Ramai yang suka makan Puding Karamel. Lembut, lemak dan manis. Memang sedap! Namun ada ketika bila buat sendiri, puding seakan tak menjadi. Sedihnya! Usah bimbang kerana resipi Puding Karamel mudah perkongsian saudara Saiful di bawah ni ada boleh cuba. Mudah dan pastinya anda berpuas hati dengan hasilnya. Lepas ni bolehlah buat sendiri dan tak perlu beli lagi.
RESIPI PUDING KARAMEL SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
5 biji telur gred A
3 sudu makan gula
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
Tuang susu cair ke dalam periuk dan suamkan. Jangan sampai panas. Hanya letak atas api sekejap sahaja.
Pecahkan telur dan pukul. Kemudian tapis.
Dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan-bahan tadi ( susu & telur). Tapis sekali lagi. Ada orang suka tambah air. Tujuannya supaya ada ruang-ruang angin bila dikukus nanti.
Ketepikan seketika.
BAHAN GULA HANGUS:
IKLAN
250gm gula
500ml air
CARA MEMASAK:
Masak gula hingga bertukar warna. Jika nak warna gula hangus lebih gelap, masak lebih lama.
Bila dah dapat warna yang diingini, perlahankan api dan tambah air sedikit. Kacau hingga gula larut.
Sejukkan gula hangus terlebih dahulu.
CARA MEMBUAT:
Tuang gula hangus ke dalam bekas yang bersesuaian. Jika bekas sebegini, tuang gula hangus anggaran 1/2 cm.
Seterusnya tuang campuraqn telur dan susu. Jangan sampai penuh acuan.
Susun dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. Api jangan terlalu kuat nanti hasil puding jadi menggelembung dan tidak cantik.
Masak selama 10-15 minit, bergantung pada api masa mengukus.
Kalau berkunjung ke kedai tomyam, pasti lauk yang menjadi kemestian ialah Daging Masak Merah. Memang bertambah makan jika hirisan dagingnya nipis dan rasanya sedap. Andai masih enggan makan di kedai boleh saja menu ini dimasak sendiri. Boleh makan dengan tenang bersama keluarga.
Daging Masak Merah
Bahan-bahan:
Rebus daging dengan pewarna merah (daging tak perlu dihiris) air rebusan daging tak perlu dibuang.Untuk dijadikan kuah nanti. Setelah daging masak daging empuk,hiris nipis-nipis.
Bawang putih-ditumbuk kasar
Cili boh/pes cili kering
Sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
Sos tomato-BELI ONLINE DI SINI
Sos cili-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit kicap sotong
Gula, garam & ajinomoto (optional)
Bawang Holland, cili merah, bunga kubis (untuk hiasan)
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging.
2.Goreng seketika.
3.Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato & air rebusan daging tadi.Kuah terpulang nak banyak atau sikit.
4.Perasakan dengan gula, garam & ajinomoto.
5.Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang Holand, bunga kubis & cili.
6.Siap untuk dihidangkan.
Kredit : Cik Ma
ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER TERBAIK, ATAU PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG LAIN. BOLEH LAYARI DI SINI.
Dulu masa kecil, saya paling suka snek Sagon Kelapa Nestum. Tak pernah buat sendiri tapi selepas jumpa resipi Sagon Kelapa Nestum yang dikongsikan oleh Affieyza Isahak di Facebook ni nampak mudah dan memang menarik untuk dicuba. Sedap dangat Sagon Kelapa Nestum ni kalau dimakan sambil tonton tv. Suap dalam mulut je rasa Sagon Kelapa Nestum tu cair dalam mulut memang ketagih. Jom cuba!
Lagi best kalau dapat sangai bahan Sagon Kelapa Nestum ni guna Shogun Twister 40cm Jumbo Wok. Dapatkan dengan harag istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
Lauk pauk dan pelbagai hidangan pencuci mulut sudah tersedia di meja. Meja makan dihias indah. Kemahiran dan pengalaman memasaknya banyak mendapat insipirasi daripada suami tersayang Datuk Mohd Sharif Yusof dan ibu saudaranya yang mesra dipanggil Mak Usu.
Baginya tiada had usia dalam belajar memasak.Datin Norlizah Attan ,45 tahun, mengakui beliau lebih serius mendalami ilmu masakan setelah mendirikan rumahtangga. “Sebenarnya saya taklah pandai memasak sangat, suami lagi handal. Saya banyak melihat dan belajar apa yang Datuk ajarkan . Segala bahan ramuan dan rencah saya sediakan dengan tunjuk ajar Datuk. Tetapi bila menumis Datuk yang siapkan.
Tetapi secara beransur dengan memerhatikan dan bersama Datuk bila memasak, skil memasak saya menjadi bertambah baik.” Ceritanya mengenai pengalaman memasak beliau.
Wanita yang berasal dari Paya Jaras, Selangor ini adalah anak bongsu daripada empat abang dan tiga orang kakak. Jadi ketika zaman meningkat dewasa tanggungjawab memasak banyak tergalas di bahu kakak-kakak beliau.
Di samping suami ibu saudara beliau Hajah Jemaah Zakiaria yang dipanggil Mak Usu juga handal memasak. Selain lauk pauk Mak Usu juga mahir memasak sajian pencuci mulut dan kuih muih. Puding Cermin hasil air tangan Mak Usu turut mewarnai meja hidangan tengahari itu.
Sh :Konsep Memasak
Biarpun memiliki segala perkakas memasak elektrik tetapi bila membuat sambal, Datin Norlizah tetap setia menggunakan lesung batu. “ Fryer, grill dan pressure cooker memang memudahkan dan menyingkatkan waktu memasak terutamanya masakan daging. Peralatan ini juga menjadikan makanan lebih sihat tanpa minyak atau sedikit minyak sedikit sahaja.
Tetapi apabila nak buat sambal belacan atau apa jenis sambal pun saya tetap menumbuk dengan lesung batu. Di rumah ni cili api memang tak pernah putus, sebab keluarga saya memang suka masakan pedas. Walau suami pandai masak tetapi citarasanya simple aje, dapat ikan goreng yang kecil dan sambal belacan dengan binjai dan timun dan telur dadar sudah cukup membuatkan Datuk makan dengan berselera,”ujarnya tertawa kecil.
Selain itu masakan Melayu seperti kari dan asam pedas juga menjadi ‘favourit’ keluarganya. Selagi yang mungkin Datin Norlizah juga gemar memasak sajian sihat kurang dan bebas minyak dan juga khasiat makanan seimbang seperti sajian hari ini Capati atau Tortilla dengan dada ayam bakar dan sayur-sayuran serta kerabu.
Ibu kepada tiga cahayamata, dua puteri remaja dan yang bongsu putera sempat berpesan sibuk macam mana biarlah anak-anak makan air tangan ibu bapa kerana di situ ada keberkatannya. Juga banyakkan selawat bila memasak, InsyaAllah anak-anak mendengar kata dan taat kepada kedua ibu bapa.
KERABU KERANG
BAHAN-BAHANNYA :
1 kg kerang |direbus dan diambil isinya
1 mangkuk taugeh
1 ikat pucuk paku | dicelur
2 ikat kecil daun selom | dihiris halus
½ biji kelapa parut | disangai tanpa minyak, tumbuk kasar
4 biji limau nipis | diambil airnya
2 biji bawang merah| dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan perencah yang ditumbuk sederhana halus:
4 biji cili padi
2 biji cili merah
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kesemua bahan.Perasakan dengan garam dan gula. 2. Siap dihidangkan bersama nasi, pastikan kesemua daun-daun sudah dicelur terlebih dahul
CAPATI GULUNG AYAM
BAHAN-BAHANNYA :
3 keping capati segera | masak di atas kuali leper
Daun salad secukupnya
Tomato dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
Sos Kewpie secukupnya
Bahan ayam bakar :
Sekeping dada ayam
Sedikit mentega
1 sudu teh serbuk kunyit
2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
1/2 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ambil dada ayam (perapkan dengan garam, serbuk kunyit, paprika, bawang putih dan lada hitam) 2 Biarkan perap sekurang-kurangnya 30 minit dan panaskan oven ke suhu 200 darjah Celcius. 3. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. 4. Potong kecil dan ketepikan 5. Kemudian panaskan capati di atas kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega. Masak hingga ia menggelembung dan angkat. 6. Sapukan mentega di atas capati susunkan salad, bawang dan hirisan tomato. Picitkan sos kewpie (mayonis) di atasnya. 7. Gulung dan potongkan, hidangan sedia untuk dimakan.
AYAM BEREMPAH (AYAM POP)
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong ikut saiz yang disukai
Bahan yang ditumbuk sederhana:
3 sudu makan marjerin
3 sudu makan jintan manis | disangai
3 sudu makan jintan putih | disangai
2.4sm @ 1 inci halia
2.4sm @ 1 inci lengkuas
1 biji kunyit hidup | besar ibu jari
3 sudu makan rempah kari
1 biji kelapa parut
Sedikit garam |* marjerin juga mempunyai garam
CARA MEMASAK :
Cara perapan ayam : 1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dan dipotong dengan marjerin. 2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan gaul mesra 3. Perasakan dengan garam.
Cara memasak : 4. Biarkan dan perapkan selama 3 jam atau lebih. 5. Pijarkan minyak dan goreng dengan minyak penuh. 6. Biarkan dan balikkan sehingga garing dan perang keemasan 7. Angkat dan toskan minyak. Sajian siap dihidang.