Comelnya Biskut German Cookies ni. Kalau nak tahu, ini adalah salah satu biskut raya yang sangat mudah nak buat. Kalau buat ni, budak-budak yang datang beraya pasti suka. Rasanya pun sedap dan ala-ala cair di mulut gitu. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cuba resipi perkongsian saudari Azura Felula ni.
GERMAN COOKIES @ DEUTSHE KEKSE
BAHAN-BAHAN:
- 350gm mentega
- 375gm tepung kentang/potato starch
- 200gm tepung gandum
- 100gm gula aising – diayak
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung kentang dan tepung gandum. Ayak dan ketepikan.
- Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan garam. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap.
- Bahagikan doh kepada 7 bahagian dan masukkan warna yang disukai.
- Ambil sedikit adunan kemudian bulat-bulatkan.Susun atas dulang pembakar.
- Guna garpu dan tekan atas bebola doh tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 20 minit.
- Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Azura Felula
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Kek Homemade Gebu, Sedap & Guna Marjerin.
Sesekali terasa nak makan kek, pastinya anda akan tercari-cari resipi yang paling mudah dan sedap untuk dicuba. Namun kebanyakan resipi kek menggunakan mentega. Kalau dekat rumah anda hanya anda marjerin, anda masih lagi boleh buat kek yang sedap tau. Tak perlu pun beli mentega. Jom cuba! Puan-puan pasti suka akan rasanya.
1. KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 370gm marjerin
- 380gm gula halus
- 500gm tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 8 biji telur
- Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
- 2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.
- Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.
- Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
- Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.
Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 280gm cawan marjerin
- 285gm cawan gula halus
- 5 biji telur
- 185gm cawan tepung gandum
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya
- 130gm susu pekat
- 1/2 sudu teh pewarna kuning
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.
- Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.
- Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.
- Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
- Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega.
3. KEK MARBLE KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 150gm gula halus
- 185gm tepung gandum
- 4 biji telur
- 3/4 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu makan ovalette | jika suka
- 1/4 sudu teh garam
- 7 sudu makan susu sejat
- 1 sudu teh esen vanilla
- 60gm marjerin cair
- 3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.
- Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
- Masukkan marjerin cair. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
- Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.
- Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
4. KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung gandum | diayak
- 190gm gula pasir
- 90gm marjerin/mentega | dicairkan
- 180ml air suam
- 1/2 bungkus yis segera
- 5 biji telur
- 3 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
- Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
- Pukul gula, telur, telur kuning dan marjerin cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
5. KEK SPAN
BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung gandum
- 130gm susu pekat
- 90gm marjerin
- 5 biji telur
- 190gm gula pasir
- 250ml air
- 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
6. KEK PERMAISURI
BAHAN-BAHAN:
- 230gm marjerin
- 190gm gula halus
- 1/4 sudu teh garam halus
- 4 biji telur
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 2 sudu makan susu tepung
- 1 sudu teh esen ros
- Sedikit kismis | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.
- Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
- Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Resipi Kek Batik Berkacang, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Kek Batik memang menjadi antara manisan kegemaran ramai kerana mudah dibuat dan sedap dimakan. Kali ini, kita tambahkan kacang yang rangup di atasnya. Memang puas makan, kombinasi yang sangat sempurna. Nak lebih enak, gunakan Anchor Unsalted Butter. Mentega dengan warna kuning keemasan ini diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Cubalah sendiri. Confirm licin pinggan!
KEK BATIK BERKACANG
Bahan-bahan:
- 250gram Anchor Unsalted Butter
- 200gram serbuk koko malta
- 280gram susu pekat manis
- 280gram biskut marie/rapuh – patah-patahkan
- 180gram coklat susu – cairkan
- 150gram kekacang panggang (badam/walnut/kacang tanah/pistachio) – cincang kasar
Cara Memasak:
- Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter.
- Masukkan susu pekat manis, serbuk koko malta dan kacau sebati. Tutup api.
- Masukkan biskut marie dan kekacang panggang. Kaup-balikkan sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas parchment. Ratakan dan mampatkan.
- Tuang coklat cair dan ratakan.
- Tabur lebihan kekacang diatasnya.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam kemudian potong.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Viral Biskut Coklat Rice Guna 1 Adunan Jer Boleh Dapat 150 Biji Biskut. Jimat!
Viral biskut coklat rice yang sangat sedap dan boleh berjimat jika buat sendiri resipi ini, hanya dengan satu adunan boleh dapat 150 biji biskut berbeza jika beli siap belum tentu dapat banyak seperti itu. Sedap ke? Cuba dulu baru tahu! Selamat mencuba.
RESIPI BISKUT COKLAT RICE
BAHAN-BAHAN:
- 250g marjerin pelangi (nak guna butter pun boleh)
- 3/4 cawan gula halus
- 1 biji telur kuning
- ½ cawan serbuk koko
- 1 cawan tepung jagung
- 2 ½ cawan tepung gandum
BAHAN HIASAN:
- putih telur
- coklat rice
CARA MEMASAK:
- Pukul marjerin + gula halus (pukul sebati, guna senduk kayu je)
- Masukkan telur kuning (pukul sekejap)
- Masukkan pula, serbuk koko (gaul bg sebati)
- Masukkan tepung jagung (gaul sebati)
- Akhir sekali, masukkan tepung gandum 2 cawan dulu, Klu adunan lembik, baru masukkan balance td..
(pastikan adunan xtrlalu lembik n xtrlalu keras ye) - Terapkan adunan, mengikut citarasa anda..
- Sapukan putih telur, n taburkan coklat rice sbg hiasan..
- Bakar pd suhu 170c selama 30min, api atas bwh .. (ikut oven masing2)
Kongsi resipi: Siti Norizan (MAHN)