Menarik juga kentang bakar berkeju atau cheese baked potatoes ni, memang padu rasa cheese dan daging. Paling penting senang nak buat dan sangat sedap!
Sesuai untuk dibuat sebagai makan malam jika tidak mahukan menu berat. Bahan-bahan yang digunakan pun senang didapati.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi Rozmaliza Omar ini.
CHEESE BAKED POTATOES
BAHAN-BAHAN:
6 biji kentang saiz besar – beli online di sini 4 sudu besar UHT whipped cream/ fresh milk 250 gm daging cincang 1 biji labu bawang besar holland | didadu – beli online di sini 3 ulas bawang putih – beli online di sini 3 sudu besar mentega – beli online di sini 1 sudu teh oregano 1 kiub ayam – beli online di sini Cheddar cheese Olive oil untuk menumis Daun parsley | dihiris kasar Sedikit serbuk lada hitam Garam secukup rasa
1. Panaskan mentega dan olive oil. Tumis bawang putih hingga layu. 2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga airnya kering. 3. Masukkan bawang besar dadu. 4. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan.
1. Cuci bersih kentang dan potong dua. 2. Bakar atau kukus hingga lembut dan boleh dicucuk. Sejukkan sebentar. 3. Korek isi kentang dan lecek isi yang dikorek tadi. Gaulkan bersama dengan inti hingga rata.
4. Masukkan daun parsley cincang, oregano dan uht whipped cream/fresh milk. Gaul rata. 5. Masukkan inti ke dalam kentang yang dikorek tadi, letakkan cheddar cheese atasnya. Bakar selama 15 minit api atas bawah hingga cheese cair.
Makanan bergoreng selalu menjadi pilihan untuk hidangan ringan pagi atau petang. Banyak gerai yang menjual pelbagai makanan bergoreng, memberikan kita banyak pilihan. Tetapi sering kali makanan yang dibeli tak kena dengan selera, indah rupa dari rasa. Jom cuba tip yang Kak Cik kongsikan, resipi sebenar bagaimana nak hasilkan masakan tepung goreng yang rangup, rapuh dan berkerak!
Kak cik nak bercerita pasal celup tepung malam ni. Nak bagi tips ye.
Part paling penting ialah bahan2 kene betul tau.. 1st thing,tepung kene yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap..ni taste bukan goreng ala2 KL yg takde habuk(serdak) tu ye.
Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis & fungsinya, banyak jenama, mana satu nak pilih? Ke pakai hentam je?
Ehhh..jangan, nanti tak menjadi jangan salahkan si pemberi resepi pulak, walhal bahan yang tak kena.
Ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, keledek, seafood celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai untuk rapuh,rangup,berabuk banyak.. Tetapi kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus & lemau bila sejuk…- Achik Ita Jsd Kelantan
BAHAN-BAHAN:
500g tepung beras(kurang pun xpe)
1 biji telur
1 sudu teh garam
2-3 sudu makan gula
1 sudu teh serbuk kunyit
Secubit kapur makan
CARA MEMASAK:
Bancuh semua dengan air biasa je agak2warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi selepas percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair..INGAT!Ais mencair bukan beku dalam tu..tak payah guna ais pun memang rangup sangat2 dan berhabuk banyak tau..
Jadi bila semua bahan2 dah betul bancuh , lihat pulak cara2 membuat adunan.
Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
Minyak wajib banyak, jangan kedekut (deep fried)
Wajib api besar (slow2 kene tinggal)
Jangan selam atau rendam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat.
Jgn simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna, wajib bancuh lain sikit kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu.
Ramai yang suka akan masakan masak lemak cili api versi Negeri Sembilan. Namun tak kurang juga ramai yang merasakan masak lemak ini susah untuk dimasak.
Betul ke? Menerusi perkongsian daripada Khabbab Jamalludin, masakan masak lemak cili api antara yang paling mudah. Tak perlu banyak bahan. Tak perlu minyak atau tumisan. Tak perlu tunggu pecah minyak.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak. Masak lemak cili api mengambil konsep bak kata orang kampung saya; “less is more”.
Tetapi anda boleh mengambil kira petua/tips/elemen yang perlu ada dalam masak lemak cili api Negeri Sembilan.
1) Pedas : Cili api, sebaiknya cili api kampung. Cili api import boleh tapi kurang wangi. Oh ya, cili api kena banyak.
2) Masin : Garam. Lautan boleh, bukit boleh. Ikan masin pun boleh
3) Masam : Ikut suka mana yang ada. Asam keping boleh, bacang boleh, kulit rambai boleh, daun asam gelugur boleh, kundang boleh. Macam saya sebab belimbing buluh tepi rumah tengah berbuah, itu yang saya guna.
4) Manis : Orang Negeri Sembilan kurang suka manis sebab memang kebanyakan dah sedia manis dipandang.
Setahu saya elemen manis yang dibenarkan hanyalah serai (masakan daging atau ayam. Ikan biasanya tak guna serai tapi boleh tambah hirisan daun kunyit) dan santan (terutama santan segar). Gula adalah dilarang sama sekali.
5) Lemak : Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah). Hal ini berubah jika santan pecah minyak.
Sebab itu pentingnya santan tak pecah minyak, selain rasa lemak berkrim ia lebih sihat. Santan kena pekat. Di samping kerana kekuatan lemak cili api pada rasa lemaknya, seperti yang saya sebut di atas, ia memberikan rasa sedikit manis yang tak membunuh rasa elemen-elemen lain.
Saya punya formula, 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan). Tambah air kosong/masak sama banyak dengan santan. Santan kotak boleh tak? Boleh juga. Biasa santan kotak pekat lagi, jadi kena campurkan dengan air siap siap sebelum masuk (kacau elok-elok atau blend je terus)
6) Pahit : Ini elemen tambahan yang dapat menaikkan lagi kesedapan sak lomak cili api. Boleh ada boleh tidak, bergantung ada tidaknya bahan atau kesukaan. Peria boleh, daun maman boleh. Hari ini saya guna daun pegaga.
7) Kunyit Ini wajib. Serbuk ke, buku ke, pada saya sama saja rasa lebih kurang (kunyit hidup ada bau wangit sikit) cuma serbuk lagi senang simpan. Ikutlah.
Orang Negeri Sembilan ni prinsip dia mana yang mudah. Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap-sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau.
Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup, nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula-mula tutup api nampak macam cair sikit. Tunggu kejap lagi. Cenggini terus angkat ibu jari!
Rencah bila nak masuk? Bergantung pada rencah apa. Rencah yang ambil masa lama nak masak, sebaiknya direbus dengan serai, kunyit dan garam dahulu. Bila dah lembut, baru masukkan santan.
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan. Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa di atas sahaja dah cukup.
Masak lemak ni tak boleh takut-takut. Takut tak jadi lah apa lah. Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa. Rasa masih sedap insya-Allah. Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga. Selamat mencuba!
AYAM SALAI MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ayam | dipotong Kentang – seberapa yang nak dimasukkan Segenggam cili padi – ikut tahap kepedasan masing-masing – beli online di sini 2 inci kunyit hidup | ditumbuk halus atau dikisar – beli online di sini 5 batang serai | diketuk – beli online di sini 1kg santan pekat – sebaiknya guna santan segar 2-3 asam keping – beli online di sini Garam Belimbing buluh Kundang muda Daun kunyit | dihiris halus
CARA-CARA:
1. Lumur ayam dengan garam (banyak macam nak goreng), 1 sudu besar asam jawa dan serbuk kunyit. Gaul-gaulkan. Kemudian, akhir sekali lumur dengan minyak masak. 2. Selain tak nak bagi lekat, proses lumur ini nak bagi ayam salai sekata. Salai ayam sehingga masak. 3. Masukkan ayam yang sudah disalai tadi dan kentang dalam periuk. Tambahkan air sampai ngam-ngam ayam dan kentang ditenggelami air. 4. Masukkan cili api, kunyit hidup dan batang serai. Didihkan sampai air tadi tinggal separuh dari jumlah asal. Proses ini boleh buka api sebesar mungkin. 5. Kemudian, perlahankan api sederhana besar. Masukkan santan pekat. Biar santan menyatu dengan air rebusan tadi. 6. Sambil kacau perlahan-lahan. Kita tak nak pecah minyak. Jangan biar, jangan tutup periuk. 7. Bila dah menyatu, masukkan garam secukup rasa, asam keping. Untuk aroma yang lebih menarik, boleh tambahkan asam dari sumber lain. Kali ini, saya guna belimbing buluh dan kundang muda. 8. Boleh juga masukkan hirisan daun kunyit sekali. Kacau rata. Rasa masak lemak yang baik bila masin, masam, pedas seimbang. 9. Lepas masukkan asam dalam 2 minit, boleh tutup api dapur.
Memasak jadi lebih mudah jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh dicuba ialah dengan Pes Sambal Belacan ni. Dengan adanya pes ni, kerja memasak hidangan harian seperti Nasi Goreng Kampung, Kangkung Goreng Belacan, Kailan Goreng Belacan, Bihun Goreng dan banyak lagi, menjadi lebih mudah. Hanya satu jenis pes, macam-macam boleh disediakan. Tak perlu dah nak kupas bawang, kisar cili dan sebagainya. Kerja memasak pun jadi lebih cepat. Menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azima Dandelion.
RESIPI PES SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili padi
2 biji cili merah | nak letak semua cili padi pun boleh
Belacan sebesar ibu jari
2 sudu teh sos tiram
3 sudu makan minyak masak
Air
Sedikit gula | jika perlu
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan sos tiram serta gula ( jika perlu) dan masak hingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
Pedamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.
Nota:
Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan diatas.