Kek Pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklatmemang sangat serasi. Kena cuba ni.
CARA MASAK KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bikarbonat*
Secubit garam*
Sedikit esen vanila
2 biji telur grade A
1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
IKLAN
1. Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
2. Ayak bahan-bahan bertanda (*) dan satukan dalam satu mangkuk.
3. Pukul telur sampai berbuih.
4. Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata. Masukkan esen vanila.
5. Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
IKLAN
6. Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (empunya resipi guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
7. Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
8. Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
IKLAN
9. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Nak biskut tambah rangup, tambah aje kekacang dan bijian. Biskut moden memang sentiasa dicipta dan dikemas kini setiap tahun. Hiasan kekacang dan biji-bijian bukan sahaja menambah tarikan tetapi juga rasa lemak yang sungguh sedap.
Jom kita semak 5 lagi resipi biskut raya yang dikongsikan oleh Zaiton Ismail dari Dyra Bakery & Academy ini. Tak payah tunggu raya buat kudapan masa tengok rancangan tv pun syok juga nih…
1.CHERRY SUN FLOWER SEEDS
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
100 gm gula aising
350 gm gm tepung gandum | diayak
50 gm tepung kentang | diayak
50 gm tepung jagung | diayak
30 gm ceri hijau dan merah | dipotong kecil
30 gm biji bunga matahari | telah dipanggang
Bahan hiasan :
Ceri hijau dan merah
Biji bunga matahari secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Kemudian masukkan telur, pukul rata. 3. Kemudian masukkan semua jenis tepung diikuti ceri hijau ,ceri merah dan biji bunga matahari serta gaul rata. 4. Adun hingga menjadi doh 5. Kemudian gelekkan doh dan terap ikut bentuk acuan yang disukai 6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Waktu memasak : 18 minit Keistimewaan : Buah ceri yang manis dan biji bunga matahari yang rangup
INFO : Panggang dahulu biji bunga matahari untuk biskut yang lebih rangup dan berlemak. Susun dengan jarak yang jauh sedikit kerana doh akan mengembang dan merebak.
2. APRICOT SHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
50 gm gula aising
400 gm tepung gandum | diayak
100gm apricot kering | dipotong kecil
100 gm serbuk badam
Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan :
Aprikot, ceri dan badam cincang secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan pewarna kuning. 2 .Masukkan tepung gandum, diikuti dengan badam dan aprikot kering. 3. Adunkan supaya menjadi doh. 4. Bentukkan dengan acuan berbentuk kapal, jangan terlalu nipis. 5. Hiaskan aprikot , ceri dan badam cincang di atasnya. 6. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.
Waktu memasak : 15 minit Keistimewaan : Hiasan aprikot, ceri dan badam dalam biskut kapal, menaikkalan lagi rasa ramuannya
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah-buahan beri lain menggantikan ceri
3.PEANUT BUTTER TART ALMOND
BAHAN – BAHAN:
250 gm mentega
60 gm gula aising
350gm tepung gandum | diayak
50 gm tepung jagung | diayak
100 gm mentega kacang
50 gm badam hiris
50 gm ceri merah dan hijau
Bahan Hiasan :
Coklat cair warna merah mudah, dipaipkan.
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan uli hingga menjadi doh. 3. Kemudian gunakan acuan kulit tart dan bentuk tart seperti dalam gambar. 4. Kemudian masukkan mentega kacang, ceri dan badam hiris ke dalam tart. 5. Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 18 -20 minit atau sehingga perang keemasan. 6. Setelah sejuk hiaskan atau paipkan coklat cair warna merah muda.
Waktu memasak :18-20 minit Keistimewaan : Inti mentega kacang,badam hiris memberikan rasa berlemak
INFO : Ceri merah dan hijau yang manis menyedapkan lagi biskut ini
4.SUGEE ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm minyak sapi
120 gm gula aising
400 gm tepung gandum
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh pewarna hijau
Bahan hiasan :
50 gm hirisan badam
100 biji labu hijau
CARA MEMASAK : 1. Pukul minyak sapi dan gula aising hingga kembang. 2. Kemudian masukkan perisa pandan dan pewarna hijau. 3. Terap mengikut acuan dan hiaskan hirisan badam dan biji labu di atasnya. 4. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Waktu memasak : 20 minit Keistimewaan : Biskut suji yang lembut dan gebu dengan perisa pandan Anggaran kos : RM 45
INFO : Biskut suji kaya dengan rasa minyak sapi yang lazat. Anda boleh juga menambahkan sedikit susu tepung untuk rasa lebih berkrim
5. GREEN MINT COOKIES WITH PUMPKIN SEEDS
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
110 gm gula aising
1 biji telur
300 gm tepung gandum | diayak
10 ml perisa pudina
10 ml pewarna hijau
10 gm serbuk penaik | diayak
20 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
Coklat cair secukupnya untuk dipaipkan atas biskut.
120 biji labu secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula aising dan kemudian masukkan telur 2. Pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. 3. Masukkan perisa pudina dan hirisan badam. 4. Uli doh dan sudukan ke atas dulang, hiaskan dengan biji labu. 5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit. 6. Sejukkan dan hiaskan dan paipkan coklat yang dicairkan di atasnya.
Waktu memasak :18 – 20 minit Keistimewaan : Kelazatan rasa pudina dan badam
INFO : Panggang dahulu biji labu , jika anda mahu memasukkan sedikit dalam adunan (10 gm) untuk rasa lebih rangup.
Terima kasih :
Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam. fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail
Kek Gula Hangus atau juga dikenali sebagai Kek Sarang Semut adalah antara kek lama yang sentiasa diburu oleh penggemarnya. Memang tak lekang dek zaman. Dari budak kecil hinggalah ke orang dewasa, memang sukakan kek ni. Bagi anda yang berminat nak buat, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil ni. Comfirm jadi! Geram tengok sarangnya!
KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan gula halus | dicairkan
2 cawan air panas | dimasukkan ke dalam gula yang telah cair untuk dijadikan gula hangus
7 biji telur
250gm mentega | dicairkan
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung kek
2 sudu makan soda bikarbonat
2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul telur secara lembut sahaja dan tak perlu sampai berbuih.
Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, mentega cair dan tepung kek. Gaul hingga adunan sebati.
Kemudian masukkan gula hangus. Sebatikan.
Tapis adunan dan perap selama 1-4 jam. Boleh juga perap semalaman.
Lapik loyang dengan parchment paper.
Panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 160C kemudian baru dimasukkan loyang kek. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Semasa membakar, guna api bahagian bawah terlebih dahulu selama 30 minit dan api bahagian atas untuk 15 minit terakhir.