Durian Crepe pemanis mulut yang enak di makan ketika sejuk. Lebih puas hati dapat buat sendiri dan boleh isi filling mengikut kuantiti yang kita suka.

Durian Crepe Homemade Gebu

Durian Crepe

Kulit/crepe (18-20 keping )

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 3/4 cawan air (210ml)
  • 1/2 cawan susu segar (130ml)
  • Sedikit esen vanila
  • Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi (sikit sahaja)

Filling Kastard + Durian

  • 2 sudu besar gula
  • 20gm tepung kastard
  • 250ml susu segar
  • 2 biji kuning telor
  • isi durian yang dihancurkan

Filling Whipping Cream

IKLAN
  • 500gm whipping cream
  • 2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)

CARA MENYEDIAKAN KULIT CREPE

  1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
  2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen [huge_it_videogallery id=”1″]
    vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan
    pewarna kuning. kacau guna whisk tangan dan kemudian tapis.
  3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
    Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu) sudah panas pan itu angkat
    sekejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan. Lenggangkan
    pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan
    tadi. Kemudian letak balik atas dapur. (saya tidak guna senduk pun untuk ratakan
    kulit itu hanya layang-layangkan/lenggangkan je shingga memenuhi permukaan) kejap
    je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti hangus
    kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
  4. Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat

CARA MENYEDIAKAN FILLING KASTARD & DURIAN

  1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telor dan
    susu segar dalam 4 sudu dulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian
    tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
  2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga
    kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
  3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan
    masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair

CARA UNTUK FILLING WHIPPING CREAM

IKLAN
  1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream,
    tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda
    sudah manis abaikan gula icing itu.
  2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam
    piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair.

SEKARANG MASA UNTUK ‘MEMBANTALKAN’ DURIAN CREPE

  1. Sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dalam gambar)
  2. Kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
  3. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal. Sudah siap masukkan dalam freezer sekejap dalam sejam dua supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari freezer tu keras tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat) dan boleh dimakan.

Selamat Mencuba

Kredit Resepi Dan Video: Tahrunnisah Jali

IKLAN

Nikmat Rasanya Sicilian Orange Poppy Seed Cake

Resipi Tauhu Bergedel Sesuai Untuk Bisnes

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI