Minum petang hari ni teringin roti bakar ala-ala di kopitiam. Nak dapatkan kaya yang sedap elok dibuat sendiri. Pekat manis ikut citarasa yang diingini.Bila disapu dengan roti bakar yang rangup dan olesan kaya memang sempurna rasa. Minum pula dengan air kopi , boleh berebut dibuatnya. Mudah saja buat kaya, boleh cuba resipi ini
Kaya Homemade Bahan A untuk gula hangus 1/2 cawan gula ½ cawan air Hanguskan gula dan masukkan air
Bahan B 3 biji telur 1 cawan gula-BELI ONLINE DI SINI Pukul sebati dan kembang
Bahan C 1 cawan santan 2 sudu besar tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI Campurkan dan kacau sebati
Cara membuat: 1.Buat bahan A dulu kemudian perlahan-lahan masukkan bahan B dan kacau lagi hingga menggelegak . 2.Kacau tanpa henti kemudian masukkan bahan C. Kacau tanpa henti hingga pekat.
Orang lelaki ni bila masuk dapur dan masak, haa memang terangkat la bila makan. Sedap tak terkata! Lagipun sekarang ini, sudah ramai lelaki yang mula masuk dapur menolong isteri kan.
Kali ini, jom kita resipi Ayam Masak Kurma resipi daripada Umi Watie. Katanya, kalau abah yang masak, sampai ke kuah habis licin. Rupanya ada bahan rahsia yang abah bubuh. Jom kita buat.
1.Kisar bahan yang bertanda *. Tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan di dalam kuali sampai wangi dan garing. Bubuh rempah kurma. Kacau-kacaukan supaya tak hangus.
2. Bila bahan tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan bahan rahsia iaitu daun bawang, daun ketumbar dan badam. Kacau lagi.
3. Bila semua bahan elok pecah minyak, masukkan ayam. Kacau-kacau. Bila air ayam dah sedikit kering, bolehlah masukkan air.
4. Sementara menunggu untuk kuah mendidih, Gaulkan semua bahan.
5. Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau rata. Bila kentang, lobak merah dan ayam dah elok masak dan empuk, bolehlah masukkan santan pekat. Biarkan kuah mereneh.
6. Masukkan cili hijau, tomato dan bawang besar. Kacau-kacaukan lagi. Jangan biar dia hangus. Perasakan dengan garam dan gula. Ikut selera masing-masing ya.
7. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Dah siap!
Roti Naan ni kalau dihidangkan dengan kuah kari memang padu. Bukan hanya sedap malah buatnya pun mudah. Kalau rasa tak lalu nak makan nasi buat roti nanti pasti berselera nanti.
ROTI NAAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
2.Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
3.Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.
Mesti ramai sukakan kuih Bakar Daging atau dikenali juga sebagai Kuih Bakar Berlauk. Kali ini RASA sharekan resipinya dengan cara membuat yang sangat mudah, sukat guna cawan je. Bahan-bahan pun hampir setiap dapur rumah kita ada menyimpannya. Apa lagi petang ni korang boleh cuba, taka da acuan, boleh guna loyang je.
KUIH BAKAR DAGING BAHAN: BAHAN INTI: 250 gm daging | dicincang halus 1 1/2 sudu makan rempah daging | jenama ikut pilihan 1 labu bawang besar | dicincang Sedikit daun sup/ketumbar | boleh lebih jika suka Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN ADUNAN TEPUNG: 3 cawan tepung gandum 3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak 3 cawan air 5 biji telur Sedikit garam Sedikit pewarna kuning Daun bawang Minyak sapi/marjerin
CARA MEMBUAT:
Kredit: Resipi Dapur Kak Chah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!