Suka makan roti? Jika ya, resipi Roti Kastard sedap perkongsian saudari Nita -nvoo Daniels ni antara yang boleh dicuba. Memang enak kalau dapat makan panas-panas. Malah, inti kastard tu juga boleh digantikan dengan keju mozzarella atau apa-apa inti kegemaran. Anda pasti suka. Jom cuba! Boleh buat untuk sarapan atau minum petang.

RESIPI ROTI KASTARD LEMBUT & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm (1 1/2 cawan) tepung roti
  • 5 sudu makan gula
  • 1 sudu makan yis segera
  • 1/2 cawan air
  • 6 sudu makan susu segar
  • 2 biji telur saiz kecil – jika guna saiz besar, cukup hanya 1 biji – dipukul
  • 2 sudu makan mentega lembut

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung, gula dan yis. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan air, susu dan telur. Kacau rata dan akhir sekali masukkan mentega. Adun hingga sebati seperti membuat doh roti.
3. Perap doh selama 45 minit atau hingga doh naik 2 kali ganda.
4. Bila doh naik 2 kali ganda, tumbuk doh dan uli selama 5 minit lagi.
5. Bahagiakan doh kepada 8 bahagian dan bentukkan jadi bebola.
6. canai doh dan masukkan inti kastard atau keju mozzarella.
7. Sapukan air di bahagian tepi doh, lipat dan tekan tepinya supaya inti tidak keluar sewaktu dimasak nanti.
8. Biarkan doh selama 20 minit sehingga ia naik 1 kali ganda lagi.
9. masak roti dalam kuali non-stick tanpa minyak. Guna api perlahan sahaja. Tutup kuali menggunakan penutup periuk.
10. Bila roti dah kekuningan, balikkan dan masak hingga sempurna.
11. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

IKLAN

Resipi Roti Kastard Sedap & Hanya Bakar Guna Kuali
RESEPI INTI KASTARD

BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1/2 – 1 sudu teh esen vanilla – ikut citarasa
3 sudu makan gula – boleh lebihkan jika suka manis

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak guna api sederhana hingga likat dan mendidih.
2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
3. Jika suka inti keju, guna parutan keju mozzarella bagi menggantikan inti kastard.

Resipi Roti Kastard Sedap & Hanya Bakar Guna Kuali

IKLAN

Resipi Roti Kastard Sedap & Hanya Bakar Guna Kuali

INFO:
1. Jika tiada tepung roti, boleh guna tepung gandum. Tetapi perlu ayak 2 kali.
2. Selain seperti bentuk dalam gambar, boleh bentukkan roti ikut kreativiti masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: Nita -nvoo Daniels

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI