebab sedang sangat, kalau makan panas-panas memang rangup dan garing. Cecah pulak dengan sos cili atau sos mustard memang terbaik. Kalau makan kat kedai bebelas ringgit satu piring, apa kata korang goreng sendiri baru makan puas.
BAHAN-BAHAN:
1 paket cendawan enoki
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit perasa ayam
Bahan Sos:
2 sudu makan sos mustard
1 sudu makan mayones
1 sudu makan madu
1/2 sudu makan jus lemon
Sedikit hirisan cili padi
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Campurkan tepung gandum bersama tepung beras di dalam mangkuk.
LANGKAH 2: Masukkan garam, serbuk lada hitam, dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan ketepikan.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk kemudian celupkan cendawan di dalamnya.
LANGKAH 4: Seterusnya, gaulkan di dalam campuran tepung tadi.
LANGKAH 5: Goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
LANGKAH 6: Campurkan semua bahan sos, kacau sebati dan hidangkan dengan cendawan goreng.