Kalau korang nak menu daging yang sempoi, cepat dan mudah disediakan. Korang boleh cuba menu Daging Tumis Bawang Putih Sos Tiram, tak rugi cuba kerana menu ini sungguh mudah dibuat.
Pendek kata sekali cuba mesti teringin nak masak lagi. Yang pasti cepat dimasak senang dimasak, tak nak lah duduk di dapur lama-lama masa PKP ni.
DAGING TUMIS BAWANG PUTIH SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging batang pinang | hiris nipis
- 5 ulas bawang putih | cincang kasar
- 1 biji bawang Holland | dadu kasar
- Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
- 1 1/2 sudu makan gula Melaka | hancurkan
- 1 sudu makan sos tiram
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tepung
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
CARA MEMASAK:
- Gaulkan hirisan daging dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak. goreng daging yang telah diperap hingga separuh masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak, tumis pula bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan daging yang telah digoreng separuh masak tadi dan kacau rata seketika.
- Masukkan gula Melaka dan garam cukup rasa, kacau rata.
- Kecilkan api, masukkan bawang Holland, kacau rata hingga bawang layu.
- Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala dan sos tiram sebagai perasa.
- Kacau rata lebih kurang. Kemudian tutup api dan daging sedia dihidangkan.
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Kuih Cakoi Lembut Gebu, Inilah Rahsianya, Sedapnya Disaji Pada Tetamu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI