Roti Bakar 3 bahan ni memang sangat mudah dihasilkan. Enak dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas sebagai sajian minum petang. Malah ia juga sangat sesuai dihidang ketika sarapan. Tak susah pun nak buat menu ala kopitiam ni. Hanya perlukan tiga bahan ringkas sahaja. Dari roti terbiar je di dapur, kalau buat macam ni tentu lebih berselera. Nak cuba? Saudari Ziera Xiera ada kongsikan resipinya. Jom try!
CARA MEMASAK: 1. Ambil roti dan potong bahagian tepinya.
2. Kemudian sapukan sekaya pada roti hingga rata. Lebihkan sapuan untuk rasa lebih sedap. 3. Seterusnya, ambil mentega dan potong menjadi kepingan besar. Kemudian potong kepingan tersebut kepada 3 bahagian kecil. Pastikan mentega masih keras.
IKLAN
4. Susun potongan mentega di atas roti.
5. Ambil sekeping roti dan tutupkan bahagian atasnya. Potong kepada dua bahagian.
6. Susun kepingan roti di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit. Masa mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan.
7. Bila roti sudah garing begini, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Ubah figura sandwich apa salahnya kan, kalau selalu kita tengok bentuknya empat atau tiga segi, kali ini apa kata kita gulungnya. Mungkin boleh tarik perhatian selera anak-anak, cara buat pun tak susah. Sesuai ni untuk sahur ringkas si bujang. Macam mana nak buat, macam biasa resipi disertakan di sini.
SANDWICH ROLL BAHAN-BAHAN: INTI TELUR MAYO:
3 biji telur rebus
1 biji tomato | potong dadu kecil
Sedikit serbuk lada
Mayones secukupnya INTI SARDIN MAYO:
1 tin kecil sardin | buah sosnya
Mayones secukupnya
1 biji tomato sederhana | potong dadu
1/2 biji bawang besar | potong dadu
1/2 biji lemon | perah jusnya BAHAN TAMBAHAN:
Roti putih & wholemeal secukupnya
Crabstick secukupnya | rebus
Daun salad secukupnya | cuci bersih dan tos
Sos manyones, sos keju & Sos cili.
CARA MEMBUAT:
Untuk inti telur mayo, lenyek telur dan gaul kesesmua bahan hingga rata. Ketepikan.
Untuk inti sardin mayo, hancurkan sardin, kemudian gaulkan dengan semua bahan lain, perahkan jus lemon untuk rasa masa sedikit. Jika mahu rasa pedas boleh tambah sedikit hirisan halus cili ( ikut selera).
Lenyekkan kedua-dua jenis roti.
Isikan inti telur mayo di atasnya dan ratakan di hujung roti. Letakkan crabstick atas intik tadi dan lapiskan dengan daun salad di atasnya.
Gulung roti. Lakukan cara yang sama untuk kedua-dua roti dan inti hingga habis.
Akhir sekali paipkan dengan sos pilihan ada ke atas sandwich roll yang sudah siap.
Kalau korang nak menu daging yang sempoi, cepat dan mudah disediakan. Korang boleh cuba menu Daging Tumis Bawang Putih Sos Tiram, tak rugi cuba kerana menu ini sungguh mudah dibuat.
Pendek kata sekali cuba mesti teringin nak masak lagi. Yang pasti cepat dimasak senang dimasak, tak nak lah duduk di dapur lama-lama masa PKP ni.
DAGING TUMIS BAWANG PUTIH SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang | hiris nipis
5 ulas bawang putih | cincang kasar
1 biji bawang Holland | dadu kasar
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
1 1/2 sudu makan gula Melaka | hancurkan
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak. goreng daging yang telah diperap hingga separuh masak.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumis pula bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan daging yang telah digoreng separuh masak tadi dan kacau rata seketika.
Masukkan gula Melaka dan garam cukup rasa, kacau rata.
Kecilkan api, masukkan bawang Holland, kacau rata hingga bawang layu.
Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala dan sos tiram sebagai perasa.
Kacau rata lebih kurang. Kemudian tutup api dan daging sedia dihidangkan.