Lebihan nasi sejuk ni banyak gunanya. Selain dijadikan nasi goreng, banyak lagi emnu yang anda boleh sediakan. Salah satunya ialah tosei. Wowwww… Jom cuba! Sesuai sangat dinikmati sewaktu sarapan.
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 cawan air
- 1 cawan tepung beras
- 1 biji telur
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar hingga halus
3. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk dan masak menggunakan kuali tak melekat ( non stick pan).
4. Setelah adunan masak, angkat dan nikmati bersama kari atau apa juga kuah kegemaran anda.
Info: Adunan tidak perlu diperam terlebih dahulu kerana ia tidak menggunakan yis sebaliknya menggunakan baking powder.
Kredit resipi & gambar: Norharyani Mujor Nonie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Aneka Hidangan Berbuka Berasaskan Ubi Keledek
Pelbagai hidangan menarik boleh dihasilkan dengan menggunakan keledek. Sesiapa yang mempunyai keledek di rumah tapi tidak ada idea untuk buat hidangan, boleh lah cuba resipi-resipi ni untuk dihidang masa berbuka.
1. BEBOLA UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan ubi keledek-rebus & mashed
- 1 biji telur
- 1/2 sudu baking powder
- tepung secukupnya
- minyak untuk menggoreng
- sedikit garam
- 3 tsb gula
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
- Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
- Sedap dimakan panas.
Kredit resipi & foto: Qasey Honey
2. KUIH GERODAK UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN
- 600 gm keledek (resipi ni guna keledek isi oren & lebihkan sikit kuantitinya sebab nak kurangkan manis)
- 7 biji telur (gred A)
- 5 keping nisse saiz kecil (gula kerek) (resipi ni guna 4 keping je sebab taknak manis sangat)
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan ~ disimpul
- 10 kuntum bunga cengkih
- 1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN
- Keledek dikupas kulitnya & cuci bersih. Potong/mayang memanjang.
- Masak gula nisse/gula kerek bersama-sama dengan air, daun pandan & cengkih sehingga larut & pekat. Keluarkan daun pandan dan mengkuang yang balut nisse. Tapis air gula tadi.
- Pecahkan telur, kacau-kacau sedikit. Tuangkan air gula nisse ke dalam telur, masukkan garam & kacau rata.
- Masukkan bancuhan telur dalam periuk yang sesuai (kalau ada periuk yang tebal lebih baik kerana tidak cepat hangus). Campurkan hirisan keledek tadi & ratakan sedikit. Masak dengan api paling perlahan dengan periuk tertutup. (Jika guna pemanggang ajaib jadi ia nampak nipis & cepat empuk) Bila keledek empuk & bancuhan telur membeku bolehlah dipadamkan api. Sesuai dihidangkan ketika masih panas atau sejuk dimasukkan dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: MaDiHaA aka Ratna
3. BERGEDIL KELEDEK
BAHAN-BAHAN
- 6-7 ketul keledek (kentang pon boleh)
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit isi ayam/daging
- Hirisan daun sup/bawang
- Sedikit bawang goreng
- Kobis-hiris
- Cili merah-potong bulat
- Secubit garam
- Lobak merah-potong dadu
- 2 biji telur-pecahkan
CARA PENYEDIAAN
- Rebus keledek hingga empuk. Kemudian toskan.
- Kemudian lenyek/tumbuk hingga lumat.
- Campurkan dengan tepung gandum dan semua bahan-bahan di atas.
- Gaul sebati adunan itu.
- Bila dah sebati, bulat-bulatkan sebesar bola pingpong . Leperkan sedikit.
- Bila dah siap, golekkan dalam telur yang dipecahkan tadi.
- Sedia untuk digoreng. Goreng hingga garing/masak.
- Siap!
INFO: Lebihkan ayam, daging tu atau udang untuk lebih sedap
Kredit resipi & foto: Ryna Hakimi
4. KUIH TALAM UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN (LAPISAN BAWAH)
- 300 gm keledek merah – rebus dan lecek
- 75 gm tepung beras
- 75 gm tepung ubi
- 150 gm santan kotak
- 150 gm air
- 250 gm gula pasir – (guna 200 gm)
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil esen vanila (jika suka)
- Sedikit pewarna kuning
BAHAN-BAHAN (LAPISAN ATAS)
- 100 gm tepung ubi
- 200 gm santan pekat
- 200 gm air
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN (LAPISAN BAWAH)
- Kisar semua bahan dan masukkan dalam periuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat.
- Sapu minyak pada loyang. Tuangkan ke dalam loyang. Boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 minit.
CARA PENYEDIAAN (LAPISAN ATAS)
- Kisar semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi.
- Kukus semula selama 10 minit.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan dan dipotong.
Kredit resipi & foto: Azie Kitchen
5. PAI CRUMBLE KELEDEK
BAHAN-BAHAN (PASTRI PAI)
- 200 gm tepung gandum
- Secubit garam halus
- 100 gm mentega/margerin
- 2-3 sudu besar air ais
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
- Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama garam ke dalam mangkuk.
- Masukkan mentega. Gaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan telur. Tambahkan air ais sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh lembut.
- Isikan ke dalam plastik atau balut dengan ‘cling wrap’. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
Sementara tu sediakan lapisan kastard dan inti pai.
BAHAN-BAHAN (KASTARD)
- 1/2 tin susu cair
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
- Satukan semua bahan di dalam periuk. Gaul dengan whisk hingga sebati.
- Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api perlahan. Masak kastard sambil dikacau sehingga kastard pekat. Ketepikan.
CARA MEMASAK PASTRI
- Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canai pastri pada ketebalan bersesuaian dan letakkan di dalam tin pai bersaiz 7 inci. Biar berlebihan di tepi acuan kerana pastri akan sedikit mengecut apabila masak.
- Panaskan oven pada suhu 180 C. Masukkan tin pastri di tengah oven dan bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
BAHAN-BAHAN INTI PAI
- 150 gm keledek putih/merah- dipotong kiub dan direbus empuk
- 50 gm gula perang
- 1 biji telur
- 20 gm mentega
- 60 ml susu segar
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/4 sudu teh garam
BAHAN CRUMBLE
- 50 gm gula perang
- 20 gm tepung kek/ tepung berserbuk penaik
- 15 gm mentega
- 3 sudu besar kacang tanah yang telah disangrai dan dikisar
- 1/2 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Lecek keledek hingga halus. Campurkan dengan gula, mentega, esen, telur dan garam. Gaul sebati.
- Keluarkan pastri yang telah dibakar tadi dan ratakan kastard di atasnya.
- Ratakan pula campuran keledek di atas lapisan kastard. Akhir sekali satukan semua bahan crumble dan gaul sebati. Taburkan di atas lapisan keledek.
- Masukkan pai ke dalam bahagian tengah oven dan bakar pada suhu 160 C selama 30-40 minit lagi. Sejukkan sebelum dihidang.
Kredit resipi & foto: Raihan Shaari
Selamat mencuba!
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!
Resipi Roti Jagung Air Fryer, Sangat Sedap & Mengenyangkan
Suka makan roti? Boleh cuba buat Roti Jagung resipi perkongsian saudari Linda Safar ni. Nmpak sangat sedap, unik dan lain dari yang lain. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah dan biasanya ada di rumah. Lebih istimewa resipi ini hanya memerlukan anda membakarnya dalam Air Fryer sahaja. Memang cukup mudah. Tetapi jika tiada AF, boleh sahaja masak menggunakan ketuhar apa apa sahaja peralatan yang anda ada di rumah. Jom cuba! Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Pastinya sedap dan mengenyangkan.
CARA MEMBUAT ROTI JAGUNG AIR FRYER (1 HIDANGAN)
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping roti
- 1 keping keju cheddar – beli online disini
- Jagung kukus
- Mayones – beli online disini
- Keju parut
- Chicken ham
- Serunding ayam
CARA MEMASAK:
- Kukus jagung manis bersama mayones sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Sapu mayones pada permukaan roti kemudian taburkan serunding ayam dengan secukupnya.
- Kemudian letak kepingan keju dan juga kepingan chicken ham diatasnya.
- Lapis dengan sekeping lagi roti kemudian taburkan keju parut diatasnya.
- Sudukan jagung mayones yang telah siap dikukus tadi diatas roti.
- Bakar dalam air fryer pada suhu 170c selama 10 minit.
- Angkat dan Roti Jagung istimewa ini telah sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Linda Safar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!
Resipi Baby Pancake Viral. Mudah Je, Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Ikan Bilis Asam Jawa Cili Dan Bawang, Lauk Simple & Ketagih Nak Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kaya Homemade Ala Ala Di Kopitam
Minum petang hari ni teringin roti bakar ala-ala di kopitiam. Nak dapatkan kaya yang sedap elok dibuat sendiri. Pekat manis ikut citarasa yang diingini.Bila disapu dengan roti bakar yang rangup dan olesan kaya memang sempurna rasa. Minum pula dengan air kopi , boleh berebut dibuatnya. Mudah saja buat kaya, boleh cuba resipi ini
Kaya Homemade
Bahan A untuk gula hangus
1/2 cawan gula
½ cawan air
Hanguskan gula dan masukkan air
Bahan B
3 biji telur
1 cawan gula-BELI ONLINE DI SINI
Pukul sebati dan kembang
Bahan C
1 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
Campurkan dan kacau sebati
Cara membuat:
1.Buat bahan A dulu kemudian perlahan-lahan masukkan bahan B dan kacau lagi hingga menggelegak .
2.Kacau tanpa henti kemudian masukkan bahan C. Kacau tanpa henti hingga pekat.
Sumber : Eanhana bakers
Lemak Manis Kuih Jongkong Lejen Ni, Nikmat Dimakan Ketika Sejuk
Buat Inti Homemade Untuk Cucur Badak, Pulut Panggang, Pulut Inti Dengan Ramuan Ini