Banyak resipi yang boleh diolah dari kacang hijau, antaranya Kuih Lepat Kacang Hijau yang dikongsikan oleh saudara Muhamad Fadzul Ilahi Azhar ini. Jarang sekali kita mendengar atau rasa namun bila tengok pada rupanya, kelihatan sangat sedap dan menyelerakan. Menurut beliau menu ini adalah dari air tangan ibunya. Wow…Patutlah sangat menyelerakan. Jom cuba buat puan-puan.
CARA MASAK KUIH LEPAT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung beras – beli online disini
50gm tepung jagung – beli online disini
1 cawan gula merah – beli online disini
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan) – beli online disini
1 1/2 cawan santan kotak – beli online disini
1 cawan kacang hijau (direbus dulu) – beli online disini
1/2 sudu kecil garam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, tepung jagung, santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Tapiskan ke dalam periuk dan buka api perlahan. Masukkan gula, gula merah dan garam.
3. Kacau sampai pekat likat dan jangan berhenti kacau. Kalau berhenti, adunan akan berketul. Bila adunan sudah sedikit pekat, masukkan kacang hijau.
4. Biarkan adunan sejuk sikit baru masukkan ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.
5. Kukus Kuih Lepat Kacang Hijau hingga masak kemudian sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Masak Vanggey. Sangat Sedap & Nak Masak Pun Mudah
Cara Perap Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Dekat Kedai Tomyam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=2X3xRDein78&t=5s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Masakan Ayam Gaya Thai Yang Popular & Wajib Cuba.
Masakan Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Kali ini RASA kongsikan 6 jenis masakan Thai berasaskan ayam yang boleh anda cuba.
1. AYAM SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 2 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 8 sudu makan sos Thai
- 2 batang serai | titik
- 2 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 3cm halia | hiris halus
- 1/2 biji cili Benggala hijau | hiris
- 1/2 biji cili Benggala merah | hiris
- 1/2 batang lobak merah | hiris
- 3 biji cili padi hijau |hiris halus
- 1 tangkai cili merah | hiris halus
- 2 sudu teh sos ikan
- 60ml air
- Minyak masak secukupnya
- Daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama tepung jagung, serbuk pati ayam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati. Ketepikan.
- Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Gorengkan ayam sehingga warna perang keemasan, angkat, tos dan ketepikan.
- Salin minyak di dalam kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Setelah itu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga wangi. Dikuti dengan lobak merah, cili padi dan cili merah.
- Kemudian masukkan sos cili Thai, sos ikan dan air secukupnya. Kacau sebentar hingga kuah mereneh.
- Setelah itu masukkan cili Benggala hijau dan merah. Apabila cili Benggala telah agak layu sedikit masukkan ayam tadi kacau dan tutupkan api. Siap untuk dihidangkan. Hiaslah dengan daun ketumbar yang dipotong agak kasarjika suka.
Info chef: Jumlah air bergantung sama ada anda ingin lebih berkuah atau agak kering.
2. GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 250ml santan pekat
- 250ml air
- 6 biji terung kampung | belah dua
- 1 biji bawang besar | kisar
- 4 biji bawang putih | kisar
- 3cm lengkuas | hiris dan kisar
- 3cm kunyit | hiris dan kisar
- 6 tangkai cili padi hijau | kisar
- 2 batang serai | hiris halus dan kisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 helai daun limau purut | carik
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
- Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Terung kampung boleh digantikan dengan terung pipit.
3. SALAD AYAM THAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul isi dada ayam
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu teh sos Thai
- 300gm daun kubis | hiris halus
- 2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 batang timun | hiris halus
- 3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
- 250gm kacang tanah goreng
- 1 biji cili merah | potong halus
- 4 biji cili padi |potong halus
- 1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
- 1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 pokok daun ketumbar |potong kasar
- Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
- 2 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan mentega kacang
- 3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya
- 3 sudu teh cuka
- 4 sudu teh gula pasir
- 4 biji bawang putih | cincang
- 2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
- Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Sos salad jangan diletakkan terlalu awal agar dapat mengekalkan kerangupan sayuran salad tersebut.
4. COCONUT LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam | potong kecil
- 125ml santan pekat
- 125ml air
- 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
- 6 tangkai cili padi hijau | hiris
- 2 helai daun limau purut | hiris halus
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 1 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
- 1 biji jus limau nipis
- 1 sudu teh gula tau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 2 batang daun ketumbar | hiris kasar
- Minyak masak secukupnya
- 1 tangkai cili merah | hiasan
- 1 batang daun bawang | hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau wangi.
- Kemudian masukkan isi ayam, daun limau purut, sos ikan,jus limau nipis, gula, serbuk pati ayam, santan pekat dan air, kacau sebentar. Masaklah sehingga kuah mereneh dan agak pekat.
- Kemudian masukkan hirisan kacang panjang dan daun ketumbar. Masaklah selama lebih kurang 5 minit, kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Hiaslah dengan hirisan cili merah dan daun bawang.
5. AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 4 biji bawang putih | kisar halus
- 1 biji bawang besar | kisar halus
- 3cm halia | kisar halus
- 3cm lengkuas | kisar halus
- 6 tangkai cili padi | kisar halus
- 2 batang serai dihiris halus | kisar halus
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Daun pandan secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula. Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
- Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata. Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika hendak cepat, ayam bolehlah diperap selama dua jam.
6. AYAM GAJUS
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping dada ayam | potong kecil
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu teh minyak bijan
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
- 8 tangkai cili kering | potong 3cm panjang
- 3cm halia | cincang halus
- 1biji bawang besar | hiris
- 6 biji bawang putih | cincang
- 2 sudu teh sos tiram atau secukup rasa
- 2 sudu teh kicap pekat manis
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 80gm kacang gajus
- Daun bawang secukupnya
- Lobak merah | Hiris bulat
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama minyak bijan, tepung jagung dan lada sulah. Perap sebentar.
- Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan isi ayam yang telah diperapkan tadi sehingga warna keemasan angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak di dalam kuali tinggalkan sedikit untuk menumis, anggaran tiga sudu makan. Kemudian gorengkan cili kering sehingga garing dan angkat.
- Selepas itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. Setelah itu masukkan lobak merah, sos tiram, kicap pekat manis, serbuk lada hitam dan kacau sebentar. Akhir sekali masukkan isi ayam, daun bawang dan gajus, kacau serta tutupkan api.
- Ayam gajus sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk lebih menarik, lobak merah boleh dibentukkan seperti bunga.
Udang Goreng Kari, Lauk Udang Yang Lain Sikit. Cubalah
Udang goreng kari ini boleh masuk dalam senarai lauk udang yang boleh kita sediakan di rumah selain dibuat sambal atau gulai.
Resipinya mudah saja disediakan namun boleh memikat selera satu keluarga dengan aroma dan rasa rempah kari. Bagi yang nak cuba kelainan boleh cuba resipi udang goreng kari yang dikongsikan oleh Puan Wan Nor Zuriati ini.
Resipi udang goreng kari
Bahan-bahan
Udang segar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit Halia
Cili hijau (jika ingin rasa pedas boleh tambah cili api)
Serbuk kari ayam daging
1/2 biji bawang Holand
2 batang serai
1 tangkai daun kari
Kunyit
Garam
Kentang -dibelah
Cara membuat:
1.Kisar bawang besar, bawang putih,halia, cili hijau.
2.Hiris bawang holand, bawang putih, serai dititik dan daun kari.
3.Udang letak garam dan kunyit.
4.Goreng udang separa masak, kemudian goreng pula kentang. Ketepikan
6.Tumiskan bahan yang dikisar guna minyak yang sama.
7.Bila dah garing masukkan bahan hirisan bersama daun kari.
8.Letakkan serbuk kari ayam daging.
9.Goreng sampai pecah minyak, masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit gula perang.
10. Akhir sekali masukkan udang dan kentang yang digoreng tadi.
Siap!
Sumber: Wan Nor Zuriati
Burnt Cheese Cake Melekat Rasa
Sana sini orang bercakap kek ni, tak pernah bosan. Buat kek ni kena betul betul ikut langkahnya agar kek yang dibuat nanti menjadi. Jangan memandai pula, karang jadi lain pula. Kek ni simpan dalam peti sejuk lagi enak dinikmati.
Burnt Cheese Cake
Bahan-bahan:
7 biji telur
1 kilo cream cheese
350gram gula
500gram whipping cream
30gram tepung serbaguna
Cara memasak:
1.Pukul telur dalam mixer selama 20 saat
2.Masuk cream cheese mix selama 30 saat
3.Campur kedua-dua bahan di atas sekali lagi selama 30saat.
4.Masukkan gula dan adun selama 1 minit
5.Mixer whipping cream selama 30saat
6.Akhir sekali masukkan tepung dan adun selama 5 minit,sampai semua bahan-bahan tersebut halus
7.Sediakan bekas kek,sapu mentega,letak baking paper di keliling bekas kek,kalau boleh tinggi kan baking paper Lebih dari permukaan,kerana adunan akan naik bila mula masak.
8.Letak adunan dalam loyang kek,tutup dengan baking paper Di tengah-tengah loyang supaya cantik bahagian tengahnya bila dah masak.
9.Kemudian di luar loyang kek, letak kain dikelilingnya supaya kek tak tumpah ,akhir sekali bakar pada suhu 200c dan selama 1 setengah jam.
Kredit resipi & foto: Edaman Kitchen
Ada yang nak shopping online barangan rumah boleh layari https://invol.co/cloqny
Menu Istimewa Ayam Masak Vanggey, Sedap Hingga Menjilat Jari.