Kek Batik memang menjadi antara manisan kegemaran ramai kerana mudah dibuat dan sedap dimakan. Kali ini, kita tambahkan kacang yang rangup di atasnya. Memang puas makan, kombinasi yang sangat sempurna. Nak lebih enak, gunakan Anchor Unsalted Butter. Mentega dengan warna kuning keemasan ini diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar.  Cubalah sendiri. Confirm licin pinggan!Resipi Kek Batik Berkacang, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

KEK BATIK BERKACANG

Resipi Kek Batik Berkacang, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Bahan-bahan:

  • 250gram Anchor Unsalted Butter
  • 200gram serbuk koko malta
  • 280gram susu pekat manis
  • 280gram biskut marie/rapuh – patah-patahkan
  • 180gram coklat susu – cairkan
  • 150gram kekacang panggang (badam/walnut/kacang tanah/pistachio) – cincang kasar

Cara Memasak:

  1. Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter.
  2. Masukkan susu pekat manis, serbuk koko malta dan kacau sebati. Tutup api.
  3. Masukkan biskut marie dan kekacang panggang. Kaup-balikkan sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas parchment. Ratakan dan mampatkan.
  5. Tuang coklat cair dan ratakan.
  6. Tabur lebihan kekacang diatasnya.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam kemudian potong.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

IKLAN

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

IKLAN

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI