Biskut Kelapa, Kuih Legend Tetap Digemari Ramai

Biskut kelapa ini adalah antara kuih raya atau biskut legend. Bila lihat dan makan, terimbau zaman kanak-kanak. Yang pasti, biskut ini tetap ada peminatnya.

Masih dalam bulan Syawal tapi biskut raya dah habis. Mungkin boleh buat biskut ini untuk dijadikan hidangan tetamu yang masih berkunjung ke rumah. Atau boleh dijadikan buah tangan bila pergi beraya di rumah rakan atau saudara-mara.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Sarimah Kadiron ini ye. Selamat mencuba!

Biskut Kelapa

Bahan-bahan:

2 cawan tepung ubi – boleh beli online di sini

Sebiji telur

2 cawan tepung jagung – boleh beli online di sini

1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

Seketul mentega atau 1 cawan majerin – boleh beli online di sini

1 cawan gula – boleh beli online di sini

IKLAN

2 cawan kelapa (sangai kering dan biar garing sikit)

1sudu kecil esen vanilla – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Biskut Kelapa, Kuih Legend Tetap Digemari Ramai

Mentega dan gula dikacau sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau hingga rata. Masukkan kesemua tepung an telah diayak sedikit-sedikit bersama kelapa. Uli sebati.

Setelah itu terap dengan bentuk acuan kesukaan masing-masing. Susun di atas tray pembakar.  

IKLAN

Biskut Kelapa, Kuih Legend Tetap Digemari Ramai

Bakar dengan suhu 160C. Tapi kena ikut oven masing-masing ye. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Mufin Oren Gebu Dan Sedap

IKLAN

Sedap & Gebu, Mudah Je Nak Buat Kek Minyak Sunquick Kukus

Resipi Biskut Dahlia Klasik Macam Zaman Dulu-Dulu

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI