Cornflakes Madu Karamel ni antara judapan paling mudah nak buat. Boleh dikatakan, setiap rumah pasti ada biskut ni. Jika anda tiada ketuhar, sesuai sangat cuba resipi ni. Masak guna kuali je! Modal pun tak banyak. Bestkan? Jom cuba!
CORNFLAKES MADU KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg cornflakes
- 250gm gula
- 250gm marjerin
- 3 sudu makan susu pekat manis
- Buah hiasan secukupnya – tak letak pun tak apa
CARA MEMASAK:
- Satukan gula, marjerin dan susu. Panaskan sehingga berbuih. Guna api perlahan sahaja bagi elak hangit.
- Kemudian masukkan cornflakes dan kacau rata.
- Tambahkan buah kering dan gaul sekali lagi supaya semua bahan sekata. Padamkan api.
- Jemur seketikan kepingan cormflakes tadi sampai kering.
- Siap dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga dimasukkan dalam cawan kertas dan disimpan dalam balang biskut.
Kredit resipi & foto: Zarina Md Saad Nana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Kek Batik Cadburry, Kurang Manis Tapi Tetap Sedap
Bila sebut tang kek batik, tak semua orang suka akan kemanisannya. Lain tekak lainlah citarasanya kan.
Banyak versi yang muncul untuk buat kek batik, tapi yang ini memang sesuai untuk mereka yang gemarkan kek kurang manis.
Boleh cuba resipi daripada Mohamad Arymin, memang sedap! Sesuai untuk kudapan minum petang.
Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman.
KEK BATIK CARDBURRY
ADUNAN KEK
1 paket biskut marie | patah-patahkan – beli online DI SINI
200gm serbuk milo – beli online DI SINI
250gm mentega – beli online DI SINI
½ tin susu pekat (kalau nak manis, boleh lebihkan) – beli online DI SINI
TONTON DAPUR RASA LIVE: Mango Baked Cheesecake
TONTON Minit Ekspress: Sagu Gula Melaka
CARA-CARA:
1. Cairkan mentega dalam kuali. Masukkan serbuk milo dan susu pekat. Kacau rata.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas dengan parchment paper, lalu mampatkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN ADUNAN TOPPING
1 bar chocolate cardburry (tak kisah perisa apa)
30gm serbuk milo – beli online DI SINI
80 ml susu segar
1 sudu besar mentega – beli online DI SINI
CARA-CARA:
1. Cairkan mentega, coklat dan serbuk milo (guna kaedah double boiler ataupun guna microwave saja selama 1-2 minit)
2. Kemudian, masukkan susu segar. Kacau sampai likat.
3. Sejukkan dan tuang atas kek batik tadi. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Mohamad Arymin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Bistik Daging, Resipi Istimewa Daripada Tok Sendiri
Peminat Ayam Goreng Pedas Korea? Ada Caranya Nak Kekalkan Tekstur Crispy
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Kek Marble Susu, Bakar Guna Air Fryer
Kek marble susu memang sedap. Ada rasa lemak manisnya. Sesuai dimakan bila-bila masa saja. Buat sebagai pemanis mulut selepas berbuka puasa juga sesuai.
Selain itu, sudah tentunya boleh dijadikan salah satu juadah di hari raya. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Nuryusra Ibrahim Kutty ini. Sedap dan taklah susah nak memasaknya. Wangi semerbak baunya ketika dibakar.
Kek Marble Susu
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak) – boleh beli online di sini
1 sudu kecil baking powder (ayak) – boleh beli online di sini
3/4 cawan gula – boleh beli online di sini
1 cawan marjerin/planta/butter – boleh beli online di sini
3 biji telur
3 sudu besar susu pekat
1 sudu besar serbuk koko – boleh beli online di sini
Sedikit esen vanilla – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Masukkan gula dan marjerin ke dalam mixer, putar sehingga kembang dan berkrim.
Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung dan baking powder. Seterusnya masukkan sedikit esen vanila dan susu pekat.
Asingkan kepada dua bahagian 1 putih dan 1 koko. Sediakan loyang size 6 inci. Masukkan secara berselang-seli.
Panaskan air fryer (boleh beli online di sini) dengan suhu 170 dalam masa 40 – 50 minit. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Jom Buat! Resipi Mulberry Yogurt Butter Cake Yang Sangat Sedap
Sedap & Mudah, Resipi Biskut Telur Rebus Boleh Buat Untuk Raya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Kek Batik Lembut Dan Sedap
Kek Batik lembut dan sedap. Sekejap saja mesti dah habis. Anak-anak pun tentu suka. Nak buatnya taklah susah sangat. Bahan yang diperlukan juga senang cari.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nor Aini Abd Rahman (BIKMM) ini ye.
Kek Batik
Bahan-bahan
½ ketul buttercup
1 cawan Milo – boleh beli online di sini
½ cawan susu pekat manis – boleh beli online di sini
2 biji telur
½ cawan serbuk koko – boleh beli online di sini
1 paket biskut Marie (300gram) – boleh beli online di sini
½ cawan Nestum (pilihan) – boleh beli online di sini
Setengah cawan air / susu cair
Cara Memasak:
Dalam satu bekas, cairkan marjerin, masukkan susu pekat, Milo dan Nestum. Kacau rata.
Kemudian masukkan air ataupun susu cair dan telur. Kacau lagi. Setelah itu, tutup api. Masukkan biskut Marie dan gaul rata sehingga biskut bersalut coklat. Tak perlu patah-patahka biskut. Biarkan sekeping-sekeping. Nanti lagi cantik. Masak dengan api kecil ya.
Alaskan loyang dengan plastik, masukkan adunan biskut tadi dan tekan-tekan bagi padat. Sejukkan dalam peti ais sejam dua.
Siap! Keluarkan daripada peti ais bila nak makan.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Semperit Cream Cheese, Bukan Sekadar Cantik Tapi Memang Sedap!
Tonton lebih banyk video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official