Resipi ringkas sesuai untuk sarapan pagi, minum petang dan makana malam. Mi ban mian ni adalah mi tradisional yang cukup popular di kalangan orang Cina berbentuk ‘flat noodle’ ala rupa ramen. Biasanya mi ni ala homemade, yang halal pun ada dijual.Sedap dimasak sup atau pun digoreng.
Jom cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Mary Teo Lee Na ni. Senang aje buatnya, 15 minit dah siap.
CARA MEMASAK:
1. Bawang merah dihiris halus dan gorengkan sehingga jadi bawang goreng, angkat bawang goreng dan ketepikan.
2. Tumbuk lumat cili padi dengan bawang putih.
3. Rebuskan air yang mencukupi untuk merebus mi ban mian ini. Bila mendidih masukkan mi dan kacau. Biarkan masak dalam 2 minit dan toskan. Bilaskan dengan air bersih untuk membuang bau mee dan ketepikan.
4. Panaskan minyak yang mencukupi untuk tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan udang/ayam.
5, Masukkan sedikit serbuk pati ayam, kicap cair, sos tiram, gula dan secubit lada hitam kasar. Gaul rata dan matikan api.
6. Masukkan mi dan bawang goreng tadi kedalam kuali dan gaul rata. Sudah boleh hidangkan.
.
INFO:
Kepedasan mi bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau tidak mahu pedas boleh kurangkan cili.
Boleh tambah bahan yang anda suka seperti bebola ikan, fishcake, telur dan sebagainya.
IKLAN
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na
ANDA INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERKINI, BELI ONLINE DI SINI
Sekarang ni macam-macam bahan boleh dijadikan kerabu. Asalkan kreatif mengolah resipi, kerabu yang sedap pastinya terhidang di atas meja makan. Kali ini, pengguna facebook atas nama Anys Idayu Zakaria berkongsi resipi membuat kerabu kacang botor yang digabungan dengan kerang. Nak tengok macam mana rupa? Jom tengok resipi ini.
KERABU KACANG BOTOR DAN KERANG
.
BAHAN-BAHAN
• 5 biji kacang botor 5 batang | potong halus
• 3 urat kacang panjang | potong halus
• 1 biji tomato | potong dadu
• 1 bekas kerang | bersih dan rebus
• Cili api secukupnya
• 2 ulas bawang merah | potong halus
• Garam secukupnya
• 1 biji limau nipis
• 2 sudu kerisik
CARA MEMBUAT
1. Campurkan kacang botor, kacang panjang dan tomato dalam mangkuk.
2. Letakkan kerang rebus. Gaul seketika.
3. Masukkan cili api, bawang dan garam. Gaul rata.
4. Masukkan kerisik dan perah limau nipis.
5. Gaul lagi sehingga sebati semua bahan
6. Siap boleh hidang. Senang sangatkan.
Kek gulung bukan hanya rasanya sedap malah cara menggulung kek yang cantik tanpa pecah menjadikan bentuknya tampil menarik. Suhu amat penting bila membuat kek gulung. Jangan gulung kek semasa ia panas atau bila sudah terlalu lama dibiarkan sejuk. Kek gulung boleh tahan lama jika di freezer, 1-2 bulan tetapi jika di fridge biasa dalam semingga sahaja boleh bertahan. Jom lihat cara-cara membuatnya .
BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
*Telur gred A akan menghasilkan kek lebih lembut
60 gm tepung gandum (1/2 cawan)
80 gm gula pasir (3/4 cawan)
*gula halus pon boleh asal bukan gula batu
p/s: Sukatan cawan sebaiknya guna cawan yang digunakan sukat untuk buat kek. Dan guna sukatan dari penimbang adalah lebih baik.
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1 :
Pukul telur bagi berbuih macam ni dengan whisk. Whisk guna tangan pun boleh.
LANGKAH 2 :
Isikan dalam mangkuk lain air panas, pastu buat teknik double boiler. Kacau selalu sehingga suam telur tadi. Dah suam, angkat/alihkan dari air panas tadi dan masukkan gula.
LANGKAH 3 :
Setelah itu masukkan gula, kacau dengan whisk electric. Pukul hingga gebu.
LANGKAH 4 :
Setelah adunan menjadi gebu, berhenti memukul. Untuk memastikan adunan telah gebu atau belum, uji dengan menggunakan pencungkil gigi. Kalau lidi tegak terpacak, maknanya adunan telah kembang sepenuhnya dan boleh berhenti memutar.
LANGKAH 5 :
Masuk tepung yang dah diayak. Gaul guna spatula.
LANGKAH 6 :
Gaul sampai sebati. Nampak macam licin macam nya haaa. Omputih panggil “ribbon stage” gittchuuu.
LANGKAH 7 :
Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu yang sama selama 10 minit sebelum dimasukkan kek. Letak loyang di rak tengah, menggunakan api atas bawah.
Dah siap masak, sejukkan. Balut dengan plastik wrap seperti dalam gambar. Tujuannya bagi kek tak kering. Tunggu hingga kek betul-betul sejuk.
LANGKAH 8 :
Untuk filling, terpulang mengikut citarasa. Boleh letak jem, nutella atau buttercream. Resipi ini menggunakan fresh cream Vivo. Caranya ialah putaer fresh cream hingga gebu. Setelah kek sejuk, bolehlah disapu.
LANGKAH 9 :
Sapu fresh cream hingga rata dan tidak terlalu tebal. Kerana jika terlalu tebal, kek susah untuk digulung. Tabur chocolate rice jika suka.
LANGKAH 10 :
Gulung dengan berhati-hati dan tidak tergopoh gapah. Balut kek dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dipotong. InsyaAllah jadi comey macam ni. Tak merekah. Tak pecah.
Hari ni teringin nak masak kek yang tidak jemu makan. Nak mudah kita tak bakar tapi kita kukus. Bila kek dikukus rasa lebih sedap dan lebih gebu.Sebelum dikukus sebaiknya dihentak dulu loyang atau acuan untuk buang angin atau gelembung pada adunan kek.Adunan kek seterusnya juga dihentak-hentak sebelum tuang untuk lapisan seterusnya. Jom kita buat Kek Kukus 3 Layer ikut resipi yang dikongsi oleh Zura Zul.
Kek Kukus 3 Lapis Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI (ayak bersama) 1 cawan gula halus 4 biji telur 1 sudu besar ovellete-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan minyak masak 2 sudu besar serbuk koko 1 sachet Nogula Caffe @sweetlab_dapor (boleh tukar 3 in 1 macam nescafe tu) Sedikit pewarna chocolate brown
Cara membuat: 1.Adun telur,ovellete, gula dan esen vanilla sampai kembang dan putih. 2.Masuk minyak masak dan adun sebati. 3.Kemudian susu cair dan adun hingga gebu. 4.Masukkan tepung sikit-sikit sambil adun perlahan/kaup balikkan dengan spatula hingga rata/sebati. 5.Bahagikan tiga bekas. 1 bekas dengan Nogula Caffe @sweetlab_dapor.. 1 bekas dengan serbuk koko,1 bekas yang plain. 6.Loyang atau acuan disapu minyak dan lapik baking paper. 7.Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Lapis 1(koko) 10 minit api sederhana. Penutup pengukus bungkus dengan kain yang sesuai. 8.Tuang layer kedua (caffe) kukus 10 minit, layer ketiga (plain) kukus 20 – 25 minit.
9.Sejukkan dulu, baru keluarkan kek tadi. Guna pisau plastic,cungkil dari tepi keliling loyang atau acuan. 10.Potong ikut cita rasa, sedia untuk dihidang. Kredit: Zura Zul